Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 25, 2014

Disahkan Hamil Kembar

Salam Jumaat semua :) 
Lamanya tak update blog. :)

Hampir 9 bulan juga saya tidak mengambil order kek sebab mengalami alahan yang teruk.
Sebelum ni saya mengandung tapi takde rezeki.
Keguguran pada 1 May 2014.
Doktor kata perlu tunggu 6-9 bulan untuk conceive tapi saya tak ikut kata doktor. :) 
Last period saya 20 Julai 2014. 
Al-hamdulillah, Allah berikan saya rezeki untuk mengandung dalam masa terdekat.

So saya buka buku & check up di Klinik Fadzliyana di Seri Kembangan since rumah saya dekat dengan klinik tu. Masa Ichiro, saya buat check up di Klinik Rohaya di Seri Serdang sebab masa tu saya masih menyewa di area Seri Serdang :)
Klinik Fadzliyana ni bukan buku merah tau tapi buku dia warna biru. hehehe!

Masa scan awal-awal bulan tu, masih nampak satu kantung.
Lepas tu masa 4 bulan tu baru tau yang saya mengandungkan kembar.
Itupun doktor cakap macam ni.
"eh sekejap! saya rasa macam saya nampak satu kepala lagi. sekejap yeeee..." 
Saya pandang Mr. Yon, Mr. Yon pandang saya then senyum meleret :)
 
Masa doktor cakap macam tu, macam-macam perasaan ada.
Gembira ada. Takut pun ada. hehehe!
So saya disahkan mengandung kembar DCDA. 
Iaitu dua kantung dan dua uri dan kembar tidak seiras.
Jadi anak-anak mama tak payah berebut makanan la ye.
Makanan semua anak-anak mama dapat sama rata :) 
Dan kebarangkalian untuk mendapat anak perempuan dan lelaki jika diizinkanNya.

So bila dah confirm saya mengandungkan kembar, terus bitau my family & family mertua.
Masa ni perasaan takut dah takde...hehehe!
Yang ada perasaan syukur kepada Allah SWT dan sangat gembira!
Allah gantikan dua sekaligus. Al-hamdulillah. Rezeki daripadaNya.

***pic: credit to Google***

No comments: