Friday, April 25, 2014

Pengalaman Mengandung Kembar

Salam & Hi :)

Nampak gayanya, blog ni akan ada cerita campur-campur dah. 
Dulu target blog ni hanya untuk kongsi-kongsi resepi je.
Sekarang nan hado. hehehe!
Jadi korang jangan bosan pulak baca cerita dalam blog ni.
(cakap konon macam ramai je yang baca blog ni kan? hehehe!) 

Okey, ni saya nak kongsi cerita pengalaman mengandung si kembar.
Masa awal-awal bulan, hanya Allah yang tahu betapa teruknya alahan yang saya alami.
Tapi saya fikir, ada lagi orang yang lagi teruk.
Ada yang siap kena masuk hospital lagi untuk masukkan air, kan?

Alahan air liur.
Ini memang sama macam alahan yang saya alami masa mengandungkan Ichiro.
Air liur berhenti masa kandungan dah nak masuk 5-6 bulan.
Dalam mulut ni memang dok kemam gula-gula je.
Lepas tu baru teringat arwah Tok Mak ada bagi petua.
Goreng jintan manis dan jintan hitam tanpa minyak.
Pastu kemam atau gigit2 je jintan2 tu.
Aha, baru la rasa ok.
Maksud saya, tak perlu nak kemam gula-gula dah.
Sekarang ni, saya tak boleh nak tengok atau nak makan gula-gula yang dah saya makan/kemam masa mengandung.
Rasa loya semacam. 
Hai, macam-macam la kan. -___-"

Muntah
Tiap-tiap pagi sampai ke malam memang tak berhenti muntah.
Selera makan tu ada tapi lepas makan confirm akan keluar balik.
Sampaikan satu tahap, saya tutup lampu toilet dan baru mengadap toilet bowl lepas tu baru muntah. -__-"
Attendance saya ke opis tak yah cakap la.
Memang teruk.
Nasib baik bos sangat memahami dan ada pengganti yang sudi gantikan tempat saya masa saya tak sihat tu.
Kadang-kadang saya pegi opis pagi, pastu t/hari dah balik rumah.
Memang flat gila.
Dapur memang tak masuk langsung.
Hari-hari Mrs. Yon tolong belikan makanan.
MC tak yah cakap. Berderet :(
Apa nak buat, nak amik cuti pun, cuti dah tinggal berapa hari dah :(
Dugaan masa alahan.

Masa ni, nafsu untuk shopping memang takde langsung.
Nafsu dunia tu ah gone! :D

Saya rasa takde beza alahan saya dengan alahan masa mengandungkan Ichiro. 
Saya rasa sama je alahan tu.

Bila dah nak masuk 7 bulan, saya minta tolong anak sepupu saya dari kampung datang duduk dengan saya.
Tak larat dah saya nak buat kerja rumah.
Sebelum ni bibik mama cuba dapatkan pembantu from Indonesia tapi bila dia tau saya mengandungkan kembar, terus orang tu tak nak datang. 
Tak pe la tau awal daripada dia buat hal di kemudian hari.
Memang takde rezeki saya.

Nak tido memang tak selesa. 
Memang kena tido mengereng je.
Sekejap ke kanan.
Sekejap ke kiri.
Tapi saya selesa mengereng ke kiri.
Terlentang dah tak boleh dah.
Haih! Mengeluh tu tak yah cakap la.
Tapi cepat-cepat kena sedarkan diri.
Tak baik mengeluh :D
Tapi kadang-kadang kalo tak sedar, mengeluh gak. Hehehe!

Kalau keluar pi jalan-jalan, memang lenguh kaki.
Sekejap-sekejap nak kena duduk.
Kalau takde tempat duduk, mesti terbongkok-bongkok jap saya ni.
Panas tak yah cakap.
Orang lain sejuk, saya panas.
Hormon orang mengandung kannnn...hehehe!
Memang tak leh nak kata apa dah... :)

Berat sebelum mengandung 67kg macam tu lah.
Last berat masa nak bersalin tu 89kg.
Wah! Boleh tahan! 22kg tu!!!
Jenuh la nak turunkan balik. tsk! tsk! tsk!
Tak pe la.
Janji anak-anak mama dalam perut sihat walafiat :)  .



Besarkan perut saya. 
Dagu tu dah tiga lapis dah! Hehehe!
Kalo daripada belakang nampak slim tau. hahaha!
Kalau tepi, korang tengok la sendiri. Hehehe!

5 comments:

Azlin Zain said...

Slm..
jgn risau..klau u breastfeed cpt turun. I mmg xbreastfeed. Haha. Xsempat. Nk kepung ank 4 org mcm ape je ni. Pam smpai susu kering n sumbat similac neosure je ni

cik epel aka mrs.yon said...

Azlin Zain

Salam Azlin (lama tak buka blog. sori lambat reply :) )

bf sekejap je Lin, demam sampai 2 kali.
tapi sekarang Al-hamdulillah. berat dah turun 59-60kg. hihih...

Kenari Putih said...

Sy ni mengandung jgk. Tp sorg je la. Sama juga sy bkn larat pon. Mc mmg berderet.. la ni dah ujung2 dah.. lg la kdg2 over xlaratnya, hee

Nurul Shuhada said...

syer juga dh merasai mengandung kembar nie.. mmg mencabar.. but now anak2 dh 2 bulan dh.. alhamdulillah sihat kedua-duanyer.. boleh follow my blog http://nurulimansupplement.blogspot.com/

Arinie Ghazali said...

Mencabarnya pregnant kembar. Hanya insan2 terpilih yang mampu menghadapi. Tahniah 😊