Thursday, September 18, 2008

Soto Ayam



sumber/credit to : suzi

Bahan2nya:

• nasi himpit
• sup
• sambal kicap
• bahan hiasan
• bergedel

Untuk nasi impit:(ctma@myresipi.com)

• 3 cawan beras
• 8 cawan air
• sehelas daun pandan - optional
• sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara

1. Basuh beras seperti biasa.

2. Tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan.

3. Setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.

4. Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate

Untuk Sup:(resepi Umi Amir)

• I ekor ayam
• 5 ulas bawang merah dihiris halus
• 10 ulas bawang putih dihiris halus
• 2cm halia diketuk
• 4 batang serai diketuk
• 1 peket sup bunjut
• sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
• 2 helai daun pandan - tak letak pun
• Daun sup secukupnya
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.

2. Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.

3. Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.

4. Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.

5. Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.

6. Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

No comments: