Monday, September 8, 2008

Bebola Daging



sumber/credit to : alia @ myresepi

Bahan-bahan (4 orang)

• 1 cawan daging hancur/kisar
• 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
• Garam secukupnya
• 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
• 3 sudu sos tomato
• 1 sudu sos tiram
• 12 biji tomato ceri
• 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.

2. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.

3. Kemudian masukkan sos dan buah tomato

4. Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

Nota Alia : Meatball. Guna daging hancur. Sesuai untuk kanak-kanak.

No comments: