Thursday, September 4, 2008

Waffle



sumber/credit to : resepi.net @ usahawan

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
4 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1 3/4 cawan susu segar
2 biji telur
1 camb marjerin, dicairkan
minyak untuk melengser

Cara-cara

1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.

2. Bancuh susu, marjerin cair dan kuning telur.

3. Dalam mangkuk bersih, putar putih telur hingga kental.

4. Gaulkan campuran susu ke dalam tepung, gaul rata.

5. Kaupbalikkan putih telur hingga rata.

6. Panaskan kuali/acuan waffle hingga betul-betul panas. Lengser dengan minyak.

7. Isikan 1 camb dalam setiap compartment acuan waffle kemudian tutup dan terbalikkan biar masak sebelah bahagian lagi.

Untuk mendapatkan hasil yg memuaskan, anda mesti gunakan acuan waffle. Jika ia baru digunakan, lengserkan betul-betul setelah ia panas agar adunan tidak melekat.

1 comment:

czone®™ said...

saya xfaham arahan no.5 cara memasak waffle ni apa yg d balikkan.. plss reply my mesej..