Thursday, September 25, 2008

Bendi Goreng



sumber/credit to : planet time @ edaroslan
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

10 biji bendi - dihiris menyerong
4 ulas bawang merah
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 biji tomato - dibelah 8
Garam, minyak masak & air


Cara-cara

1. Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga lumat.

2. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga berbau.

3. Masukkan bendi dan digaul rata. Masukkan garam dan sedikit air.

4. Apabila mendidih dan bendi empuk, bubuh tomato. Kemudian kacau rata dan tutupkan api.

No comments: