Friday, September 5, 2008

Puding Gula Hangus Keluarga D



sumber/credit to : D

Bahan-bahan

15 biji telur
4 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1/4 cawan gula
sedikit esen vanilla
sedikit garam
sedikit pewarna

2 cawan gula, dihanguskan
1/4 cawan air

Cara-cara

1. Hanguskan gula dengan api kecil.

2. Kemudian campurkan air sedikit demi sedikit kena hati-hati kalau letak air semua nanti letup macam gunung berapi, kacau sehingga semua sebati.

3. Kalau bekas taufu fa tu boleh dapat 6 bekas satu bekas letak 2 sudu makan gula hangus kat dasarnya dan 3/4 bekas tersebut diisi dengan puding telur.

4. Untuk pudingnya, telur dipukul sedikit jangan terlalu dipukul nanti dia kembang kukus tak lawa, campurkan gula, susu cair, air, garam dan inci kuning. Kacau hingga sebati.

5. Kukus menggunakan api kecil selama 20 minit.

No comments: