Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 29, 2009

Lada Hijau Masak Taucu

sumber/credit to : kak ct raudah (my opismate ^^)
gambar : cik epel ^^

Bahan-bahan

lada hijau
taucu
ikan bilis
bawang besar (dihiris)
air asam jawa

Cara Membuat

1. Goreng ikan bilis dahulu dan ketepikan.

2. Tumis bawang besar sehingga naik bau.

3. Masukkan taucu. Lagi banyak lagi sedap. ^^

4. Masukkan air asam jawa.

5. Masukkan lada hijau.

6. Masukkan ikan bilis. Kacau sekejap.

7. Boleh dihidangkan.

Tomyam Ayam

sumber/credit to : buku kak hanieliza
gambar : cik epel ^^

Bahan A

500 gram ayam (dipotong kecil)
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili api (diketuk)
2cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang daun saderi (dipotong kecil)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
Air & garam secukup rasa

Bahan B

100 gram bunga kubis
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji limau nipis (diambil airnya)
1 pokok daun ketumbanr (dicincang)

Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan A dan renehkan hingga lembut.

2. Masukkan bunga kubis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.

3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar.

4. Sedia dihidangkan.

Nasi Ayam




sumber/credit to : juns11@myresepi.com

gambar : cik epel ^^


Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk

  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair

  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.

  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air

  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Tuesday, December 22, 2009

Ayam Masak Sambal Kicap


sumber/credit to : buku masakan kak hanieliza
gambar : cik epel ^_^

Bahan A

500 gram ayam
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (dikoyak)
3 sudu besar sos tomato
5 sudu besar kicap
minyak masak
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (Dikisar)

20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara-Cara

- Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil. Basuh dan toskan.

- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.

- Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.

- Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.

- Masakkan hingga naik minyak.

- Sedia dihidangkan.

Tuesday, December 15, 2009

Nasi Lemak

sumber/credit to : junjs11@myresepi.com
gambar : cik epel

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( jun guna 1/2 cwn santan pekat n 1 1/2 cwn air)
  • @ 1 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ secubit garam
  • Bahan untuk sambal:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * sedikit air asam jawa
  • * sedikit belacan (jika suka)
  • * garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.


Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat

Friday, December 11, 2009

Puding Triffle Versi Cik Epel ^_^

sumber/gambar : cik epel ^_^

Bahan-Bahan

1 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji kek gulung (saya suka perisa oren & strawberry)
1 cawan gula
1 sudu besar tepung kastard
1 tin buah peach

Cara-Cara

1. Satukan susu cair, air, gula dan tepung kastard dalam periuk.

2. Kacau sampai le pekat..sejukkan jap...

3. Potong kek gulung bulat-bulat pehtu susun dalam mangkuk triffle..(memandangkan saya takde mangkuk triffle...saya boh je dalam bekas bulat yang ada kat dapur nie... ^_^ )

3. Kemudian potong dadu buah peach seket, taburkan atas kek gulung tadi....

4. Pahtu susun kek gulung yang potong bulat-bulat tadi atas buah peach yang potong dadu tadi...

5. Pahtu susun buah peach yang tidak dipotong dadu atas kek tadi...

6. Last sekali tuangkan kastad sehingga rata...

7. Sejukkan puding sebelum dihidangkan...


Nota cik epel : sebenarnye terpulang kepada kawan-kawan nak potong buah peach tu dadu ke tidak...ekkeke..ikut kreativiti masing-masing...nak wat tiga segi ke...empat segi ke...bentuk bintang ke..terpulang...ekekekke.....memandangkan saya terlebih rajin...saya wat le camtu...ekekeke....lepas tu..sukatan tu...agak-agak le ek..especially tang gula tu... ahaks! tata! ^_^