Monday, September 1, 2008

Agar-Agar Marble



sumber : cik epel ^_^

Bahan-bahan
4 sudu besar tepung kastad
½ cawan susu cair
125gm mentega
6 gelas air
1 bungkus agar-agar
5 biji telur
1 mangkuk kecil gula
Sedikit serbuk koko

Cara-cara
- Masak agar-agar dengan 6 gelas air sehingga mendidih.
- Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula.
- Sementara menunggu gula hancur, boleh bancuhkan bahan-bahan untuk campuran agar-agar.
- Pukul telur dengan mentega sehingga kembang.
- Masukkan susu cair dan tepung kastad sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
- Apabila gula telah hancur, tuangkan campuran adunan tadi ke dalam periuk berisi agar-agar dan gula tadi dan kacau hingga rata.
- Bila dah sebati dan kelihatan agak pekat, bolehlah diangkat dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu lagi tanpa warna.
- Masukkan ke dalam acuan berselang-seli kemudian sejukkan.

No comments: