Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 16, 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hi uols :)

Sekarang ni kan tengah viral pasal Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa tu kan?

Aunty Kie pernah ler pergi beratur kat kedai kuih keria gula melaka haji tu.
2 kali tapi tak sanggup haih nak beratur dengan anak-anak kecil kat dalam kereta yang dah macam gelisah yang amat dok tunggu mak dia beratur semata-mata nak rasa kuih keria tu. -___-"

Lepas tu kebetulan ada yang open order untuk kuih keria ni.
Maka Aunty Kie pun beli la.
2 kali jugak la membeli kuih tu :)

Lepas tu, ada bff tag Aunty Kie video cara-cara buat kuih keria.
Maka dengan perasaan yang membuak-buak nak try buat, 
maka gigih la hari Ahad tu pergi mencari keledek putih.
1st time tau kewujudan keledek putih.
Sedihkan?
Hehehe... ^^

Jadi Aunty Kie pun google la resepi kat internet.
Aunty Kie combine resepi daripada cik epal & ciksepet.
Resepi kat bawah sekali ye ^^




terpulang nak bulatkan besar mana. Lubang tengah tu Aunty Kie terap dengan penutup marker pen. Make sure basuh dulu tau...hehehe...
Goreng cara deep fry.
1st time buat kan...jadi rasa seronok je bila tengok keria menjadi...auuwwwwww...!
Ni sira kuih keria tu k...
Dah menggelegak/keluar buih sira tu, boleh la masukkan keria yang dah goreng tadi. Elok2 je semua kuih keria yang dok ada tu muat kat pan tu,..senang kerja Aunty Kie..sekali harung bermandikan sira...hehehe...
Tadaaaa!!!! Kuih keria ni sedap dimakan selepas disira tu ye..tapi tunggu sejuk dulu, kekgi melecur lidah tu haaa... Kuih ni Aunty Kie & Mr. Yon je makan...nak bagi kat bff tapi bila dah overnite, tak sedap uols...Sedap dimakan 'fresh' gitu...



Sumber/Credit to : Cik Epal & Cik Sepet
Gambar : Aunty Kie/Cikepel


Bahan:


500+ gram keledek kaler putih yang telah dikupas kulitnya
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya
1sudu teh baking powder 

Untuk Sira Gula Melaka
150 gm gula Melaka - hiris nipis
3/4cawan air
sedikit gula batu 

Cara Memasak : 
1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Masukkan keledek,garam dan air separuh daripada keledek di dalam periuk.Rebus hingga lembut.Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.

2.Gaulkan dengan tepung dan baking powder hingga sebati dan uli menjadi gegelang kecil. 

3. Panaskan minyak , dan goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan. Untuk dapatkan warna sekata, rajin balik-balikkan kuih keria tadi . Angkat dan toskan minyak.

4.Masak bahan salutan gula Melaka + air , hingga mendidih dan pekat.Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
-----------------------------------------------------
Aunty Kie memang salute la kat pembuat-pembuat/peniaga-peniaga kuih yang dok ada ni.
Bagi Aunty Kie, nampak senang je nak buat tapi sebenarnya renyah.
Aunty Kie doakan kepada semua peniaga-peniaga kat luar sana semoga rezeki kalian semakin berlipat ganda setiap hari. Amin.

Balance keledek putih ada lagi ni, so nanti boleh buat lagi :)

Tata uols ^^

2 comments:

NINA FARHANA said...

Tq sudi share resepi. Tgk kuih keria antarabangsa tu terliur tp jauh sangattt nye ponn 😂

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

mckie said...

wc Nina...kan...tiap kali pergi Melaka, beratur panjang sangat..so baik le kita buat sendiri..hehehe...