Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

Sardin Orang Bujang Versi Ain ^_^

sumber/credit to : ain

bahan-bahan

setengah buku roti
mentega
2 sudu minyak
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji tomato (hiris)
2 cubit garam
2 biji telur (pecah dan kacaukan)
lada sulah

Cara-cara

oke.ikan sardin buang dulu tulang2 besar tu, takut nanti ada kes eksiden tercekik.kemudian tenyeh2 la ikan sardin tu supaya mengecil.sos ikan sardin simpan dulu oke.next dalam pan, masuk minyak, tumis bawang,ala2 dah layu masuk ikan sardin yang dah ditenyeh tadi,kacau siket , masukkan 2 atau 3 sudu sos sardin tadi,kemudian masukkan garam dan lada sulah,masukkan tomato pula..huh..oke boleh berehat sebentar kalau penat..

sediakan satu loyang, griskan dengan sedikit mentega supaya tak melekat. layangkan siket mentega ke atas roti, kemudian carikkan roti susun atas loyang,dah susun roti masukkan sardin atas roti, bagi sama rata semua bahagian , lapis dengan roti lagi, letak baki sardin atas roti.last tuang telur yang dah dipecahkan...bakar dalam oven or microwave sampai masak dan garing..hmm..

sebelum masuk oven


selepas keluar oven


hiaskan dengan bunga-bungaan


simple dan sesuai untuk orang bujang.okeh.sampai disini dulu.
jemput makan yeah.

No comments: