gambar : cik epel ^_^
Sunday, May 16, 2010
Karipap Pusing
gambar : cik epel ^_^
Nasi Kerabu Pantai Timur
sumber/credit to : kak liza@cari
gambar : cik epel ^_^
...kalo kat kelate nie, tak silap saya, kite panggey nie nasik kerabu tumis...resepi amik kat sini ye...
Spaghetti Mr. Yon
sumber/credit to : mr.yon
Thursday, May 13, 2010
Nasi Beriani
gambar : cik epel ^_^
Bahan-Bahan:
1 kg Beras Basmathi.
2 sudu besar Minyak Sapi.
1 cawan Minyak Masak.
4 ulas bawang merah besar dihiris halus.
3 keping kulit kayu manis.
5 biji buah pelaga.
3 kuntum bunga lawa.
5-8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.
1 sudu besar rempah beriani tulen.
Bahan untuk dikisar:
3 biji bawang besar + 5-6 ulas bawang putih.
2 batang serai di ketuk.
3 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.
1/2 tin sup tomato kimboll - erkk...x dimasukkan sebab takde.. -_-"
2 sudu besar tomato puree.
1 tin susu cair.
Cara menyediakan:
1.Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.
2.Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.
3.Hidupkan api atau rice cooker.Apabila panas masukan minyak masak satu senduk sederhana diikuti dengan Minyak sapi.(Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu kepada minyak masak.hasilnya adalah amat memuaskan.
4.Masukkan minyak diperiok sederhana atau rice cooker bersama minyak sapi,bila minyak panas masukan rempah ratus kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.Masukan bawang dan bawang putih yang telah dikisar dan diikuti oleh Bawang yang dihiris dan juga cili merah dan rempah beriani.
4.Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup.Tutup dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.Taburkan bawang goreng dan daun pudina.Nasi sedia untuk hidangan.
ekceli malam nie sepatutnye mr.yon wat spaghetti...tingin wooo nak makan spaghetti yang mr.yon wat...tapi apakan daya...tidak kesampaian...xpe...xpe...sok lusa mesti dapat makan nie....pehtu tiba-tiba tingat ada rempah nasi beriani gan minyak sapi....ahaks...beli bukan main lagi...tapi x tau nak wat bile...sebelum gue pi kat batu belah batu bertangkup membawa diri, bior la gue bertafakur di dapur menggodek nasik beriani...wuuuu...erkk..memandangkan mr.yon orang penang...maka dengan itu, nasik beriani gan kari ayam adalah lulus....weeeehooooo....!!! leh wat lagi nie... ^_^
Kari Ayam Mamak Style
sumber/credit to : iris samara@MyR
gambar : cik epel ^_^
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
- 1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
- bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
- bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
- bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
- bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
- ubi kentang - ikut suka byk mana
- 3/4 santan atau susu cair
- bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
- garam secukup rasa
Cara-cara
- tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.
- masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
- masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
- tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
- bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.
- bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
- ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.
Monday, May 10, 2010
Ayam Goreng Berempah Serai
gambar : cik epel ^_^
Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
- 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
- 6 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
- 2 sb serbuk kari daging
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
- garam dan aji secukupnye
- 3 tangkai daun kari
- Minyak yang byk utk menggoreng
Cara-cara:-
- Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
- Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
- Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
- Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
Selamat mencuba! ;)
Terung Masak Lemak Cili Api
gambar : cik epel ^_^
Bahan2 :
Cara2:
Rebuskan semua bahan yg dikisar dgn serbuk kunyit.. then masukkan bilis.
Dah semua tu masak (bwg & cili dah x berbau 'tengik'), masukkan terung. Agak2 terung dah lecur, tambah santan, garam & asam keping
Monday, May 3, 2010
Mee Kari Udang
gambar : cik epel ^_^
Bahan-bahan:
Mee kuning
1/2 kilo udang hidup (basuh& direbus bersama kulitnya & dikopek...ambil airnya)
Rempah kari (sy guna rempah kari Babas udang & ikan)
2 peket fish ball - saya x taruk sebab takde -_-"
kerang direbus dan dikopek (sy x taruh) - saya x taruk gak...
2 peket tahu kering yg dah siap digoreng (dibelah tiga)
1 mangkuk santan, air asam jawa (agak2 masamnye)
1 kiub ayam maggie (jika suka)
Bahan tumbuk (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
minyak utk menumis
Bahan sampingan utk tabur
udang yg telah dikopek tadi
1 ikat sayur sawi (dicelur)
telur rebus -dibelah dua
cili merah potong (jika suka)
Cara:
>Panaskan minyak,masukkan bahan tumis yg ditumbuk tadi,tumis hingga kekuningan sedikit
>Masukkan rempah kari,didikacau hingga naik minyak.
>Curahkan air udang dan sedikit air biasa (agak2 kuahnya)dan air asam jawa,biarkan mendidih sekejap.
>masukkan santan,kacau bila kuah mendidih sekali lagi masukkan fish ball,tahu kering yg dipotong
>kacau sekali sekala ,tambah garam ikut rasa.
>Bila mendidih sekali lagi boleh lah diangkat
>Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari....sedia untuk dimakan......
nota cik epel :- niat di ati nak wat nasik goreng jer....tup² camno la leh terbuat mee kari udang... ^_^
Sunday, May 2, 2010
Easy & Yummy Chocolate Cake
sumber/credit to : v@ummi
gambar : cikepel ^_^
Ingredients:-
- 2 cups sugar
- 1 3/4 cup all purpose flour *
- 3/4 cup Hershey's Cocoa powder * (you can use other brand!) - i used Vouchelle brand
- 1 1/2 tsp baking powder *
- 1 1/2 tsp baking soda * (* - sifted together)
- 1 tsp salt
- 2 eggs
- 1 cup milk
- 1/2 cup vegetable oil
- 2 tsp vanilla extract
- 1 cup boiling water
Method:-
- Heat oven to 350 F or 180 C.
- Combine dry ingredients in large bowl.
- Add eggs, milk, oil, and vanilla. Beat for 2 minutes on medium speed.
- Stir in boiling water (Batter will be thin).
- Pour into two 9" round pan or one 13"x9" pan greased and floured pans.
- Bake 30-35 minutes. Cool 10 minutes, Remove from pans to wire rack. Cool completely.