Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2012

Ayam Goreng Crispy Kok Kok Kok

...ekekke...special je kan nama menu ni? ekeke...nama diambil masa dok ber'tweet' gan my close friend...
...tak pasal-pasal masing2 nak berkokok bile tau saya nak buat resepi ayam goreng ala2 kepsi ni...ekeke...
...resepi ni saya olah sendiri...so sapa yang tingin nak buat, dialu-alukan...crispy okeh ^^...

gambar/sumber/credit to :- cikepel ^^

Bahan A (ni pung korang agak2 la ye sukatannye..saya main agak2 je ni..)

Ayam - potong macam ayam kepsi tu.
1/4 cup tepung gandum
1/2 cup tepung jagung
1/2 cup tepung beras pulut
1-3 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil bawang putih (kisar @ tumbuk)
1 sudu garam

Bahan B
1/4 @ 1/2 cup susu low fat
1 biji telur

Cara-cara

Bahan A tadi korang masukkan lam satu bekas pahtu gaul sampai sebati.

Bahan B tadi pecahkan telur dan masukkan susu. Gaul sampai sebati.

Pastu  masukkan ayam dalam bekas Bahan A. 
Pastu celup lam Bahan B. 
Pastu masukkan balik lam bahan A.
Pastu goreng gan api kecik gan minyak penuh ye.

korang nak golek2 ayam tu atas nestum pong okeh gak..sempoi...

...nyummehh!!!...

Popia Kentang Daging

 

...bila bulan pose ni, masing-masing mula la tunjuk skill memasak..ekeke..termasuk la saya..cewah...
...ekceli ni resepi olahan saya sendiri...main campak2 je...Al-hamdulillah menjadik...mmg sempoiiiii... ^^...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar/sumber credit to : cikepel ^^

Bahan-Bahan (Korang agak2 la ye sukatannya)

daging cincang (beli yang abg romly punye tu...senang...)
ubi kentang (rebus sampai empuk pastu dibuang kulit & dilecek)
bawang merah/putih - kisar
daun kari sikit
serbuk kari + bancuh gan sedikit air 
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam maggi
minyak masak
kulit popia

***bancuh sedikit tepung gandum dengan air sebagai gam***

Cara-cara

- panaskan minyak lam kuali...
- tumis bawang merah/putih & daun kari sampai naik bau...
- masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air...kacau...
- masukkan daging..kacau..
- masukkan kiub pati ayam maggi...
- masukkan ubi kentang yang telah dilecek...
- last sekali masukkan garam secukup rasa....
- goreng sampai air daging tu kering (terpulang pada korang)...

- boleh lipat ala2 popia atau samosa...terpulang pada korang...
- sangat sedap bagi penggemar kentang daging...nyummehhh!!!!

Wednesday, July 25, 2012

Roti John



...Selamat Menjalani Ibadah Puasa.... 

...lamanyer saya tak hapdet blog kongsi resepi ni...selalu gak jenguk kat sini tapi aura Kerajinan tu takdek...
...sempena bulan pose ni, saya cuba hapdet apa yang saya masak...kipidapppp!!!

...Saya tingin nak makan roti john...so bile tanye mr. gugel, beliau bagi link kak pnut...jadi saya mintak izin copy & paste rezepi tu kat sini ye kak pnut.

...mr. yon kate, roti john ni memang sempoiii la...(org penang, kalo dia kate sempoi tu, mmg sedap ler maksudnye tu..hik! )

...roti hot dog x jupe, so saya guna roti 4 segi tu je.. ^^
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber/kredit to: Kak Pnut
 gambar: cikepel ^^

Bahan
Daging kisar ramly sebungkus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikti air)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 labu bawang beso potong kiub-kiub kecik (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi, separuh bubuh masa inti dah masak)
garam gula la of course sesedap rase
telur ayam secukupnya

Cara dia
Tumis bawang putih dan bawang beso tadi
Then masukkan rempah yang dah bancuh tadi
masukkan serbuk lada hitam, lada sulah
masakkan sampai garing, (naik minyak)
pastu masuk air sikit, pastu masuk ler daging,
masak sampai kering air, pastu masukkan baki bawang tadi.

Tambahan tips :-
Cara nak buat roti joh tu..
*Roti tu saya pakai roti bun biasa, (kat tesco/carefour ada beli yg non branded, jgn gardenia ke high 5 ke tka best, lembut sgt)

*belah dua roti tu... panaskan kuali leper terlentangkan roti john tu means yng kita belah tu mengadap ke atas,

* daging tadi tu digaul dengan telur yang dah dipukul then tuang atas roti john tu. then balik-balikkan roti john itu,