Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 25, 2014

Pengalaman Bersalin Secara Czer

Salam & Hi :)

Kan saya buka buku 'biru' di Klinik Fadzliyana kan.
So selepas disahkan hamil kembar, Dr. Fadzliyana buat surat minta saya dirujuk di Hospital Serdang.

Maka bermula la episod monthly check up di Hospital Serdang.
Jadi di O&G tu, saya akan berjumpa dengan doktor yang berlainan setiap bulan.

Pada minggu ke-34, Mr. Yon buat appointment dengan Hospital Putrajaya under skim FPP (Full Paying Patient).
Nasib baik doktor masih terima saya even kandungan dah masuk 34 minggu.
Doktor pakar yang disyorkan adalah Dr. Hazim. 
Beliau merupakan Ketua Jabatan O&G di Hospital Putrajaya dan banyak handle kes kehamilan kembar.

Dr. Hazim ni sangat baik dan soft spoken :)
Jadi every 2 weeks, memang saya jumpa beliau sahaja.
Dan tak perlu nak tunggu giliran lama if ambil skim FPP.
Kalau kat Hospital Serdang sebelum ni, memang pergi pagi, balik t/hari la jawabnya :)

Mr. Yon ambil keputusan untuk hantar saya ke FPP sebab beliau takut kejadian yang menimpa isteri kawan beliau akan terjadi kat saya.
Isteri kawan beliau tu sebelum ni pergi ke Hospital Putrajaya. 
Lepas tu takde katil. 
Terus kena tolak ke Hospital Serdang atau Hospital Kajang.
So mereka terus pergi ke Hospital Serdang.
Di sana pula tiada katil & labour room pula penuh.
Hampir 1 - 2 jam mereka tunggu kat luar.
Kesiannya.

Masa melahirkan Ichiro dulu, Al-hamdulillah nasib saya baik.
Cuma saya kena tunggu 1 jam sahaja untuk dapatkan single room.
Semua atas nasib.

Jadi Dr. Hazim telah menetapkan agar saya check in pada 10 April 2014 (Khamis) pagi dan czer sebelah petang.

So pagi 10 April 2014 tu, pergi la saya ke FPP ditemani Mr. Yon, mama & papa mertua saya.
2 jam juga saya tunggu di lobi untuk dapatkan bilik.
Jam 9.15am saya dah start kena puasa.
Even air pun tak leh minum.

2 jam kemudian, dapat bilik di tingkat 5A.
Satu bilik 2 katil.
Tetap kena charge RM300 untuk satu malam.
Keesokannya baru saya dapat 1 bilik 1 katil.
Baru la rasa privacy sikit :)

T/hari tu, parents saya daripada Kelantan tiba.
Hehehe..terkejut mereka tengok saya yang badan makin naik tu :)
Dah nama pun hamil kembar kan? Hehehe!

Sepanjang pagi hingga ke petang, memang saya takde rasa gemuruh.
Yang saya tau, saya nak beranak je. Hehehe :)
If saya tunjuk saya gemuruh, nanti mereka pula yang makin risau. :)

Jam 5.30pm, nurse datang minta tukarkan baju untuk masuk ke dalam OT.

Lepas tu saya ditolak masuk ke OT. 
Doktor bius datang terangkan kepada saya apa prosedur yang mereka akan lakukan dan perlu t/tangan beberapa dokumen.

Jam 5.50pm, saya diminta membongkokkan badan dan memeluk bantal kerana doktor akan cucuk ubat bius/morfin kat belakang.
Macam mana nak cakap ye.
Takde la rasa sakit.
Rasa macam kena gigit semut.
Dan saya pun tak sedar bila masa mereka dah habis inject. Hehehe!

Lepas tu doktor bius tanya saya, adakah saya rasa nervous.
Saya kata saya tak nervous cuma saya tengah tunggu bila saya nak rasa kebas.
Hahahaha!
Bila doktor suruh angkat kaki, saya dah tak rasa apa-apa dah.

Lepas tu datang sorang pembantu minta izin untuk masukkan tiub air kencing.
Aha...nak share kat korang ni.
If sapa-sapa amik FPP (Wad 5A Eksekutif), mereka akan masukkan tiub air kencing selepas dibiuskan.
Sapa-sapa yang duduk wad biasa, mereka akan masukkan tiub air kencing tu awal-awal.
Benda ni la yang paling saya takut. 
Nasib baik mereka masukkan selepas saya dibius.
Jadi saya tak rasa apa-apa :)

Lepas tu Dr. Hazim masuk.
Saya bitau doktor saya tak nak tengok.
Doktor tanya betul ke tak nak tengok.
Hahaha!
Saya cakap, memang saya tak nak tengok sebab saya boleh nampak perut saya kat lampu besar yang dok atas saya tu.
Jadi doktor pun letak kain hijau tu halang muka saya.

Doktor bius kata saya takkan rasa benda tajam tapi saya akan rasa perut saya ditekan-tekan.
Doktor Hazim test kat perut saya tanya sakit tak.
Saya kata tak. Cuba buat sekali lagi. Hehehe!
Kali ke-2 Doktor buat, saya tak rasa apa-apa.
Bila dengar Dr. Hazim kata 'Bismillahirahmanirahim' tu, saya tau la, mereka tengah belah perut saya :)

Sempat la saya sembang-sembang dengan doktor bius.
Tanya berapa lama ubat bius ni bertahan.
Katanya ubat bius tu akan bertahan selama 6 jam.

Jam 6.01 pm, keluar la si abang.
Jam 6.05 pm, keluat la si adik.
(saya tahu waktu mereka keluar masa nak keluar hospital).

Tiba-tiba saya terdengar suara baby menangis.
Sah dah keluar sorang.
Saya tunggu lagi nak dengar suara sorang lagi.
Eh! kenapa sampai ke sudah tak de dengar ni.

Saya pun tanya la doktor, dua-dua dah keluar ke?
Rupa-rupanya2 dah lama keluar.
Alahai...saya yang tak perasan rupa-rupanya.

Lepas tu datang la nurse tunjuk baby and minta saya tengok jantina.
Mula-mula mereka tunjuk baby boy.
Kemudian baru tunjuk baby girl.
Syukur Al-hamdulillah.
Muka sebiji macam Ichiro si abang tu :)

Lepas tu sesi menjahit perut saya.
Lepas tu saya dimasukkan ke recovery room sebab saya dah mula rasa seram sejuk kesan daripada ubat bius.
Setengah jam saya kat dalam tu.

6.50pm saya keluar dan belum sampai ke pintu, perut saya macam bergelora.
Nak muntah!
Wah...sepanjang malam saya muntah.
Nasib baik mama mertua & adik ipar saya yang jaga babies malam tu.
Kerja saya malam tu, muntah je.

Dah 3 jenis ubat tahan muntah mereka bagi kepada saya tapi saya tetap muntah.
Sepatutnya keesokan paginya saya kena berjalan tapi sebab saya muntah, mereka tak cabut tiub air kencing dan mereka inject ubat untuk cairkan darah takut jadi darah beku.

T/hari tu, masa saya nak pindah ke single room, baru tiub air kencing saya dicabut.
Fuh!!! Ngiluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
Panjang pulak tu tiub tu.
Saya tak leh imagine macam mana mereka masukkan tiub air kencing kepada  pesakit yang tidak dibius.
Ya Allah, memang ngilu.

Saya gagahkan diri untuk bangun dan duduk atas kerusi roda.
Lepas tu nurse bagi lagi ubat tahan muntah.
Terus saya rasa ngantuk apa lagi, tido berdengkurannn le jawabnya...hahaha!

Pastu saya cuba pergi ke toilet untuk buang air kecil.
Lama jugak saya dalam toilet tu.
Sebab saya rasa macam tak boleh nak control untuk buang air kecil.
Last-last baru boleh buang.
Kalau tak boleh buang, nurse kata akan masukkan tiub air kencing semula.
No! No! No! Tak nak dah saya...Ngiluuuuuuuuuuuuuu... :(

Hari Ke-2 saya pakai bengkung moden.
Bengkung khas untuk bersalin czer.
Al-hamdulillah, bila saya pakai bengkung tu, saya tak rasa sakit.
Nasib baik juga masa tu saya takde nak bersin atau batuk.
Kalau ada juga, saya tak tau la sakitnya macam mana.

Jadi saya memang cadangkan kat korang yang akan bersalin czer, beli la bengkung moden.
Tak rugi. Memang amat berguna.
Pakai je bengkung tu kat luar baju.
Insya-Allah korang takkan rasa sakit.

Sebelum ni saya rasa takut sangat bila dengar kena bersalin czer.
Ye la, sebab sebelum ni kan bersalin normal.
Itupun masa dah buka 10cm, masih tak boleh nak push sebab tak rasa sakit. Hehehe!

Selepas kawan-kawan yang pernah alami czer bagi nasihat, saya rasa ok dan saya pikir, czer takde la menakutkan.
Yang penting kena jaga kesihatan diri dan jaga makan.
Pantang macam orang bersalin normal juga.
Tapi ayam daging saya tak makan. 
Takut gatal.

Saya tak ambil jamu.
Saya ambil vitamin Shaklee dan juga minum air Peel Fresh.
Saya minum Peel Fresh tu pun masa minggu ke-2 dalam pantang.

Cuma saya nak bitau kawan-kawan kat luar sana, bersalin czer takde la teruk seperti yang kita dengar.
Normal saya pernah. Czer pun saya pernah.

Cuma normal ni kita akan cepat baik.
Czer ni kita kena jaga betul-betul tempat jahit tu. 
Kena bagi sentiasa kering.
Dan jangan lupa makan ubat-ubat yang doktor bekalkan dan juga makan vitamin untuk tenaga kita.

Kalau saya rasa macam sakit tempat jahit tu, cepat-cepat saya makan pain killer yang doktor bekalkan :)

Jadi, selamat berpantang untuk saya :) 


Pengalaman Mengandung Kembar

Salam & Hi :)

Nampak gayanya, blog ni akan ada cerita campur-campur dah. 
Dulu target blog ni hanya untuk kongsi-kongsi resepi je.
Sekarang nan hado. hehehe!
Jadi korang jangan bosan pulak baca cerita dalam blog ni.
(cakap konon macam ramai je yang baca blog ni kan? hehehe!) 

Okey, ni saya nak kongsi cerita pengalaman mengandung si kembar.
Masa awal-awal bulan, hanya Allah yang tahu betapa teruknya alahan yang saya alami.
Tapi saya fikir, ada lagi orang yang lagi teruk.
Ada yang siap kena masuk hospital lagi untuk masukkan air, kan?

Alahan air liur.
Ini memang sama macam alahan yang saya alami masa mengandungkan Ichiro.
Air liur berhenti masa kandungan dah nak masuk 5-6 bulan.
Dalam mulut ni memang dok kemam gula-gula je.
Lepas tu baru teringat arwah Tok Mak ada bagi petua.
Goreng jintan manis dan jintan hitam tanpa minyak.
Pastu kemam atau gigit2 je jintan2 tu.
Aha, baru la rasa ok.
Maksud saya, tak perlu nak kemam gula-gula dah.
Sekarang ni, saya tak boleh nak tengok atau nak makan gula-gula yang dah saya makan/kemam masa mengandung.
Rasa loya semacam. 
Hai, macam-macam la kan. -___-"

Muntah
Tiap-tiap pagi sampai ke malam memang tak berhenti muntah.
Selera makan tu ada tapi lepas makan confirm akan keluar balik.
Sampaikan satu tahap, saya tutup lampu toilet dan baru mengadap toilet bowl lepas tu baru muntah. -__-"
Attendance saya ke opis tak yah cakap la.
Memang teruk.
Nasib baik bos sangat memahami dan ada pengganti yang sudi gantikan tempat saya masa saya tak sihat tu.
Kadang-kadang saya pegi opis pagi, pastu t/hari dah balik rumah.
Memang flat gila.
Dapur memang tak masuk langsung.
Hari-hari Mrs. Yon tolong belikan makanan.
MC tak yah cakap. Berderet :(
Apa nak buat, nak amik cuti pun, cuti dah tinggal berapa hari dah :(
Dugaan masa alahan.

Masa ni, nafsu untuk shopping memang takde langsung.
Nafsu dunia tu ah gone! :D

Saya rasa takde beza alahan saya dengan alahan masa mengandungkan Ichiro. 
Saya rasa sama je alahan tu.

Bila dah nak masuk 7 bulan, saya minta tolong anak sepupu saya dari kampung datang duduk dengan saya.
Tak larat dah saya nak buat kerja rumah.
Sebelum ni bibik mama cuba dapatkan pembantu from Indonesia tapi bila dia tau saya mengandungkan kembar, terus orang tu tak nak datang. 
Tak pe la tau awal daripada dia buat hal di kemudian hari.
Memang takde rezeki saya.

Nak tido memang tak selesa. 
Memang kena tido mengereng je.
Sekejap ke kanan.
Sekejap ke kiri.
Tapi saya selesa mengereng ke kiri.
Terlentang dah tak boleh dah.
Haih! Mengeluh tu tak yah cakap la.
Tapi cepat-cepat kena sedarkan diri.
Tak baik mengeluh :D
Tapi kadang-kadang kalo tak sedar, mengeluh gak. Hehehe!

Kalau keluar pi jalan-jalan, memang lenguh kaki.
Sekejap-sekejap nak kena duduk.
Kalau takde tempat duduk, mesti terbongkok-bongkok jap saya ni.
Panas tak yah cakap.
Orang lain sejuk, saya panas.
Hormon orang mengandung kannnn...hehehe!
Memang tak leh nak kata apa dah... :)

Berat sebelum mengandung 67kg macam tu lah.
Last berat masa nak bersalin tu 89kg.
Wah! Boleh tahan! 22kg tu!!!
Jenuh la nak turunkan balik. tsk! tsk! tsk!
Tak pe la.
Janji anak-anak mama dalam perut sihat walafiat :)  .



Besarkan perut saya. 
Dagu tu dah tiga lapis dah! Hehehe!
Kalo daripada belakang nampak slim tau. hahaha!
Kalau tepi, korang tengok la sendiri. Hehehe!

Disahkan Hamil Kembar

Salam Jumaat semua :) 
Lamanya tak update blog. :)

Hampir 9 bulan juga saya tidak mengambil order kek sebab mengalami alahan yang teruk.
Sebelum ni saya mengandung tapi takde rezeki.
Keguguran pada 1 May 2014.
Doktor kata perlu tunggu 6-9 bulan untuk conceive tapi saya tak ikut kata doktor. :) 
Last period saya 20 Julai 2014. 
Al-hamdulillah, Allah berikan saya rezeki untuk mengandung dalam masa terdekat.

So saya buka buku & check up di Klinik Fadzliyana di Seri Kembangan since rumah saya dekat dengan klinik tu. Masa Ichiro, saya buat check up di Klinik Rohaya di Seri Serdang sebab masa tu saya masih menyewa di area Seri Serdang :)
Klinik Fadzliyana ni bukan buku merah tau tapi buku dia warna biru. hehehe!

Masa scan awal-awal bulan tu, masih nampak satu kantung.
Lepas tu masa 4 bulan tu baru tau yang saya mengandungkan kembar.
Itupun doktor cakap macam ni.
"eh sekejap! saya rasa macam saya nampak satu kepala lagi. sekejap yeeee..." 
Saya pandang Mr. Yon, Mr. Yon pandang saya then senyum meleret :)
 
Masa doktor cakap macam tu, macam-macam perasaan ada.
Gembira ada. Takut pun ada. hehehe!
So saya disahkan mengandung kembar DCDA. 
Iaitu dua kantung dan dua uri dan kembar tidak seiras.
Jadi anak-anak mama tak payah berebut makanan la ye.
Makanan semua anak-anak mama dapat sama rata :) 
Dan kebarangkalian untuk mendapat anak perempuan dan lelaki jika diizinkanNya.

So bila dah confirm saya mengandungkan kembar, terus bitau my family & family mertua.
Masa ni perasaan takut dah takde...hehehe!
Yang ada perasaan syukur kepada Allah SWT dan sangat gembira!
Allah gantikan dua sekaligus. Al-hamdulillah. Rezeki daripadaNya.

***pic: credit to Google***