Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts

Monday, September 15, 2008

Kerabu Tomato Ikan Bilis



sumber/credit to : hana

Bahan-bahan (3-4 org)

• 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
• segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
• 1/2 biji bwg besar - dihiris
• 3-4 biji chili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
• 1 btg serai - dihiris
• garam
• gula
• air lemon - optional
• pak aji - klu suka

Cara-cara

1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar.

2. Kemudian gaulkan semua bhn2 n perasakan ngan garam n gula. Klu nk lebih masam bleh letak air lemon.

3. Dah siap!! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...

Wednesday, September 10, 2008

Kerabu Taugeh Chef Zam



sumber/credit to : kak jun

Bahan-bahan

300gm taugeh
4 daun kucai-potong2
100gm udang
udang kering sket
4 bawang merah-hiris
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
5 cili api-potong2
jus limau nipis
garam n gula
butter

Cara-cara


1. Panaskan sedikit butter, goreng udang. ketepikan.

2. Tumis kerisik, udang kering dan bawang merah. angkat.

3. Masukkan udang yg digoreng tadi, taugeh, kucai, cili api ke dalam bahan tumisan, kacau.

4. Masukkan santan, jus limau, gula n garam secukup rasa. kacau sebati, hidangkan.

Thursday, September 4, 2008

Kerabu Pegaga



sumber/credit to : kak liza @ cari

Bahan-bahan
300 gm daun pegaga..[bersihkan dan hiris kecil]
100 kelapa muda [parut]
1 s/b minyak
2 biji cili merah [hiriskan]

Bahan Tumbuk
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang merah
ikan bilis
garam

Cara-cara
1. Panaskan minyak dlam kuali dan tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa sehingga wangi.

2. Masukkan daun pegaga dan kelapa.Tutup api.

3. Kacau rata dan rasakan garamnya.

4. Hidangkan dengan nasi putih.

Nasi Kerabu Pantai Timur



sumber/credit to : kak liza @ cari

Bahan-bahan Nasi Putih
[boleh juga buat nasi warna biru..kak liza masak ngan bunga warna purple [org kelantan yg bagi bunga ni..masak macam nasi lemak tapi bubuh bunga purple ni, serai ketuk, bawang merah [hiris] dan garam..].

Bahan untuk Sambal Ikan
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - dijadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Bahan Untuk Kuah
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 gm belacan
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Bahan Untuk Ulam
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
20 gm belacan
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus
50 gm taugeh
2 sudu besar budu
2 sudu kecil lada sulah

Cara Memasak Sambal Ikan
Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

Kuah
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

Ulam
1, Gaulkan semua ulam-ulaman.
2. Kemudian boleh hidangkan bersama nasi, sambal ikan, kuah dan budu untuk dimakan.

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

Nasi Kerabu




sumber/credit to : kak umie

Bahan-bahan

4 cawan nasi (nasi untuk nasi kerabu)
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api-ditumbuk (boleh tambah jika mau pedas)
2 biji telor ayam
1 batang serai-dimayang halus*
1 batang bungan kantan*
1 pohon daun kesum*
100 gm kacang panjang
100 gm kobis*
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam/perasa


Cara-cara


1. Mayang halus semua bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah ditumbuk halus, garam/perasa.

3. Apabila sudah garing masukkan telor serta sebahagian daripada bahan yang telah dimayang dan kacau rata.

4. Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga sebati.

5. Hidangkan bersama lebihan kerabu (sayuran yang telah dimayang halus)


** Boleh dimakan dengan lauk kesukaan seperti ayam goreng, daging bakar, ikan goreng tepung, keropok ikan, sambal lada :)

Tuesday, September 2, 2008

Kerabu Pucuk Paku



sumber/credit to : kak liza


Bahan-bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.