Tuesday, September 2, 2008

Tart Keju Nenas



sumber/credit to : kak fida @ myresepi.net

Bahan-bahan (80-100 kpg Ikut kecil atau besar acuan tart)
• Bahan2 doh tart:-
• 450 g mentega - lembut
• 3 biji kuning telur
• 1 biji putih telur
• 100 g gula halus (saya guna gula icing)
• 100 g keju (KRAFT) - diparut dan dilecek
• 1 kg tepung gandum - ayak
• Bahan2 inti :-
• 2 biji nenas - diparut
• 450 g gula pasir
• 1 biji pelaga,2 kuntum bunga cengkih - (jika suka)

Cara-cara
1. Sediakan inti dahulu,masak nenas bersama airnya sekali hingga kering sedikit dan masukkan gula,pelaga dan cengkih dan masak lagi sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan sejukkan.

2. Utk dohnya, mentega,gula,keju,kuning telur,putih telur dan 1 sk vanilla digaul hingga rata.

3. Masukkan tepung sedikit2 dan uli dgn tangan hingga adunan menjadi doh yg boleh dikepal.

4. Kemudian canai dan terap seperti tart biasa dan isi intinya. Hias tart ikut kreativiti masing2 dgn menggunakan lebihan doh yg ada.

5. Bakar hingga masak pd suhu 160C selama 20 min. atau mengikut kepanasan oven masing2.

No comments: