Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label sup dan tomyam. Show all posts
Showing posts with label sup dan tomyam. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

Tomyam Ayam

sumber/credit to : buku kak hanieliza
gambar : cik epel ^^

Bahan A

500 gram ayam (dipotong kecil)
1 batang lobak merah
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili api (diketuk)
2cm lengkuas (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang daun saderi (dipotong kecil)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
Air & garam secukup rasa

Bahan B

100 gram bunga kubis
2 biji tomato (dipotong 4)
2 biji limau nipis (diambil airnya)
1 pokok daun ketumbanr (dicincang)

Cara Membuat

1. Masukkan semua bahan A dan renehkan hingga lembut.

2. Masukkan bunga kubis dan buah tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.

3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar.

4. Sedia dihidangkan.

Thursday, September 18, 2008

Soto Ayam



sumber/credit to : suzi

Bahan2nya:

• nasi himpit
• sup
• sambal kicap
• bahan hiasan
• bergedel

Untuk nasi impit:(ctma@myresipi.com)

• 3 cawan beras
• 8 cawan air
• sehelas daun pandan - optional
• sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

1. Basuh beras seperti biasa.

2. Tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.

3. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.

4. Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate

Untuk Sup:(resepi Umi Amir)

• I ekor ayam
• 5 ulas bawang merah dihiris halus
• 10 ulas bawang putih dihiris halus
• 2cm halia diketuk
• 4 batang serai diketuk
• 1 peket sup bunjut
• sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
• 2 helai daun pandan - tak letak pun
• Daun sup secukupnya
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.

2. Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.

3. Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.

4. Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.

5. Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.

6. Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

Friday, September 12, 2008

Tom Yam Putih



sumber/credit to : kak jeni @ ummi

Bahan-bahan

2 biji bawang besar - belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
3 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - dihiris dan dititik
1 kg ayam - potong kecil (*ummi letak separuh je)
2 ekor sotong sederhana - potong bulat (*ni ummi tambah)
8 ekor udang (*ni pun ummi tambah)
1 biji tomato - potong 8 (*ummi letak 2 biji)
1 batang celery
cili padi - ditumbuk (*ikut pedas - ummi letak 8 tangkai)
Cili hijau - belah 4 (x letak pun)
1 batang carrot - potong panjang 1 inci (*ummi potong bulat nipis)
Jus limau nipis (*ummi letak 3 sudu besar)
Daun limau purut
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.

2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing.

3. Masukkan ayam dan tumis sekejap. (Tips untuk menghilangkan bau hanyir ayam).

4. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih.

5. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun limau purut.

6. Masukkan garam secukup rasa. Setelah masak sume sayuran (jangan layu sangat), tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus limau secukup rasa.

7. Siap dan hidangkan dengan nasi panas bersama telor dadar..best!!

Nota cik epel : saya dah try wat tom yam putih nie..cedap! hiks! tapi guna gambar ummi la yek..lagi shantek.. ^_^

Thursday, September 4, 2008

Sup Sayur Sawi Jepun



sumber/credit to : mak lang

Bahan-bahan

Sawi jepun/pak choy
Carrot
Bwg putih - titik
Bwg merah - hiris
Kiub ayam
Sos tiram
Bebola ikan
Air

Cara-cara

1. Tumis bwg putih dan bwg merah hingga wangi.

2. Masukkan air dan carrot.

3. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bebola ikan.

4. last sekali masukkan sayur ..tutup api.

Friday, August 15, 2008

Tom Yam Ficik

sumber : ficik


Bahan-bahan

1 biji / 1 ½ biji Bawang Besar (Hiris)

5 ulas / 6 ulas Bawang Putih (separuh hiris, separuh tumbuk)

Sedikit halia (hiris)

Sedikit Lengkuas (Jika ada)

1 / 2 btg Serai (Ketuk)

½ senduk Cili Kering Kisar/ Cili Bo (Kalo nak kuah kaler merah)

2 Kiub Tom Yam Maggi (Kalo nak pekat masukkan 3 kiub)

Cili Padi diketuk sedikit(Ikut kalo nak pedas letak bebanyak)

Ayam/Udang/sotong

Garam

Limau Nipis

Daun Limau Purut

Sayur (kubis bunga, carrot, baby corn, tomato, celery)

Cara-cara

Panaskan minyak…

masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan sebahagian cili padi..tumis..

masukkan cili kering kisar…dan tumis lagi…

kemudian masukkan ayam…tumis sehingga ayam tu kecut sedikit…pastu..masukkan air…agak

agak la nak kuah byk ke sikit…

masukkan kiub tom Yam Maggi….

masukkan garam…dan rasa sedap ke tak…tambah la apa yg patut…

masukkan daun limau purut…

pastu….emm masukkan baki ciki padi tadi…

bila ayam dah empuk..masukkan sayur-sayuran…

kemudian perahkan sedikit limau nipis..ikut kalo nak masam letak byk…