Friday, September 5, 2008

Sayur Campur



sumber/credit to : auntyN

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

• 50 g sayur fucuk – rendam sampai kembang
• 50 g soh hun – rendam sampai kembang
• 4-5 keping cendawan butang (yang dikeringkan)
• 4-5 keping cendawan hitam (black mushroom/fungus) – rendam sampai kembang dan potong mengikut saiz yang anda suka.
• 1 batang lobak - dipotong
• 100 g bunga kobis
• 1 peket jagung muda
• Lain-lain sayuran yang suka untuk ditambah seperti celery, brokoli dll.
• 3 biji kentang – dipotong 4-5 (ikut saiz)
• 3 ulas bawang merah - hiris
• 3 ulas bawang putih – hiris
• 1 biji cili merah - hiris
• 6 ekor udang basah/udang kering
• Serbuk lada putih
• Garam
• Kicap
• Minyak masak
• Air
• Daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara-cara

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.

2. Masukkan udang basah yang telah dibuang kulit.

3. Masukkan air dalam setengah periuk.

4. Masukkan garam dan serbuk lada putih.

5. Masukkan ubi kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit empuk.

6. Masukkan fucuk yang telah kembang, cendawan, lobak merah, bunga kobis, jagung muda soh hun dan lain-lain sayuran yang ingin ditambah.

7. Potong cili merah dan masukkan ke dalam periuk sup.

8. Tambahkan 1-2 sudu kicap dan biarkan mendidih.

9. Bila ubi sudah empuk, dan kuah sudah mendidih, bolehlah diangkat. Taburkann hirisan daun sup/daun bawang ke atas sup.

Nota cik epel : since kat umah takde udang...saya tak taruk pong....hiks!

No comments: