Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, December 9, 2010

Biskut Kelapa Rangup

~gambar lam buku~
~mine ^^ ...saya boh kismis ^^ ~
~ ye...saya malas untuk menaip semula...maka dengan itu...saya 'click' sana...'click' sini...'flash' sana...'flash sini'...ekekeke...pls double click for large view kay...hihihi...

sumber/credit to : nestle cornflakes


gambar : cikepel
^_^

Thursday, December 2, 2010

Kek Batik Tanpa Telur

~ tak penah wat pun kek batik sebelum nie...hihihi..nie kiranya...1st time wat le...saya suka kek batik nie...x keras...x lembut...next time leh wat lagi...tengkiu nurul ain!

sumber/credit to : nurul ain

gambar : cikepel ^_^

bahan2:
biskut marie(1bungkus)-patahkan 4
3/4cwn susu pekat manis
1 cwn butter
3 sudu besar serbuk koko
2 cwn MILO
1 cwn oat/nestum(aku gune oat) - saya gune nestum ^^
3 sudu besar susu segar

cara2:

masukkan semua bahan kecuali biskut marie.kacau hingga mentega cair dan adunan memekat.pastu masukkan biskut marie.gaul rata.masukkan dalam bekas atau loyang.padatkan.sejukkan dlm peti sejuk.

siap!!senang kan?cuba la:))

Nasi Tomato

~kalo pi pasar malam, mr.yon suka nau beli nasi tomato...jadik...apa salahnye kite try wat untuk somi terchentaaaa...hiks!...tengkiu maklang!

sumber/credit to: maklang

gambar : cikepel^_^

3 put beras basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
3 sdb minyak sapi
2 sdb minyak masak
½ cawan susu cair ( ini boleh dilebihkan jika mahu, tapi jika terlalu banyak nanti nasik nya akan menjadi agak muak ~ maklang dan famili tak berapa suka yang terlalu lemak dan heavy)
½ cawan daging cincang
3 biji tomato di potong dadu
3-4 sdb tomato puree
2 helai daun pandan


Bahan tumis :
3 bunga lawang,
5 cengkih,
5 buah pelaga dan
1 batang kayu manis.
2 labu bawang besar dimayang

Bahan untuk dimesin:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia

Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama dengan sedikit minyak ( maklang tak suka guna terlalu banyak minyak sapi ~ muak!)
Tumiskan bahan2 tumisan sehingga bawang berwarna agak coklat
Masukkan daging cincang dan goreng sehingga daging agak masak.
Masukkan tomato buah yang di potong dadu berserta dengan tomato puree
Masukkan air dan sedikit garam dan daun pandan
Masukkan susu.
Apabila air mendidih, masukkan beras.
Kemudian masukkan kacang peas jika mahu semasa nasi hampir mendidih.

Kek Coklat Oren


~ sedap & lembut...tu je nak taip...ekekeke...~

sumber/credit to: erdi@myr

gambar: cikepel^_^

Bahan-bahan ( ramai )

  • *200gm tepung serbaguna (gandum)
  • 150gm gula kastor
  • 150gm butter / majerin
  • 3 biji telor
  • 200ml jus oren yg diperah dari limau sunkist
  • *1/2 sdk natrium bikarbonat
  • *1/2 sdk baking powder
  • 3 sdb coklat emulco / 50gm coklat masakan(dicairkan)
  • 1 genggam coklat chips (optional)
  • 100ml air

Cara-cara

  1. macam biasa, mix butter gula sampai seakan putih, masukkan telur 1 persatu sampai kembang.
  2. ayak bahan bertanda * dan masukkan ke dalam no 1
  3. bahagikan adunan kepada 2, masukkan jus oren dalam adunan pertama dan dikacau rata
  4. masukkan coklat yg telah dibancuh dgn air ke dalam adunan ke-2...
  5. tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kemudian tuang adunan oren pula selepas itu...
  6. bakar dalam oven 180 darjah selama 40 minit. ( taburkan chip selepas lebih kurang 10 minit selepas dibakar)

Saturday, November 27, 2010

Super Yummy Breakfast Pancakes

~ pagi tadik wat pancake nie...tapi saya punye x segebus ummi...tapi tak pe...leh try lagi...erkkk...abaikan yang hangit tu yek...huuuu.... -_-"

sumber/credit to : dapur nora@ummi

gambar : cikepel ^^

Bahan:-
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb. gula kastor
  • secubit garam
  • 2 biji telor, diasingkan
  • 75 ml susu segar (*akak tambah sikit jd 85 ml)
  • 1 sb. minyak sayur
  • 1/2 sk. esen vanila

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan, masukkan gula dan garam. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah tepung, masukkan kuning telor, suus segar dan esen vanila dan minyak.
  3. Kacau rata dengan whisk hingga sebati.
  4. Pukul putih telor dalam bekas yang bersih dan kering hingga bertanduk (stiff)
  5. Masukkan 1/4 bahagian putih telor ke dalam adunan tepung tadi dan sebatikan untuk meringankan adunan. Kemudian masukkan lebihan putih telor dan kacau balik perlahan-lahan.
  6. Panaskan non stick pan dan sapukan sedikit minyak, guna api perlahan.
  7. Letakkan 2 sudu besar adunan di tengah pan. (biarkan jarak 2 cm di antara tepi pan).
  8. Bila telah nampak menggelembung, terbalikkan pancake dan masak lagi sebelah bahagian. Biarkan kedua2nya masak keperangan.
  9. Hidangkan panas-panas dengan filling atau syrup kegemaran.

Pastry Choux/Custard Cream/Cream Puff

~tak pernah wat pong, nie 1st time wat...lagipun mr.yon penah bitau yang kuih nie one of d feveret dia...so try le wat sebelum dia balik keje semalam...kite kasik seprais sama itu orang hensem tiada manis ada...ekekeke...^_^

sumber/credit to : chef noraini@
rinchan
gambar : cikepel^^

ADUNAN PASTRI CHOUX


BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.

Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.


CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tehttp://rinnchan.fotopages.com/?entry=1903516pung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

Wednesday, November 24, 2010

Minute Chocolate Mug Cake



~ last nite tingin nak makan kek...so carik ler resepi...jupe la resepi nie...before mr.yon balik, try la buat dulu...kot2 x jadi...Al-hamdulillah..jadik..ekeke...senang bangat!

~then datang pulak mr.yon nyer kawan²...sambil2 depa dok sembang plus makan bihun goreng ^_^ , saya pun try ler wat sekali lagi...ekeke...apo lagi...licin ler...ekeke..boh eskrem...perghhhh! marveless!!! ... tapi kek nie rasanya kalo simpan, sure keras, so better abehkan after kuar microwave tu...alaaaa....buat dalam mug je pun kannnn...sure abeh nye la...ekeke...

*abeh la dayet kali nie...ye la...3 minit je dah siap! wuwuwuwu... -_-"


sumber/credit to :
muffin_tin_mom

gambar : cikepel ^_^

Ingredients:

1 Coffee Mug (Microwavable)
4 Tablespoons flour (not self-raising)
4 tablespoons sugar
2 tablespoons baking cocoa
1 egg
3 tablespoons milk
3 tablespoons oil (saya boh minyak jagung)
3 tablespoons chocolate chips (optional) (boh banyak, kompem sedap!)
A small splash of vanilla extract
*kasik ketuk itu chocolate bar, pehtu tabur atas acuan kek tu...perghhh!!! sedap woooo!!!)

Directions:

Add dry ingredients to mug, mix well

Add the egg and mix thoroughly

Pour in milk and oil and mix well

Add chocolate chips and vanilla extract and mix again

Place mug in microwave and cook for 3 minutes on high (1000 watt microwave)

The cake will rise over top of the mug, do not be alarmed!

Allow to cool a little, and tip out onto plate if desired, I drizzled cocolate syrup on mine.
Eat and Enjoy!

tips:
**add mint extract or vary the kind of chips (i.e. white chocolate, or peanut butter)
**drizzle with chocolate or caramel syrup and whip cream
**poke hole in top of cake once on plate and add sweetened consdensed milk to make a volcano cake!

Tuesday, November 16, 2010

Death By Chocolate Cake & Swiss Meringue Buttercream


...erkkk...konon² hiasan kek tu paling kiyut le tu...wuwuwuwu...
owh ye...ekceli, love tu mewakili saya, my hasben & my precious son...hihihi...we love you... ^_^

sumber resepi kek : mat gebu

sumber buttercream : wendy@dapurcomelku

gambar : cikepel ^_^

Kek

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal")
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
  3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
  4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.

Swiss Meringue Buttercream

Bahan-bahan

  • 60gm putih telur (lebih kurang 2biji size L)
  • 100gm gula - hana kurangkan sedikit
  • 170gm butter tanpa garam (keluarkan dari peti sejuk dan potong 10-12 ketul. lakukan sebelum panaskan putih telur utk mengelakkan butter terlalu lembut jika dbiarkan suhu bilik yg lama)
  • hana tambah 1sk jus lemon
Cara-cara
  • Panaskan air di dalam periuk. Satukan putih telur dan juga gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air panas tadi. (kawal kepanasan agar tidak terlampau panas sekitar 65c sahaja). Kacau menggunakan hand whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 min. Adunan akan kelihatan seperti krim marshmarllow.
  • Pindahkan ke dalam mangkuk lain. Letakkan mangkuk tadi ke dalam mangkuk yang lain yang diisi air paip dan 3-5 ketul ais (jangan terlalu sejuk! agak2 sesejuk air hujan). Pukul lagi adunan telur lebih kurang 5 min dengan kelajuan sederhana sehingga meringue@kental dan berkilat.
  • Masukkan butter sesudu demi sesudu dan teruskan memutar sehingga very smooth dan kental lebih kurang 6-10min. Boleh letak pewarna yang disukai.
  • Siap

Kek Pisang Sempoi lagi...

gambar : cikepel ^_^

Lamanye x hapdet...ni pun lom abeh pantang 100 ari lagi nie...
ermmm...esok dah nak raya aidiladha dah...
so sempena nak raya, saya ada wat kek pisang untuk nenek my hasben...
this year raya kat kl...last year raya kat kampung dah...
so kawan-kawan sume, kalo nak resepi...amik kat sini kay...

Monday, July 5, 2010

"a Doctor's " Butter Cake



sumber/credit to : one of the doctors in UPM

gambar : cik epel ^_^


Bahan-bahan

2 cawan gula

2 cawan mentega

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1 sdk esen vanilla

4 biji telur
1 sdb susu + 1/2 cawan air

Cara-cara


Buat macam kek biasa ^_^...



Butter Cream


Bahan-Bahan

1/2 cawan shortening
1/2 cawan butter
3 cawan gula aising
2 camb susu pekat manis
1 cmt vanilla

Cara-cara

- putar butter + shortening sehingga gebu...
- masukkan vanilla dan kacau rata...
- masukkan gula aising dan susu...putar sampai gebu...

Neiman-Marcus Cookie


sumber/credit to : rohana(hana)@diana

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahannya
2 cawan mentega
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 cawan gula
5 cawan oats, dikisar
24 oz chocolate chips
2 cawan gula perang
1 sudu teh garam
18 oz coklat bar, diparut
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan kekacang, dicincang
(kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll)

Cara-caranya
1. Oats dikisar sehingga menjadi halus.
2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati.
5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190’C.

Nota: Resipi ini menghasilkan 112 keping biskut dan jika terlalu banyak resipi boleh dibahagikan setengah.

Udang Lada Hitam

sumber/credit to : dayang@watermanlife

gambar : cik epel ^_^


bahan-bahan :
  • 300 gm udang basah (digoreng/direbus separuh masak terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 1 sdt sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sdt serbuk lada hitam (kalau xda, guna biji lada hitam dan ditumbuk)
  • 4-6 biji cili padi (diketuk)..akak hiris 2 biji jer...
  • bahan-bahan hirisan : daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili benggala.(akak potong cili hijau & cili merah jer...daun tak ade!)
Cara-cara :
  1. Gaulkan udang bersama kicap pekat dan lada hitam. Perapkan selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan udang, bawang besar dan kicap manis. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan dan kacau lagi hingga wangi.
  5. Hidangkan setelah masak.
***tak cukup rasa, boleh tambah sos cili, garam dan kicap. adjustlah mana2 perlu. Selamat mencuba!

Masak Lemak Petola


sumber/credit to : nennie
gambar : cik epel
^_^

BAHAN-BAHAN :

2 biji buah petola
2 peket campuran suuhun/fucuk
1 genggam ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan buah petola dan buang kulit yang keras , kemudian potong kecil-kecil . Rendam semua suuhun dan fucuk. Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis .

-Masukkan semua santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan didihkan di atas api sampai kuah masak . Kemudian masukkan sayur eptola tadi dan kacau jika kuah agak pekat bolehlah di tambah sedikit air .

-Masukkan garam kacau sampai sampai sayur petola agak layu , kemudian masukkan semua fucuk serta suuhun , kacau lagi sampai la sayur petola ini masak.

Saturday, June 5, 2010

Burger, Coleslaw

sumber/credit to: : buku kak hanieliza

gambar : cik epel ^_^

burger amik kat sini ye...kat bawah nie resepi coleslaw...

Bahan A (sayur-sayuran)

1 biji kubis manis (saiz kecil)
1 batang lobak merah

Bahan B (untuk sos)

1 cawan mayonis
2 sudu yogurt asli
1 sudu makan jus lemon

Cara Membuat

- bahan sayur-sayuran dihiris halus. Kemudian basuh dan toskan.

- masukkan bahan sos ke dalam mangkuk. Kacau rata.

- gaulkan semua bahan dan sejukkan di dalam peti sejuk.

- hidangkan dengan ayam goreng.

Pengat Ubi Keledek


sumber/credit to : dillah (my sister)

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan (cam biasa...anggar sendiri la ye...)

ubi keledek
1 kotak santan
gula merah/gula melaka
daun pandan
air (anggaran sendiri)
garam

Cara membuat

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan rebus sehingga masak...hehehe....simple je kan... ^_^

Nasi Lemak - Ulangan 2

resepi amik kat sini yek... ^_^

Mee Goreng Basah Kak CT

sumber/credit to : kak ct raudah (my opismate)

gambar : cik epel

Bahan-bahan (anggar sendiri la ek...ekeke..x reti nak anggarkan kat sini)

1 peket mee kuning
daging - rebus dahulu
sayur sawi
kicap pekat
sos cili
sos tomato
gula
minyak masak

* bahan kisar

*bawang merah
*bawang putih
*cili kering/cili boh

Cara membuat

- tumis bahan kisar sehingga wangi.

- masukkan daging. kacau sebentar.

- masukkan sos cili/sos tomato/kicap pekat. Kacau.

- masukkan sayur sawi dan mee kuning.

- masukkan air rebusan daging.

- tambah gula secukup rasa (garam tidak perlu dimasukkan).

- last sekali taburkan cili merah, daun bawang dan telur dadar.

Donut Suria

sumber/credit to : puan suria @ hana gambar : cik epel ^_^ Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Sambal Kicap Pedas

sumber/credit to : buku kak hanieliza

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

5 biji cili merah
7 biji cili api
2 labu bawang besar
6 biji limau kasturi
1/2 cawan kicap
garam secukup rasa

Cara membuat

- cili merah dan cili api dihiris halus.

- bawang besar dipotong dadu kecil.

- masukkan semua bahan yang dipotong dalam mangkuk.

- perahkan limau kasturi.

- tuangkan kicap dan gaul rata.

- hidangkan dengan ikan bakar dan ulam-ulaman.

Ikan Bakar

sumber/credit to : rozzan

gambar : cik epel ^_^

1 kg ikan pari - potong ikut suka (ikan2 lain pun boleh)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30-35 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
sedikit belacan
3-4 biji buah keras (optional)

(kisar semua bahan di atas)


4 sudu besar sos tomato
4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3-4 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang secukupnya
alum foil (kalau nak bakar dalam ketuhar)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau dan kacau sebentar.

2) Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg kurang. Biarkan sehingga sambalnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.

3) Daun pisang dibersihkan dan dipotong ikut saiz yg diperlukan. Begitu juga dgn aluminium foil tetapi biarlah ia lebih besar sedikit dari saiz daun pisang.

4) Alaskan daun pisang tadi dgn alum foil dan bubuh sedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dgn kemas. Buat begini sehingga habis semua ikan dan sambal.

5) Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 200 -225 darjah Celsius selama kira-kira ½ jam.

Mix Vege With Beef

sumber/credit to : mat gebu

gambar : cik epel ^_^

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum hijau, didadu
5 putik jagung potong serong
10 kuntum cendawan butang, potong 2
150 g brokoli, potong sekuntum2
10 biji telur puyuh, rebus keras, kupas dan goreng
1 tiub tauhu jepun, potong dan goreng
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos lada hitam
2 camca besar kicap cair
1/2 cawan air
Garam jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihirs nipis, cuci, toskan dan gaul dengan bahan tumbuk lumat, perap 20 minit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Gaul rata dan masuk daging tadi, kacau dan tuang air. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan brokoli, capsicum merah/hijau dan putik jagung. Kacau rata, tambah kicap cair dan masukkan bahan2 selebihnya kecuali daun bawang dan garam.
  4. Masak hingga kuah pekat dan sayur masak, rasa dan jika perlu tambah garam. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan..

Kuih Bakar Pandan

sumber/credit to : kak wan (citarawan)@ummi

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (*akak bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

Pau Sambal

sumber/kredit to : kak An

gambar : cik epel ^^

Bahan-bahan Doh:

3 cawan tepung gandum

2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)

2 sudu besar margerin

1 biji telur

1 biji kentang, direbus dan dilecek halus

1/2 cawan air dicampur secubit garam

*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)

Cara-cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin dan kentang ke dalam lubang tu.

2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.

3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.

5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung.

Sunday, May 16, 2010

Karipap Pusing

sumber/credit to : nina

gambar : cik epel ^_^

....1st time wat karipap pusing...since mr.yon suke nau gan karipap pusing and dah beberapa kali dok suarakan betapa bestnye karipap pusing, maka dengan usaha yang gigih lagi murni dan ikhlas, saya pun godek-godek la carik resepi...walaupun rupa tak cantik, tapi sedap... ngeeee.......kalo nak try wat, leh masuk kat sini...cara-cara nak wat karipap pusing pun ada gak lam tu...maceh nina... ^_^

Nasi Kerabu Pantai Timur


sumber/credit to : kak liza@cari

gambar : cik epel ^_^

...kalo kat kelate nie, tak silap saya, kite panggey nie nasik kerabu tumis...resepi amik kat sini ye...

Spaghetti Mr. Yon


sumber/credit to : mr.yon

...akhirnyer tercapai gak impian nak makan spaghetti hasil masakan suami tercayang...namun begitu, resepi x dapat nak dimasukkan kat sini sebab mr.yon pun x tau nak explain camne dia masak....ekekeke...jadi, kite jamu mata je la ek...nway...spaghetti kat keni rojes pun leh kalah la....ahaks! ^-^ ...tengkiu mr.yon....

Thursday, May 13, 2010

Nasi Beriani

sumber/credit to : balannambiar

gambar : cik epel ^_^

Bahan-Bahan:

1 kg Beras Basmathi.

2 sudu besar Minyak Sapi.

1 cawan Minyak Masak.

4 ulas bawang merah besar dihiris halus.

3 keping kulit kayu manis.

5 biji buah pelaga.

3 kuntum bunga lawa.

5-8 biji buah jagus dan sedikit buah kismis.

1 sudu besar rempah beriani tulen.

Bahan untuk dikisar:

3 biji bawang besar + 5-6 ulas bawang putih.

2 batang serai di ketuk.

3 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.

1/2 tin sup tomato kimboll - erkk...x dimasukkan sebab takde.. -_-"

2 sudu besar tomato puree.

1 tin susu cair.

Cara menyediakan:

1.Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.

2.Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.

3.Hidupkan api atau rice cooker.Apabila panas masukan minyak masak satu senduk sederhana diikuti dengan Minyak sapi.(Walau pun kebiasaannya hanya minyak sapi yang digunakan tetapi mamak sengaja kurangkan bau tengit minyak sapi itu kepada minyak masak.hasilnya adalah amat memuaskan.

4.Masukkan minyak diperiok sederhana atau rice cooker bersama minyak sapi,bila minyak panas masukan rempah ratus kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.Masukan bawang dan bawang putih yang telah dikisar dan diikuti oleh Bawang yang dihiris dan juga cili merah dan rempah beriani.

4.Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair,tomato puri,tomoto sup.Tutup dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.Taburkan bawang goreng dan daun pudina.Nasi sedia untuk hidangan.


nota cik epel : 1st time in my life gue wat nasik beriani nie...rasa cam susah nau nak wat...wuuuu...tapi bile wat...cam makan kacang sambil buang kulit kacang merata-rata tempat je...ngeeeee.. :D

ekceli malam nie sepatutnye mr.yon wat spaghetti...tingin wooo nak makan spaghetti yang mr.yon wat...tapi apakan daya...tidak kesampaian...xpe...xpe...sok lusa mesti dapat makan nie....pehtu tiba-tiba tingat ada rempah nasi beriani gan minyak sapi....ahaks...beli bukan main lagi...tapi x tau nak wat bile...sebelum gue pi kat batu belah batu bertangkup membawa diri, bior la gue bertafakur di dapur menggodek nasik beriani...wuuuu...erkk..memandangkan mr.yon orang penang...maka dengan itu, nasik beriani gan kari ayam adalah lulus....weeeehooooo....!!! leh wat lagi nie... ^_^

Kari Ayam Mamak Style


sumber/credit to : iris samara@MyR

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1/2 ekor ayam - dipotong ikut saiz yg anda suka
  • bahan a) 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender.
  • bahan b) 1 biji bwang bsar, dihiris2. 4 tangkai daun kari, 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang
  • bahan c) 2 biji tomato, 2 btg serai diketuk dan 2 helai daun pandan
  • bahan d) 8 sb serbuk kari ayam baba's ( bleh kurangkan sukatannya) dcmpur dgn 1/2 sk srbuk kunyit dan cmpur plak dngn serbuk cili kering (byknya ikut yg anda suka la serbuk cili ni. lagi pedas, lagi best) dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sgat. se
  • ubi kentang - ikut suka byk mana
  • 3/4 santan atau susu cair
  • bahan e) serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis. kuantiti, ikut yg anda suka
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. tumis bahan a) sehingga naik bau kemudian masukkan bahan b) dan bahan c). Tumis hingga daun kari agak garing.
  2. masukkan ayam dan ubi kentang. Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan mula terbau aroma wangian masakan ni. hmmm....pasti memikat. ni la ramuan rahsia. sebab tumis dng serai n pandan tu. tumis lebih kurang 3 minit. pastikan anda masak dgn api perlahan. ni ikut petua yg jiran sya bagi tu la.
  3. masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula. biarkan lebih kurang 5 minit atau sehingga air aroma ayam tu keluar.
  4. tambah air mengikut kuantiti kuah yg anda suka. tutup periuk dan biarkan air mendidih.
  5. bila air kuah dah mendidih, baru la masukkan bahan d) masukkan bahan e). masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati. ingat selalu tutup periuk dan masak dgn api pelahan. kalau nak dapatkan rasa yg lazat. jd kena ikut petua la ni.
  6. bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam. mengikut kata jiran saya ni garam masuk last. tapi kalu sya, dah cuba sebelum ni, bleh gak masukkan awal2, masa menumis ayam tu. . kemudian biarkan kuah ni mendidih dan semua ramuan ni cukup masak dan sebati, dan bolehlah dihidangkan.
  7. ayam kari ni memang enak sangat dimakan bersama ayam goreng berempah lemon sytle mamakyg memang meletup rasanya. nanti ada kelapangan, saya bagi resepinya ye. selamat mencuba.
nota cik epel :- ekceli, udang tu, saya rebus asing...pehtu guna je kuah kari ayam yang sedia ada tu...harap jangan terpedaya...ngeeeee.... -_-"

Monday, May 10, 2010

Ayam Goreng Berempah Serai

sumber/credit to:- Love2CookMyR@ummi

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan ( Sekeluarga ):-
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang byk utk menggoreng


Cara-cara:-

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
    Selamat mencuba! ;)

Terung Masak Lemak Cili Api

sumber/credit to : kinazone

gambar : cik epel ^_^

Bahan2 :
4 ulas bwng merah - dikisar
3 ulas bwg putih - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
Segenggam bilis
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk garam
1 kotak kecil santan
2 biji terung 1 keping asam keping

Cara2:

Rebuskan semua bahan yg dikisar dgn serbuk kunyit.. then masukkan bilis.
Dah semua tu masak (bwg & cili dah x berbau 'tengik'), masukkan terung. Agak2 terung dah lecur, tambah santan, garam & asam keping

Monday, May 3, 2010

Mee Kari Udang

sumber/credit to : kzai

gambar : cik epel ^_^


Bahan-bahan:


Mee kuning
1/2 kilo udang hidup (basuh& direbus bersama kulitnya & dikopek...ambil airnya)
Rempah kari (sy guna rempah kari Babas udang & ikan)
2 peket fish ball - saya x taruk sebab takde -_-"
kerang direbus dan dikopek (sy x taruh) - saya x taruk gak...
2 peket tahu kering yg dah siap digoreng (dibelah tiga)
1 mangkuk santan, air asam jawa (agak2 masamnye)
1 kiub ayam maggie (jika suka)

Bahan tumbuk (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
minyak utk menumis

Bahan sampingan utk tabur
udang yg telah dikopek tadi
1 ikat sayur sawi (dicelur)
telur rebus -dibelah dua
cili merah potong (jika suka)

Cara:
>Panaskan minyak,masukkan bahan tumis yg ditumbuk tadi,tumis hingga kekuningan sedikit
>Masukkan rempah kari,didikacau hingga naik minyak.
>Curahkan air udang dan sedikit air biasa (agak2 kuahnya)dan air asam jawa,biarkan mendidih sekejap.
>masukkan santan,kacau bila kuah mendidih sekali lagi masukkan fish ball,tahu kering yg dipotong
>kacau sekali sekala ,tambah garam ikut rasa.
>Bila mendidih sekali lagi boleh lah diangkat
>Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari....sedia untuk dimakan......


nota cik epel :- niat di ati nak wat nasik goreng jer....tup² camno la leh terbuat mee kari udang... ^_^