Tuesday, September 2, 2008
Nasi Goreng Lambaian Cik Epel ^_^
sumber : cik epel ^_^
Bahan Untuk Nasi (anggaran untuk 2 orang)
Nasi putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sayur campur
Garam
Telur – digoreng
Bahan Untuk Lauk
Ayam
Daging
3 batang kacang buncis/panjang – dipotong kecil
Kobis bunga
½ bawang besar – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris nipis
5 ulas bawang merah - dikisar
Sedikit kunyit hidup/serbuk – dikisar
Sedikit garam & serbuk perasa
Cara-cara
Nasi
- Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sayur campur dan masukkan nasi.
Masukkan sedikit garam.
Lauk
- Goreng bawang merah dan kunyit yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan ayam dan daging. Kacau.
- Kemudian baru masukkan kubis bunga, bawang besar, cili merah.
- Masukkan sedikit garam & serbuk perasa.
Nota cik epel : Hidangkan bersama telur yang telah digoreng tadi…selamat menjamu selera…hiks! ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment