Thursday, September 4, 2008

Nasi Tomato Perantau



sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan

5 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji buah pelaga}
1 batang Kulit kayu manis}rempah 3
1 kuntum bunga lawang}
2 cawan susu cair
1 tin kecil kacang peas atau 1 senduk
2 biji tomato - potong dadu
1 batang carrot - hiris halus (memanjang)
Garam secukup rasa
3 1/2 cawan air
1 senduk tomato puri
Bawang goreng dan daun pudina sebagai hiasan


Cara-cara


1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah 3 dengan minyak sapi atau mentega + minyak hingga kuning dan naik bau.

2. Masukkan susu cair, tomato,tomato puri, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras dan biarkan masak atau gunakan rice cooker.

4. Apabila nasi telah kering, taburkan hirisan carrot, dan kacang peas. Biarkan selama 5 - 10 minit sebelum di gaul rata dengan nasi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun pudina.

No comments: