Thursday, September 11, 2008

Puding Roti Berdaging


sumber : nurani
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Roti (8-10 keping) [pertambahan roti ialah mengikut bekas yang digunakan]
susu segar
telur (2-3biji) mengikut kesukaan masing-masing
cheese
mentega sedikit -untuk disapu pada bekas

Inti @filling

Minced beef
Kentang 2 biji kecil(kalu yg sukakan kentang nk tmbh lagi pun tak pe
Carrot (half je)
Daun bawang
(kalu sesiapa nak gunakan mixed vege pun ok)
serbuk perasa (saya gunakan yg mudah, serbuk kari campur serbuk kurma)
Resepi asal Kak Syam- beliau guna serbuk padprika

Masak inti sepertia biasa di kuali dulu sebelum digunakan sebagai inti di dalam puding roti berdaging ini..

Tumis bwg putih, masukkan daging biar masak daging skit, masukkan kentang, carrot dan serbuk kari dan serbuk kurma, garam secukup rasa..dan akhir sekali (mixed vege) dan daun bawang..masak sampai keluar minyak dan kering skit..tutup api.

{inti roti ni bergantung kepada selera dan krativiti anda sendiri, tapi yg pasti kena letak daging..baru jadi puding roti berdaging}

Cara-cara

1. Sapukan bekas dengan mentega.

2. Celupkan roti dalam susu, sampai basah..kemudian letakkan di bahagian bawah bekas (based) sampai penuh permukaan bawah...(kalau nak potong kulit roti pun tak pe..saya sayangkan kulit..sebab tu tak potong..he.he).

3. Kemudian, letakkan inti daging yang telah dimasak tadi.

4. Penuhkan inti di dalam bekas dan memenuhi permukaan bekas.

5. Pukul telur di dalam bekas..dan tuangkan di atas inti yang telah diletakkan di dalam bekas tadi.

6. Potong cheese dan susun di dalam bekas.

7. Sayur extra- saya letak tomato skit (tak wajib).

8. Ulang proses pertama tadi, celupkan roti didalam susu segar sekali lagi..untuk tutup permukaan inti daging tadi.

9. Semasa letak roti yang telah dicelup susu, tekan sedidkit agar inti padat dengan roti..perlahan-lahan, jagan sampai inti terkeluar di atas roti.

10. Bila siap tutup permukaan daging, taburkan bawang goreng. Untuk menyedapkan lagi bau dan aroma puding roti kita, taburkan juga daun bawang.Ianya juga sebagai hiasan untuk mencantikkan puding roti kita.

11. Panaskan oven.

12. Resepi asal Kak Syam- bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama sejam tapi saya bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 50 minit.

13. Bakar sehingga roti dah keperang-perangan dan kering susu.

Cadangan hidangan : bersama sos cili atau kuah kari @ gulai bak kata org Kedah


Nota cik epel : puding saya tak jadi seperti puding nurani..hihihi...nak kena try wat lagik nie... ^_^

1 comment:

akakerin said...
This comment has been removed by the author.