Sunday, September 21, 2008

Roti Sardin Berkeju



sumber/credit to : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Roti
1 tin sardin Kecil
Bawang besar – dipotong dadu
Cili merah – dipotong dadu
Secubit garam
Olive oil (nak guna minyak biasa pun tak pe)
Kuning telur
Mozarella cheese
Oregano

Cara-cara


1. Tumis bawang merah dan cili merah dengan olive oil.

2. Kemudian masukkan sardin dan secubit garam.

3. Bila dah siap, ambil roti dan gulungkan.

4. Sapu permukaan roti dengan kuning telur dan parutkan mozzarella cheese dan tabur di atas roti. Jangan lupa tabur oregano sekali.

5. Sapukan butter di atas dulang pembakar dan bakar dalam suhu 180’C selamat 15 minit.

Nota cik epel : inti sardin tu, terpulang kepada kawan-kawan semua nak buat camne sebenanyer…hihihhi…cedap dimakan time panas-panas…hiks! ^_^

No comments: