Saturday, June 5, 2010

Burger, Coleslaw

sumber/credit to: : buku kak hanieliza

gambar : cik epel ^_^

burger amik kat sini ye...kat bawah nie resepi coleslaw...

Bahan A (sayur-sayuran)

1 biji kubis manis (saiz kecil)
1 batang lobak merah

Bahan B (untuk sos)

1 cawan mayonis
2 sudu yogurt asli
1 sudu makan jus lemon

Cara Membuat

- bahan sayur-sayuran dihiris halus. Kemudian basuh dan toskan.

- masukkan bahan sos ke dalam mangkuk. Kacau rata.

- gaulkan semua bahan dan sejukkan di dalam peti sejuk.

- hidangkan dengan ayam goreng.

Pengat Ubi Keledek


sumber/credit to : dillah (my sister)

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan (cam biasa...anggar sendiri la ye...)

ubi keledek
1 kotak santan
gula merah/gula melaka
daun pandan
air (anggaran sendiri)
garam

Cara membuat

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan rebus sehingga masak...hehehe....simple je kan... ^_^

Nasi Lemak - Ulangan 2

resepi amik kat sini yek... ^_^

Mee Goreng Basah Kak CT

sumber/credit to : kak ct raudah (my opismate)

gambar : cik epel

Bahan-bahan (anggar sendiri la ek...ekeke..x reti nak anggarkan kat sini)

1 peket mee kuning
daging - rebus dahulu
sayur sawi
kicap pekat
sos cili
sos tomato
gula
minyak masak

* bahan kisar

*bawang merah
*bawang putih
*cili kering/cili boh

Cara membuat

- tumis bahan kisar sehingga wangi.

- masukkan daging. kacau sebentar.

- masukkan sos cili/sos tomato/kicap pekat. Kacau.

- masukkan sayur sawi dan mee kuning.

- masukkan air rebusan daging.

- tambah gula secukup rasa (garam tidak perlu dimasukkan).

- last sekali taburkan cili merah, daun bawang dan telur dadar.

Donut Suria


sumber/credit to : puan suria @ hana

gambar : cik epel ^_^

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Sambal Kicap Pedas

sumber/credit to : buku kak hanieliza

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

5 biji cili merah
7 biji cili api
2 labu bawang besar
6 biji limau kasturi
1/2 cawan kicap
garam secukup rasa

Cara membuat

- cili merah dan cili api dihiris halus.

- bawang besar dipotong dadu kecil.

- masukkan semua bahan yang dipotong dalam mangkuk.

- perahkan limau kasturi.

- tuangkan kicap dan gaul rata.

- hidangkan dengan ikan bakar dan ulam-ulaman.

Ikan Bakar

sumber/credit to : rozzan

gambar : cik epel ^_^

1 kg ikan pari - potong ikut suka (ikan2 lain pun boleh)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30-35 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
sedikit belacan
3-4 biji buah keras (optional)

(kisar semua bahan di atas)


4 sudu besar sos tomato
4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3-4 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang secukupnya
alum foil (kalau nak bakar dalam ketuhar)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau dan kacau sebentar.

2) Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg kurang. Biarkan sehingga sambalnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.

3) Daun pisang dibersihkan dan dipotong ikut saiz yg diperlukan. Begitu juga dgn aluminium foil tetapi biarlah ia lebih besar sedikit dari saiz daun pisang.

4) Alaskan daun pisang tadi dgn alum foil dan bubuh sedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dgn kemas. Buat begini sehingga habis semua ikan dan sambal.

5) Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 200 -225 darjah Celsius selama kira-kira ½ jam.

Mix Vege With Beef

sumber/credit to : mat gebu

gambar : cik epel ^_^

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum hijau, didadu
5 putik jagung potong serong
10 kuntum cendawan butang, potong 2
150 g brokoli, potong sekuntum2
10 biji telur puyuh, rebus keras, kupas dan goreng
1 tiub tauhu jepun, potong dan goreng
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos lada hitam
2 camca besar kicap cair
1/2 cawan air
Garam jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihirs nipis, cuci, toskan dan gaul dengan bahan tumbuk lumat, perap 20 minit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Gaul rata dan masuk daging tadi, kacau dan tuang air. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan brokoli, capsicum merah/hijau dan putik jagung. Kacau rata, tambah kicap cair dan masukkan bahan2 selebihnya kecuali daun bawang dan garam.
  4. Masak hingga kuah pekat dan sayur masak, rasa dan jika perlu tambah garam. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan..

Kuih Bakar Pandan

sumber/credit to : kak wan (citarawan)@ummi

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (*akak bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

Pau Sambal

sumber/kredit to : kak An

gambar : cik epel ^^

Bahan-bahan Doh:

3 cawan tepung gandum

2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)

2 sudu besar margerin

1 biji telur

1 biji kentang, direbus dan dilecek halus

1/2 cawan air dicampur secubit garam

*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)

Cara-cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin dan kentang ke dalam lubang tu.

2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.

3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.

5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung.