Saturday, September 20, 2008

Apple Pie



sumber/credit to : diyana musli
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

1.5 cawan tepung gandum
1.5 cawan tepung naik sendiri
Garam 3 cubit
Gula 3 cubit
Mentega/butter (agak-agak jer..kdg2 i guna 2 sudu..kdg2 i guna 3 sudu)
telur sebiji (ader org tak letak telur, suka hati lah..)
air (untuk renjis-renjis masa menguli)
wrapping paper

Inti

Apple 5-6 biji – potong dadu
Brown sugar 3/4 cawan Butter 50 gram
Tepung 2 sudu
Tepung jagung 2 sudu (dua-dua jenis tepung ni dibancuh dengan 1/4 cwn air)
ground almond (masa i buat tak der almond..so tak letaklah almond)

Cara-cara

1.Mula-mula masukkan tepung,gula dan garam...anginkan dengan tangan perlahan tepung,gula dan garam supaya sebati..(masa i buat..i tak anginkan..just gaulkan dengan perlahan)then, masukkan butter and air...perlahan-lahan uli tepung hingga menjadi doh..

2. Lepas menjadi doh wrap tepung tadi dgb wrapper then masukkan dlm peti ais 20 minit..

4. Panaskan frying pan, masukkan butter,bila butter dah cair masukkan gula,kemudian apple.Gaul sampai semua sebati . Kemudian masukkan tepung yang telah dibancuh dengan air tadi...masak+gaul sebati dan gula cair..tutup api...ketepikan

5. "Roll" 2/3 drpd doh tadi (setelah dikeluarkan dr peti ais) supaya melebihi bekas yang kita nak guna untuk buat pie...kemudian letakkan dlm bekas yang nak dibuat pie...

6. Masukkan apple yang telah dimasak tadi kedalam kepingan doh yang telah di "roll"kan...(make sure tepung yang di"roll"kan melebihi bekas sebab nanti kita akan letakkan kepingan satu lagi atas dan tepi bahagian bekas akan di "ketipkan")

7. "Roll" doh yang tinggal (yang balance tadi), buat garisan garisan dengan pisau (mengikut kreativiti anda)dan letakkan diatas permukaan bekas dan ketipkan dengan jari..(ala..tekan skit2..bagi kedua-dua permukaan melekat jer)

8. Sebelum bakar..make sure sapu telur atas permukaannya..bukan ape..nak bagi cantik..kan Allah sukakan kecantikan...

9.Bakar dengan suhu 200*C selama 30 minit (bagi nampak telur tu golden jer atas tue)



nota cik epel : cedap! dalam inti tu, saya tambah secubit serbuk cinnamon...konon-konon bior ada feel mc'd ler...hiks! ^_^

No comments: