Sunday, September 7, 2008

Sagu Santan Gula Melaka/Merah



sumber/credit to : mak lang
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

• 150 gram sagu mata ikan
• 4 cawan air
• 3 ketul gula melaka/merah
• 1 cawan santan pekat
• Air secukupnya
• Daun pandan

Cara-cara

1. Masukkan sagu dan 4 cawan air ke dalam periuk, nak letak daun pandan pun boleh, nak kasi wangi sikit. Masakkan dengan api sederhana.

2. Setelah sagu pekat dan masak, buang daun pandan tadi. Masukkan ked lam bekas-bekas kecil dan sejukkan dalam fridge.

3. Sementara itu, masakkan gula melaka/merah dan air secukupnya. Bila dah pekat tapis.

4. Masakkan kejap santan dan garam sedikit. Siap


Cara Untuk Menghidang

Ambil sagu tadi, masukkan santan dan gula melaka. Nak masukkan ice cube pun boleh juga. Sedia untuk dihidang.

Nota mak lang : kalau tak suka santan boleh guna susu cair.

Nota cik epel
: 1st time buat…hihihi…next time leh wat lagi…hiks! ^_^

No comments: