Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Friday, April 17, 2020

Murtabak Nasi

Murtabak Nasi pun boleh.
Jemput-jemput Nasi pun boleh.

Tapi kite nak panggil Murtabak Nasi. 
Hehehe...
Cara proses dia sama je macam Murtabak Maggi cuma tukar kepada Nasi.

Kite terjumpa resepi ni dalam FB.
Bahan2 tu kita buat anggaran sendiri je k.

Since ada lebihan nasi, kita pun try la buat.
If suka pedas, boleh letak serbuk kari tapi since anak2 kite makan, jadi kite pun tak letak.

Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : tak tau owner sebenar di FB

Ini resepi cara kite ye. 
Kalau resepi asal dia letak carrot dan daun bawang.

Bahan2:

Nasi
Telur (anggaran dalam 5-6 biji)
Carrot (parut)
Bawang besar (potong dadu)
1 kiub pati ayam maggi
Minyak 

Cara2:

Pukul telur dan masukkan semua bahan2 kat atas tu.
Kemudian goreng seperti biasa.

Since kite ni suka pedas, jadi kite makan la dengan sos cili.
Anak2 makan macam tu saja tapi dorang kenyang la makan ni since ini nasi.😁
Jadi kalau dah tak tau nak buat apa selain drpd goreng je nasi, try la buat Murtabak Nasi ni. SEDAP...TAK TIPU... 😁






CRISPY WAFFLES

Pagi ni kite try buat waffle dengan menggunakan resepi daripada K.Nor.

Kita follow semua kecuali yang butter tu kite tukar kepada minyak masak.

Al-hamdulillah anak2 suka.
Kiranya resepi ni LULUS dan insya-Allah memang akan buat lagi.


Mr. Yon minta kite masukkan ais ketul dlm adunan tu. Katanya kalau tambah ais ketul tu, lagi crispy.
Takpe. Next time kite try buat apa yang disarankan oleh beliau.
Hehehe...



Gambar: cikepel
Credit to : K.Nor Secubit Garam

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila


Cara:

Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.



Monday, January 16, 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hi uols :)

Sekarang ni kan tengah viral pasal Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa tu kan?

Aunty Kie pernah ler pergi beratur kat kedai kuih keria gula melaka haji tu.
2 kali tapi tak sanggup haih nak beratur dengan anak-anak kecil kat dalam kereta yang dah macam gelisah yang amat dok tunggu mak dia beratur semata-mata nak rasa kuih keria tu. -___-"

Lepas tu kebetulan ada yang open order untuk kuih keria ni.
Maka Aunty Kie pun beli la.
2 kali jugak la membeli kuih tu :)

Lepas tu, ada bff tag Aunty Kie video cara-cara buat kuih keria.
Maka dengan perasaan yang membuak-buak nak try buat, 
maka gigih la hari Ahad tu pergi mencari keledek putih.
1st time tau kewujudan keledek putih.
Sedihkan?
Hehehe... ^^

Jadi Aunty Kie pun google la resepi kat internet.
Aunty Kie combine resepi daripada cik epal & ciksepet.
Resepi kat bawah sekali ye ^^




terpulang nak bulatkan besar mana. Lubang tengah tu Aunty Kie terap dengan penutup marker pen. Make sure basuh dulu tau...hehehe...
Goreng cara deep fry.
1st time buat kan...jadi rasa seronok je bila tengok keria menjadi...auuwwwwww...!
Ni sira kuih keria tu k...
Dah menggelegak/keluar buih sira tu, boleh la masukkan keria yang dah goreng tadi. Elok2 je semua kuih keria yang dok ada tu muat kat pan tu,..senang kerja Aunty Kie..sekali harung bermandikan sira...hehehe...
Tadaaaa!!!! Kuih keria ni sedap dimakan selepas disira tu ye..tapi tunggu sejuk dulu, kekgi melecur lidah tu haaa... Kuih ni Aunty Kie & Mr. Yon je makan...nak bagi kat bff tapi bila dah overnite, tak sedap uols...Sedap dimakan 'fresh' gitu...



Sumber/Credit to : Cik Epal & Cik Sepet
Gambar : Aunty Kie/Cikepel


Bahan:


500+ gram keledek kaler putih yang telah dikupas kulitnya
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya
1sudu teh baking powder 

Untuk Sira Gula Melaka
150 gm gula Melaka - hiris nipis
3/4cawan air
sedikit gula batu 

Cara Memasak : 
1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Masukkan keledek,garam dan air separuh daripada keledek di dalam periuk.Rebus hingga lembut.Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.

2.Gaulkan dengan tepung dan baking powder hingga sebati dan uli menjadi gegelang kecil. 

3. Panaskan minyak , dan goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan. Untuk dapatkan warna sekata, rajin balik-balikkan kuih keria tadi . Angkat dan toskan minyak.

4.Masak bahan salutan gula Melaka + air , hingga mendidih dan pekat.Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
-----------------------------------------------------
Aunty Kie memang salute la kat pembuat-pembuat/peniaga-peniaga kuih yang dok ada ni.
Bagi Aunty Kie, nampak senang je nak buat tapi sebenarnya renyah.
Aunty Kie doakan kepada semua peniaga-peniaga kat luar sana semoga rezeki kalian semakin berlipat ganda setiap hari. Amin.

Balance keledek putih ada lagi ni, so nanti boleh buat lagi :)

Tata uols ^^

Tuesday, July 31, 2012

Popia Kentang Daging

 

...bila bulan pose ni, masing-masing mula la tunjuk skill memasak..ekeke..termasuk la saya..cewah...
...ekceli ni resepi olahan saya sendiri...main campak2 je...Al-hamdulillah menjadik...mmg sempoiiiii... ^^...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar/sumber credit to : cikepel ^^

Bahan-Bahan (Korang agak2 la ye sukatannya)

daging cincang (beli yang abg romly punye tu...senang...)
ubi kentang (rebus sampai empuk pastu dibuang kulit & dilecek)
bawang merah/putih - kisar
daun kari sikit
serbuk kari + bancuh gan sedikit air 
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam maggi
minyak masak
kulit popia

***bancuh sedikit tepung gandum dengan air sebagai gam***

Cara-cara

- panaskan minyak lam kuali...
- tumis bawang merah/putih & daun kari sampai naik bau...
- masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air...kacau...
- masukkan daging..kacau..
- masukkan kiub pati ayam maggi...
- masukkan ubi kentang yang telah dilecek...
- last sekali masukkan garam secukup rasa....
- goreng sampai air daging tu kering (terpulang pada korang)...

- boleh lipat ala2 popia atau samosa...terpulang pada korang...
- sangat sedap bagi penggemar kentang daging...nyummehhh!!!!

Sunday, May 22, 2011

Apam Dot Dot


~ orang lain dah berkurun wat apam dot dot neh, 
kite baru nak wat...huuu..sadisss..ni 1st time wat... -_-" 

** mengadu la kat lalink awat la apam balik saya nie rasa pahit-pahit manje...pehtu lalink kate, soda gan baking powder berbeza...pehtu baru le tingat...adeh! adeh! adeh! saya p masukkan soda bikarbonat tadik...adehhhhhhh... -_-"  )

sumber/credit to : hana
gambar : cikepel ^^

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Saturday, June 5, 2010

Pengat Ubi Keledek


sumber/credit to : dillah (my sister)

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan (cam biasa...anggar sendiri la ye...)

ubi keledek
1 kotak santan
gula merah/gula melaka
daun pandan
air (anggaran sendiri)
garam

Cara membuat

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan rebus sehingga masak...hehehe....simple je kan... ^_^

Donut Suria

sumber/credit to : puan suria @ hana gambar : cik epel ^_^ Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Kuih Bakar Pandan

sumber/credit to : kak wan (citarawan)@ummi

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (*akak bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

Pau Sambal

sumber/kredit to : kak An

gambar : cik epel ^^

Bahan-bahan Doh:

3 cawan tepung gandum

2 sudu teh ragi kering(mauripan) dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(5-10 minit)

2 sudu besar margerin

1 biji telur

1 biji kentang, direbus dan dilecek halus

1/2 cawan air dicampur secubit garam

*** ada juga yang mencampur adunan dengan lemak sayuran ( boleh dapat di kedai bahan-bahan kek tapi K.An suka campur kentang je... dah cukup lembut)

Cara-cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Buat lubang di tengah-tengah. Masukkan telur, campuran ragi, margerin dan kentang ke dalam lubang tu.

2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sikit-sikit, jika adunan terlampau kental.

3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.

4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.

5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7. Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (Sambalnya, macam biasa cuma ikan bilisnya ditumbuk halus sebelum dimasukkan ke dalam cili yang ditumis) ** Adik K.An, Raidah yang ajar.. dia jual pau sambal kat kampung.

Sunday, May 16, 2010

Karipap Pusing

sumber/credit to : nina

gambar : cik epel ^_^

....1st time wat karipap pusing...since mr.yon suke nau gan karipap pusing and dah beberapa kali dok suarakan betapa bestnye karipap pusing, maka dengan usaha yang gigih lagi murni dan ikhlas, saya pun godek-godek la carik resepi...walaupun rupa tak cantik, tapi sedap... ngeeee.......kalo nak try wat, leh masuk kat sini...cara-cara nak wat karipap pusing pun ada gak lam tu...maceh nina... ^_^

Tuesday, November 3, 2009

Donut


Sumber : lupa amik kat mana…


Gambar : cikepel ^_^


Bahan-bahan


1kg tepung gandum

3-4 sudu susu tepung (apa-apa jenis pun tak kisah asalkan susu tepung

3 sudu marjerin (dicairkan)

Yis basah

Air garam (garam dilarutkan dalam air. Jangan masin sangat nanti adunan tepung tu masin)

Gula dikisar halus (jangan halus sangat)


Cara-cara

1. Cairkan yis dalam air (peringatan : 1kg tepung gandum = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja).


2. Satukan tepung gandum dengan susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yang telah dicairkan dan diadun dengan air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan).


3. Biarkan adunan tepung yang dah doh tu mengembang.


4. Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat-bulat seperti kita nak buat kuih keria.


5. Bila bentuk-bentuk donut tu dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar.


Option 1

Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dengan pekedai bila nak membeli.


Option 2

Maaflah saya nak tambah sikit. Kalau nak donut tu waktu sejuk pun masih lembut lagi contohnya untuk bawa bekal, sila tambah:-

2 biji ubi kentang – direbus dan dilenyekkan.

Yis basah boleh diganti dengan 1 bungkus Mauripan (serbuk)


Nota cikepel : Saya lupa kat mana saya amik resepi nie…dah bertahun dalam simpanan saya…ni 1st time baru buat…saya tak ikot sukatan kat atas tu…saya main belasah je…ekekeke….…^_^… owh ye…saya juga masukkan ubi kentang…

Tapi Al-hamdulillah…tetap lembut okeh…ahaks!


Pastu saya tak taburkan gula atas tu, saya pi cairkan coklat bar pahtu boh atas tu….pergh! sodap! Dah le coklat bar tu berkacang…pahtu…coklat ‘corte’ plak tu…sapa-sapa yang suka makan coklat, memang tau la coklat jenama ‘corte’ memang marveles! ^_^ selamat mencuba…!!!

Monday, April 20, 2009

Kuih Cek Mek Molek





sumber/credit to : kak CT
gambar kuih keria : kak CT
gambar kuih cek mek molek: cik epel


Bahan-bahan
:

5 biji ubi keledek (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
50 gm gula pasir

1/4 cawan air
* sedikit garam *
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
:

1. kupas ubi keledek, bersihkan dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.

2. Toskan dan biarkan sekejap, dan lenyek2 kan. Biarkan sejuk.

3. Masukan tepung ke dalam ubi keledek tadi dan adun hingga tak melekat ditangan. Jika masih lagi lembik bolehlah ditambah tepung sedikit.

4. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat2.Tekan adunan dan leperkan sedikit. Buat lubang ditengah2 macam nak buat donat tu ya. Buat sehingga habis. Goreng hingga masak.

5. Gula pasir dan air dimasak di dalam kuali hingga air gula menjadi pekat. Matikan api.

6. Masukkan ubi keledek yang sudah digoreng tadi, dan gaul hingga kuih bersira gula. Angkat kuih dan boleh dihidang.

Nota cik epel : ini resepi asal kak ct untuk kuih keria...tapi saya buat kuih cek mek molek...ekekeke...kak ct...sori...boh gambar kuih keria kak ct kat sini....hiks! ^_^

Monday, April 6, 2009

Karipap

sumber/credit to : jo MYR @ ummi
gambar : cik epel

Bahan (Doh Karipap - 20 - 25 biji):-
  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak- panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara:-

  1. Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai.
  2. Masukkan air. Uli sampai rata sebati.
  3. Buat bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap.
  4. Bila dah siap tutup dgn plastik tak nak kasi kering.
  5. Menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim.
  6. Goreng dengan api perlahan.
Bahan Inti (untuk 60 biji) - ummi buat 1/3 dari bahan ni..
  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan potato & carrot. masak sampai lembut. Menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. Dalam kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
  3. Masukkan rempah kari, daun kari jika ada dan masukkan daging., kacau kekejap.
  4. Masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  5. Masukkan gula, garam dan asam keping. bila dah rasa, tutup api. Sejukkan.

Thursday, January 22, 2009

Kuih Lapis

sumber/credit to : tulip @ kak jun


Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air


Cara-cara


Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.

Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.

Panaskan air dalam kukusan.


Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.


Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.

Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.


Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.

Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.


Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit.

Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.


Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi.

Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)


* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Wednesday, September 24, 2008

Donut



sumber/credit to : kak pnut

Bahan-bahan

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat

1. Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.

2. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati

3. Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam

4. Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm

5. Ambil penerap bulat, terap hingga habis

6. Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min

7. Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan

8. Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus

Kuih Tepung Bungkus Cempedak




sumber/credit to : ixora

Bahan-bahan

1. Buah cempedak - ikut suka nak banyak mana....
2. Tepung gandum - 1 cawan
3. Teping beras - 1 cawan
4. Santan - sukatan ikut suka u all....
5. Daun pisang utk membungkusnya
6. Gula ( 1 sudu 1/2 ) & secubit garam

Cara-cara

1. Buah cempedak di buang bijinya

2. Tepung gandum & tepung beras diadun bersama santan

3. Boleh campur dgn air jika terlalu pekat tapi jgn terlalu cair pula...

4. Letak garam & gula sebagai perasa. Tak perlu gula yg byk sebab cempedak mmg dah sedia manis rasanya.

5. Bungkus cempedak beserta tepung tadi dgn menggunakan daun pisang yg telah di layor....ikut kreativiti membungkusnya.

6. Kukus selama 15-20 minit.

7. Siap utk di hidang & di makan.

Kuih Cara Manis



sumber/credit to : zana

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat*
1 biji telur*
sedikit garam*
pewarna hijau & paste pandan*
2 sudu minyak masak*
Minyak secukupnya
Gula secukupnya
Daun pandan utk menyapu acuan

Cara-cara

• Masukkan bahan * ke dlm blender n blender sehingga sebati.

• Panaskan acuan dgn api yg kecil,sapukan minyak pada lubang2 acuan.

• Tuangkan bancuhan ke dalam lubang acuan.

• Masukkan sedikit gula (1/2 sudu kecil) pada setiap kuih yg separuh masak.

• Tutup acuan dgn penutup periuk n biar hingga masak. Ulang sehingga habis

Thursday, September 18, 2008

Getuk Pisang



sumber/credit to : zana

Bahan-bahan

5 - 6 biji pisang nangka/nipah tua/sederhana masak.
2 -3 senduk kelapa parut
4 sb gula/
sedikit garam

Cara-cara

• Rebus pisang sehingga masak (didih 5 -6 minit).

• Keluarkan pisang ,buang kulitnya dan hancurkan(mashed) dlm bekas yg sesuai.

• Masukkan kelapa, gula n garam n digaul rata..

nota cik epel : nampak cedap cangat...tapi tah bila la dapat wat..tapi kalo dah wat getuk pisang ni, saya akan taruk lam blog nie!...hiks! ^_^ maceh kak zana!!!!

Karipap Sardin



sumber/credit to : malaykueh @ suzi

Kulitnya:

• 400 gm tepung gandum
• 2 sudu makan majerin planta
• 40 ml minyak masak di panaskan
• 150 ml air hangat
• ½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

1. Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar.

2. Tuang minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata.

3 Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.

4. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas.

5. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.

Inti Sardin:

• 1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
• 3 biji bawang besar (hiris)
• 2 sudu makan cili kering kisar
• 1 batang cili merah (hiris)
• 1 batang cili hijau (hiris)
• ½ sudu teh gula
• secubit garam
• jus dari ½ biji limau kasturi
• 2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris.

2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing.

3. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Thursday, September 11, 2008

Mini Murtabak



sumber/credit to : ayong

Bahan-bahan

Inti murtabak

100g daging cincang/ayam cincang
2 biji kentang didadu kecik2
1sudu rempah kari
1sudu rempah kurma
1/2 biji bawang besar didadu kecik2
2 ulas bawang putih
garam dan serbuk perasa
kulit popia
2 biji telur

Pencicah

5 biji bawang merah dimayang halus
10 sudu cuka masakan

Cara-cara

Inti murtabak

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan layu.

2.Masukkan rempah kari dan kurma yg telah dibancuh dgn air,goreng hingga naik minyak.

3.Masukkan daging cincang dan kentang.

4.Jika terlalu kering,masukkan sedikit air.

5.Masak sehingga kentang empuk,angkat dan sejukkan seketika.

6.Pukul telur dan masukkan inti murtabak yg telah disejukkan tadi,kacau hingga sebati.

7.Ambil kulit popia dan masukkan inti murtabak,bungkus seperti popia mengikut citarasa.

8.Goreng dalam api perlahan.

Pencicah.

1.Campurkan bawang merah yg dihiris halus dgn cuka,biarkan sehingga bertukar menjadi warna merah.

2.hidangkan bersama murtabak yg telah digoreng.

3.Selamat mencuba..

*inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.

nota cik epel : dah dua kali wat mini murtabak nie...cuma saya tambah jintan manis dan jintan putih jer...papehal pong..memang meletops!... hiks! ^_^