Friday, September 19, 2008

Kacang Botak



sumber/credit to : che’iza

Bahan-bahan

• 1/2 kg kacang tanah
• 2 1/2 cwn tepung beras (lebih kuranglah)
• 1/2 cwn santan
• 1 1/2 sb serbuk kari
• 1 sb serbuk cili
• sedikit lada sulah
• sebiji telur gred c jer
• 1 1/2 sb gula
• 1 sk garam
• 2 sk serbuk pati ikan bilis / udang
• 1/2 cwn air (bergantung)

Cara-cara


1. Basuh kacang bersih. Tapi ala kadarlah eh jgn over lak.... kang kembang. Toskan kacang.

2. Bancuh 2 cwn tepung ( tinggalkan dulu 1/2 cwn) dgn semua bahan kecuali air... Gaul semua bahan hingga sebati.

3. Perlahan2 masukkan air sikit2 hingga jadi aduan yg likat.


4. Masukkan kacang yg telah ditoskan tadi kedlm bancuhan tepung. gaul rata.

5. Tabur lebihan tepung beras atas bancuhan kacang tadi... Gaul sikit..bertujuan utk bg kering sikit bancuhan kulit tepung tu dan tuk memisahkan kacang2 tu.

6. Goreng dlm minyak yg panas... deep fry...

1 comment:

AZIANA azia said...

ada xresepi kacang botak y guna pes tomyam....