Tuesday, January 3, 2012

Pulut Pagi @ Pulut Manis Gaul Kelapa

...seriously...saya tak pernah tanak pulut in my life...tapi mak saya sangat terer bile bab kukus pulut...

...bebaru nie saya ada beli kukur kelapa...hihihi...tingat zaman kecik-kecik dulu kena kukur kelapa...sekarang ni cam susah je nak carik kukur kelapa yang tempat duduk macam rehal tu...

...one day terjumpa orang jual kukur kelapa secara online...apa lagi..terus order...from terengganu with love...hihihi...yeayy!!! suke sangat! If pakai kukur kelapa ni, kelapa lembut je kan? hihihi...terus semangat nak wat pulut...tapi pulut ni saya tanak pakai rice cooker -_-"...

...nanti nak wat lagi! ^^ ...

sumber/credit to : kak nonie

gambar : cikepel ^^

Bahan-bahan
2 cawan pulut - saya guna beras pulut floral
2 cawan air atau 182 inci melebihi paras pulut
1 keping nissae (gula melaka/gula merah)- dihancurkan

kelapa parut campur secubit garam
beras pulut goreng - saya tak buat

Nak masak pulut ni senang jer, hanya cuci pulut dan tanak. Agak2 dah menggelegak dan kering, taburkan gula melaka yang telah diracik halus ke atasnya. Tutup periuk dan kecilkan api... Tunggu hingga gula cair dan menyerap ke dalam pulut. Agak2 dalam 10 minit, baru dikarih2 lagi. Jika gula dah sebati dengan pulut dan tidak kelihatan berair, bolehlah dipadamkan api. Tutup periuk dan rehatkan dulu 5 minit. Baru boleh dibuka tudung periuk dan hidangkan dengan kelapa parut.

No comments: