Thursday, September 4, 2008

Nasi Kerabu Pantai Timur



sumber/credit to : kak liza @ cari

Bahan-bahan Nasi Putih
[boleh juga buat nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Bahan Untuk Kuah
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Bahan Untuk Ulam
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara Memasak Sambal Ikan
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Kuah
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

Ulam
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

No comments: