sumber/credit to : buku kak hanieliza gambar : cik epel ^^
Bahan A
500 gram ayam (dipotong kecil) 1 batang lobak merah 1 biji bawang besar (dihiris) 2 batang serai (diketuk) 8 biji cili api (diketuk) 2cm lengkuas (diketuk) 1 ulas bawang putih (diketuk) 1 sudu besar pes tomyam 1 batang daun saderi (dipotong kecil) 3 helai daun limau purut (dikoyak) Air & garam secukup rasa
Bahan B
100 gram bunga kubis 2 biji tomato (dipotong 4) 2 biji limau nipis (diambil airnya) 1 pokok daun ketumbanr (dicincang)
Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan A dan renehkan hingga lembut.
2. Masukkan bunga kubis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.
Cara-cara
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
1 tin susu cair 1/2 tin air 2 biji kek gulung (saya suka perisa oren & strawberry) 1 cawan gula 1 sudu besar tepung kastard 1 tin buah peach
Cara-Cara
1. Satukan susu cair, air, gula dan tepung kastard dalam periuk.
2. Kacau sampai le pekat..sejukkan jap...
3. Potong kek gulung bulat-bulat pehtu susun dalam mangkuk triffle..(memandangkan saya takde mangkuk triffle...saya boh je dalam bekas bulat yang ada kat dapur nie... ^_^ )
3. Kemudian potong dadu buah peach seket, taburkan atas kek gulung tadi....
4. Pahtu susun kek gulung yang potong bulat-bulat tadi atas buah peach yang potong dadu tadi...
5. Pahtu susun buah peach yang tidak dipotong dadu atas kek tadi...
6. Last sekali tuangkan kastad sehingga rata...
7. Sejukkan puding sebelum dihidangkan...
Nota cik epel : sebenarnye terpulang kepada kawan-kawan nak potong buah peach tu dadu ke tidak...ekkeke..ikut kreativiti masing-masing...nak wat tiga segi ke...empat segi ke...bentuk bintang ke..terpulang...ekekekke.....memandangkan saya terlebih rajin...saya wat le camtu...ekekeke....lepas tu..sukatan tu...agak-agak le ek..especially tang gula tu... ahaks! tata! ^_^
3-4 sudu susu tepung (apa-apa jenis pun tak kisah asalkan susu tepung
3 sudu marjerin (dicairkan)
Yis basah
Air garam (garam dilarutkan dalam air. Jangan masin sangat nanti adunan tepung tu masin)
Gula dikisar halus (jangan halus sangat)
Cara-cara
1. Cairkan yis dalam air (peringatan : 1kg tepung gandum = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja).
2. Satukan tepung gandum dengan susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yang telah dicairkan dan diadun dengan air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan).
3.Biarkan adunan tepung yang dah doh tu mengembang.
4.Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat-bulat seperti kita nak buat kuih keria.
5. Bila bentuk-bentuk donut tu dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar.
Option 1
Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dengan pekedai bila nak membeli.
Option 2
Maaflah saya nak tambah sikit. Kalau nak donut tu waktu sejuk pun masih lembut lagi contohnya untuk bawa bekal, sila tambah:-
2 biji ubi kentang – direbus dan dilenyekkan.
Yis basah boleh diganti dengan 1 bungkus Mauripan (serbuk)
Nota cikepel : Saya lupa kat mana saya amik resepi nie…dah bertahun dalam simpanan saya…ni 1st time baru buat…saya tak ikot sukatan kat atas tu…saya main belasah je…ekekeke….…^_^… owh ye…saya juga masukkan ubi kentang…
Tapi Al-hamdulillah…tetap lembut okeh…ahaks!
Pastu saya tak taburkan gula atas tu, saya pi cairkan coklat bar pahtu boh atas tu….pergh! sodap! Dah le coklat bar tu berkacang…pahtu…coklat ‘corte’ plak tu…sapa-sapa yang suka makan coklat, memang tau la coklat jenama ‘corte’ memang marveles! ^_^ selamat mencuba…!!!
Petai Ikan Bilis Bawang Merah - blend Bawang Putih - blend Cili Kering/Cili Serbuk (saya guna cili serbuk baba's tu...bancuh dengan sedikit air) Asam Keping/Asam Jawa(saya guna asam keping) Garam Gula Pak Aji (tamo pun tak pe) Minyak Masak
Cara²:
1. Masukkan minyak ke dalam kuali...goreng ikan bilis separuh garing...angkat & toskan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih & cili yang telah dibancuh dengan air tadi...tumis sampai naik bau & pecah minyak...
3. Masukkan air sikit ke dalam tumisan tadi dan bubuh asam keping/gula/garam secukup rasa...
4. Kemudian masukkan petai...biarkan seminit dua...pehtu baru masukkan ikan bilis dan terus tutup api...
5. Siap ^^
nota cik epel : saya masak nie main agak² je...hehehe...so harap kawan² agak sendiri la ek berapa sukatan bahan² tu...yang pasti..makan gan nasik putih panas pehtu jangan lupe telur dadar...perghh..terus feeling² makan kat restoran..ahaks!
~hehehe...ini resepi ain..kalo nak...klik kat sini ek...erkk...abaikan telur tu ek...huuu...mula-mula saya ingat tak masak lagik...rupa-rupanya telur dia jadik camtu...tapi kalo dah boh sardin tu..wat ler camne pong tetap sodap...cuma saya tak boh buah tomato sebab takde...ekekeke...lada sulah pong luper nak boh...ekekeke...selamat mencuba...tengkiu ain... ^_^
5. Lapisan pertama, sapukan sos spaghetti dan tabur sedikit hotdog dan daging burger...tabur cheddar cheese....
6. Susun roti lagik...
7. Sapukan sos spaghetti dan mayonis sedikit...boh hotdog, daging burger, capsicum dan cheddar cheese...agak-agak ada parmesan cheese lam peti ais, tabur jer parmesan cheese seket...
8. Last sekali...parut mozarella dan taburkan atas 'pizza' kite tu tadi...terpulang..nak boh banyak, sila parut gan jayanya...tamo boh banyak, parut sikit-sikit je la...hehehe...
9. Bakar dalam suhu 120' selama 20-25 minit....
10. Sungguh enak dimakan time panas-panas...pehtu makan lak gan sos cili...perghhh.... ^_^
'jOm kOnGsi PeLbAgAi ReSePi' - untuk makluman kekawan semua, kebanyakan resepi yang ada kat dalam blog ni, saya ambil daripada blog masakan yang lain...saya nak masak best-best, memang tak reti la...hiks! Kekawan semua boleh rujuk di link yang saya sertakan jika ingin menjenguk ke blog mereka..kepada yang ingin berkongsi resepi di blog ini, boleh la e-mailkan kepada saya... xoxo!!!