Wednesday, September 3, 2008

Nasi Paprik



gambar : cik epel ^_^


Bahan-bahan (anggaran untuk 2 orang)

• 1 mangkuk ayam – dipotong kecil-kecil
• 3 ulas bawang merah – ditumbuk
• 1 ulas bawang putih – ditumbuk
• 5 biji cili padi - ditumbuk
• 1 labu bawang besar – dimayang
• 2 biji cili merah - dipotong
• 1 serai – diketuk
• 1 biji tomato – dipotong 4
• 4 helai daun purut
• Sedikit bunga kobis, kacang buncis, lobak
• 3 sudu sos tomato
• 3 sudu sos cili
• 2 sudu sos tiram
• 2 sudu kicap manis
• Garam & serbuk perasa
• Sedikit air
• Minyak masak

Cara-cara

1. Goreng ayam sampai masak (jangan terlalu garing).

2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Kacau sekejap.

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis.

4. Bila dah mendidih, masukkan sedikit air

5. Masukkan bunga kobis, kacang buncis, lobak, serai dan daun limau purut.

6. Bila dah mendidih, baru masukkan cili merah, bawang besar dan buah tomato. Jangan lupa garam dan serbuk perasa.

7. Tadaaa..siap!...kalau sesiapa suka dengan perahan limau kasturi, boleh la perah…kalau tak suka..tak pe….hihihi….bolehlah dimakan bersama nasi putih.

Nota cik epel : saya dah lama print resepi nie..masa tu, tahun 2003...tapi baru 3 kali buat...hehehe...untuk tuan punya resepi, tengkiu...dah tak ingat print kat mana... ^_^.

No comments: