Monday, April 6, 2009

Karipap

sumber/credit to : jo MYR @ ummi
gambar : cik epel

Bahan (Doh Karipap - 20 - 25 biji):-
  • 4 cawan tepung
  • 3/4 cawan minyak- panaskan
  • 3/4 cawan air - atau lebih
  • 1 sk garam

Cara-cara:-

  1. Masukkan minyak yg betul2 panas dalam tepung, kacau dgn folk, bila sejuk, kacau dgn jari sampai berderai.
  2. Masukkan air. Uli sampai rata sebati.
  3. Buat bulat kecil2 sesuai utk size 1 biji karipap.
  4. Bila dah siap tutup dgn plastik tak nak kasi kering.
  5. Menguna rolling pin, gelek , jgn terlalu nipis. masukkan inti, klim.
  6. Goreng dengan api perlahan.
Bahan Inti (untuk 60 biji) - ummi buat 1/3 dari bahan ni..
  • 600gm potato - potong dadu
  • 150gm carrot - potong dadu ( kalau tak gantikan dgn potato lagi)
  • 500gm bawang besar- potong dadu
  • 3/4 cwn daging - potong halus
  • 3/4 cwn minyak
  • 3 sb rempah kari
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 2 sb gula
  • 1 1/2 sb garam
  • 1 asam keping

Cara-cara:-

  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan potato & carrot. masak sampai lembut. Menggunakan sendok berlubang, tos minyak, angkat. ketepikan.
  2. Dalam kuali yg sama, dan minyak lebihan goreng potato, masukkan bawang & bawang putih. masak sampai wangi & lembut.
  3. Masukkan rempah kari, daun kari jika ada dan masukkan daging., kacau kekejap.
  4. Masukkan potato & carrot. kacau lagi.
  5. Masukkan gula, garam dan asam keping. bila dah rasa, tutup api. Sejukkan.

No comments: