Monday, April 20, 2009

Kuih Cek Mek Molek





sumber/credit to : kak CT
gambar kuih keria : kak CT
gambar kuih cek mek molek: cik epel


Bahan-bahan
:

5 biji ubi keledek (sederhana besar)
1 cawan tepung gandum
50 gm gula pasir

1/4 cawan air
* sedikit garam *
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara
:

1. kupas ubi keledek, bersihkan dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.

2. Toskan dan biarkan sekejap, dan lenyek2 kan. Biarkan sejuk.

3. Masukan tepung ke dalam ubi keledek tadi dan adun hingga tak melekat ditangan. Jika masih lagi lembik bolehlah ditambah tepung sedikit.

4. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat2.Tekan adunan dan leperkan sedikit. Buat lubang ditengah2 macam nak buat donat tu ya. Buat sehingga habis. Goreng hingga masak.

5. Gula pasir dan air dimasak di dalam kuali hingga air gula menjadi pekat. Matikan api.

6. Masukkan ubi keledek yang sudah digoreng tadi, dan gaul hingga kuih bersira gula. Angkat kuih dan boleh dihidang.

Nota cik epel : ini resepi asal kak ct untuk kuih keria...tapi saya buat kuih cek mek molek...ekekeke...kak ct...sori...boh gambar kuih keria kak ct kat sini....hiks! ^_^

2 comments:

Ixora said...

Kuih cek mek molek tu nampaknya cam ada gula kt dalam...cam ne tu ?

(gambar ke-2)

blogresipi said...

Sedap nie...lama tak buat :)