Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Hari ni kita nak kongsi resepi Nasi Goreng Tomyam Thai daripada Puan Sarifah Daraman & husband beliau yang memang tak kedekut bagi resepi thai kat kami2 yang tak berapa pandai nak masak ni...Hihihi..
Semoga semakin murah rezeki mereka suami isteri.
Aameen ya rabbal alameen.
So kalau uols nak try buat, boleh klik di link yang saya bagi di bawah tu ye...
Since kat rumah ada sotong, so letak je sotong dalam menu masakan ni...
Sedap uols...rasa memang sebijik macam kita beli kat kedai thai tu... 😁
Gambar: cikepel
Credit to : Puan Sarifah Daraman
Bahan2:
Nasi putih
Bawah putih - ketuk
1 biji telur
Sayur kailan
Serai - hiris halus
Daun limau
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris
Tomato - potong
1 1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil ajinomoto
1/2 sudu besar air limau
1 1/2 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar sos tomyam
Sedikit Thai Golden Mountain Seasoning Sauce
Kalau ada ayam / sotong / udang tu..if uols nak masukkan pun ok je...