Friday, September 12, 2008

Makaroni Bakar



gambar : cik epel


Bahan-bahan


Macaroni
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit garam
Cili boh
Minced beef/daging burger
Telur


Cara-cara


1. Macaroni direbus.

2. Sementara itu, tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia. Letak cilih boh (macam nak goreng mee).

3. Lepas tu letak minced meat kemudian garam sikit.

4. Kemudian masukkan macaroni yang dah direbus tadi. Kacau.

5. Ketepikan bahan yang dah dimasak ni, pastu pukul 5-6 biji telur berasingan.

6. Macaroni tadi dimasukkan ke dalam loyang/bowl untuk oven, curahkan telur yang dah dipukul ke dalam adunan. Pastikan macaroni udah dirata-ratakan/dipadat-padatkan dalam bowl tadi.

7. Bakar selamat 30 – 45 minit. Heat 120 – 130 celcius.

Nota cik epel : Dah lama resepi ni dalam simpanan saya…since 2002 kot..hihihi…dah lupe print kat mana…kepada tuan punya resepi, tengkiu ye…ekceli…macaroni bakar saya tu terlebih masak cikit!... hihihi…^_^

No comments: