Tuesday, November 3, 2009

Donut


Sumber : lupa amik kat mana…


Gambar : cikepel ^_^


Bahan-bahan


1kg tepung gandum

3-4 sudu susu tepung (apa-apa jenis pun tak kisah asalkan susu tepung

3 sudu marjerin (dicairkan)

Yis basah

Air garam (garam dilarutkan dalam air. Jangan masin sangat nanti adunan tepung tu masin)

Gula dikisar halus (jangan halus sangat)


Cara-cara

1. Cairkan yis dalam air (peringatan : 1kg tepung gandum = ½ potong yis kalau nak buat ½ kg letakkan suku saja).


2. Satukan tepung gandum dengan susu tepung, cairkan marjerin dan masukkan dalam adunan tepung dan susu tadi kemudian masukkan yis yang telah dicairkan dan diadun dengan air garam sehingga doh (contoh adunan dah doh bila tepung tak melekat kat tangan).


3. Biarkan adunan tepung yang dah doh tu mengembang.


4. Bila dah mengembang buangkan anginnya dan diadun semula dan bentukkan bulat-bulat seperti kita nak buat kuih keria.


5. Bila bentuk-bentuk donut tu dah mengembang bolehlah digoreng dan taburkan gula kisar.


Option 1

Yis basah ada dijual kat kedai runcit selalunya disimpan di tempat aiskrim (mungkin takut cair) so kenalah tanya dengan pekedai bila nak membeli.


Option 2

Maaflah saya nak tambah sikit. Kalau nak donut tu waktu sejuk pun masih lembut lagi contohnya untuk bawa bekal, sila tambah:-

2 biji ubi kentang – direbus dan dilenyekkan.

Yis basah boleh diganti dengan 1 bungkus Mauripan (serbuk)


Nota cikepel : Saya lupa kat mana saya amik resepi nie…dah bertahun dalam simpanan saya…ni 1st time baru buat…saya tak ikot sukatan kat atas tu…saya main belasah je…ekekeke….…^_^… owh ye…saya juga masukkan ubi kentang…

Tapi Al-hamdulillah…tetap lembut okeh…ahaks!


Pastu saya tak taburkan gula atas tu, saya pi cairkan coklat bar pahtu boh atas tu….pergh! sodap! Dah le coklat bar tu berkacang…pahtu…coklat ‘corte’ plak tu…sapa-sapa yang suka makan coklat, memang tau la coklat jenama ‘corte’ memang marveles! ^_^ selamat mencuba…!!!

No comments: