Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 17, 2014

Bengkung Moden Untuk Pantang Yang Bersalin Czer

Ok. 
Ni kisah bengkung yang saya pakai semasa di dalam pantang.
Sebelum tu mak saya dah bekalkan bengkung yang bertali kepada saya (masa berpantang lahirkan Ichiro dulu).

Since saya amik keputusan untuk czer, saya search and tanya kawan-kawan berkenaan bengkung apa yang dorang pakai masa dalam pantang.

Jadi saya terjumpa website yang menjual bengkung ni.

Sebelum saya order, saya telefon dahulu Puan Fazidah, owner Bengkung Moden ni.
Saya telefon beliau kerana saya perlukan nasihat dulu.
Bengkung saiz apa yang perlu saya ambil.
Jadi beliau akan tanya berapa berat kita & berapa tinggi kita.
Jadi kat situ dia dapat agak saiz apa yang kita perlu ambil.
Saya memang berpuas hati sangat2 lah dengan Puan Fazidah.

Selepas saya bersalin czer hari tu, tak silap saya, hari pertama saya telefon Puan Fazidah sebab nak reconfirm bila saya boleh pakai bengkung ni.
Kalau ikutkan selepas 6 jam bersalin, dah boleh pakai.
Tapi sebab saya kan sepanjang malam dok muntah je, so hari ke-2 baru boleh pakai.

Al-hamdulillah masa dalam pantang, memang saya pakai je bengkung ni.
Dan memang selesa sangat-sangat bila pakai ni.
If saya tak pakai, saya akan rasa sakit.
Sebab bengkung ni membantu menampung perut kita.

Jadi kepada korang yang tengah mencari bengkung apa yang nak dipakai selepas bersalin, boleh je pakai bengkung ni.

Ini sekadar review saya as a pengguna Bengkung Moden :)
If berminat, boleh jenguk web mereka.
Kat sana banyak info yang korang boleh baca dan kat situ juga ada cara-cara bagaimana nak pakai bengkung tu.


credit to Bengkung Moden

Kek Gula Hangus

Mak saya memang pakar dalam membuat kek gula hangus ni.
Kemudian adik saya yang no. 4 pun pakar jugak.
Saya tak pakar sebab malas. Hehehe.
Rasa macam susah gila nak buat kek gula hangus ni.
Mak saya punya style, masak kek ni atas dapur gas.
Lepas tu tiap kali raya, memang ada je yang order dengan mak @ adik saya ni.

Ok, since kek ini juga menjadi kegemaran Mr. Yon, jom la kita buat.
Sedap la jugak tapi yang mak saya lagi sedap. Hahaha!
Sebab rasa kegebuan dia.
Pastu Mr. Yon kata, next time boleh tambah gula sikit lagi dalam resepi ni.
Bagi saya dah ok, tapi beliau kata, tambah sikit lagi.
So terpulang kepada korang nak tambah atau tidak k.

Resepi saya amik dalam Group Resepi Ringkas kat dalam fesbuk.
Tengkiu kepada empunya resepi.

gambar: cikepel
sumber/credit to : empunya resepi  @ group resepi ringkas

Bahan2:

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sdb marjerin
1 cawan tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur
***mak saya letak 1 sdk perisa pisang @ vanilla***

Cara2:

Masak gula dengan api perlahan hingga cair.
Kemudian masukkan sikit-sikit air panas (hati-hati ia akan meletup sikit).
Masukkan marjerin dan kacau sampai cair.
Ketepikan.

Blend telur hingga kembang.
Masukkan susu pekat ke dalam telur blend tadi.
Masukkan tepung gandum & soda yang diayak.
Kacau sebati.
Bakar dalam 160' selama 1 jam atau kukus 1 jam.




Kek Minyak

Aiyak!
Resepi ni dalam draft.
Ingatkan dah publish dah.
Ok. Ni namanya kek minyak.
Sedap jugak.
Next time kalau rajin, boleh buat lagi.

gambar: cikepel
sumber/credit to : kemma81 @ resepi

Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.

Potato Fritters (Jemput-Jemput Kentang)

1st time buat potato fritters ni.
Memang sedap!
Next time kalau ada tetamu mai rumah, memang boleh hidang jemput-jemput kentang ni.
Saya ni bab buat jemput-jemput biasa, memang fail.
Kadang-kadang keras, kadang-kadang lembut -_-"
Tapi potato fritters ni memang akan jadi penyelamat anda!
ewah!

gambar: cikepel
sumber/credit to: Ummizaihadi

Bahan:
  • 5 - 6 biji kentang (kupas dan basuh bersih) (saya guna 3 biji)
  • 4 sudu besar tepung jagung (sukatan boleh adjust secukupnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • (saya tambah daun bawang)

Cara-Cara:-
  1. Kentang diparut hingga habis dalam penapis. Sambil tu, biarkan airnya keluar sekejap sambil ditekan2 sikit parutan. Buangkan airnya.
  2. Masukkan parutan kentang dalam mangkuk sesuai. Tambah tepung jagung, tepung gandum, lada sulah dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan telor dan gaul sebati kesemuanya. (Adunan mmg berair sedikit)
  4. Panaskan minyak dalam kuali secukupnya untuk goreng terendam. Sudukan adunan dan goreng hingga kuning keemasan atau garing lagi sedap. (Balik-balikkan selalu ya, agar rangup)
  5. Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.




Wednesday, September 10, 2014

Kembar Kena Demam Kuning Dan Sewa Lampu Fototerapi

Okey, ni nak cerita serba ringkas berkenaan Akeef & Aika kena demam kuning.

Hari ke-3 pantang kat rumah, 2 orang misi comel daripada KKM datang ke rumah untuk check mama and twins la kan.

Jahitan/stapler (tak tau la macam mana) ok. Katanya cantik je :)
Lepas tu, Akeef nampak macam kena kuning. 
So untuk lebih selamat, depa minta bawa Aika sekali ke KKM  esok.

Jadi keesokannya kami bawa la twins ke KKM.
Memang sah Akeef kena kuning. 
Aika pun terjebak sekali.

Saya dah tak ingat berapa bacaannya sebab dah 5 bulan berlalu & sekarang baru update blog. hihihi.
Yang pasti almost 2 minggu lebih jugak la demam kuning tu ada.
Masing-masing dok gilir.
Akeef turun, bacaan Aika naik.
Aika turun, bacaan Akeef naik.

Dalam minggu pertama tu, Mr. Yon search internet. 
Lepas tu jumpa syarikat untuk sewa Lampu Fototerapi.
Saya tak pasti dia sewa kat mana.
Tapi if ada kawan-kawan kat luar sana nak sewa, boleh rujuk blog Littlemamadiary ni.
Kat blog beliau lebih detail pasal lampu tu :)
Ntah-ntah Mr. Yon sewa kat situ jugak. Hehehehe...

Dalam minggu kedua, bacaan still turun/naik :(
So kena refer kat hospital tapi tak kena tahan.
Since saya bersalin kat Hospital Putrajaya, saya pergi je sana.
Kesian sangat bila dengar twins menangis sebab kena cucuk ambil darah.
Tapi untuk kebaikan mereka, tahan je sebak dada ni :(

Dalam 2 kali macam tu rasanya kena pergi ambil darah kat sana.
So dah dapat result, hati, darah & kuning ok, lega sangat-sangat.
Al-hamdulillah.

Banyak sebenarnya nak story kat sini.
Nanti ada masa lagi, saya update k.

:)







Lama tak update blog :)

Assalamualaikum & Hi :)

Lamanya tak update blog kesayangan ni. ^^

Okey, ni saya update gambar twins selepas dilahirkan.
Blur la pulak. 
Tak pe lah :)

Muhammad Akeef beratnya adalah 2.45kg
Nur Aika beratnya adalah 2.23kg

Dan yang pasti, muka Akeef sebijik macam muka abang dia Ichiro masa dilahirkan:)

Al-hamdulillah dua-dua takde apa-apa masalah. 
Cuma selepas keluar hospital, memang kena kuning la twins tu.

Pasal kena kuning tu, saya buat entry baru k :)