Monday, September 8, 2008

Petola Masak Lemak



sumber : cik epel

Bahan-bahan

1 biji petola
1 mangkuk santan
suhun - direndam
fu chuk - direndam (betui ke ejaan nie..hihihi...)
4 bawang merah - ditumbuk
2 bawang putih - ditumbuk
Sedikit lada hitam – ditumbuk
Sedikit garam/perasa

Cara-cara

1. Masukkan santan, petola, bawang merah, bawang putih dan lada hitam ke dalam periuk. Tambah air sedikit.

2. Kacau sehingga mendidih.

3. Kemudian masukkan su hun dan fucuk. Jangan lupa masukkan garam dan perasa (jika perlu)

Nota cik epel : ^_^ saya kol mak kat kampung nak tanya wat petola masak lemak camne…hihihi…. :-b

No comments: