Thursday, September 11, 2008

Cornflakes Cookies



sumber/credit to : ummi

Bahan-bahan (anggaran 70 biji)

1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telur
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis.

3. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.

4. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas).

5. Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments: