Thursday, September 4, 2008

Biskut Semperit



sumber/credit to : norazie @ mak lang

Bahan-bahan

300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan

Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...

Cara-cara

1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.

3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.

4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.

5. Bakar 150C selama 20 minit.

6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk.

1 comment:

Azy said...

kwn2 nak mintak tolong camne nak buat kuih semperit ni? dah try tak jadi la...dohnya mendap corak bunga nya berubah tak cantik cam masa terap also hangus. pls komen.....