Friday, September 19, 2008

Daging Pedas Berempah



sumber/credit to : che’iza

Bahan - Bahan

Bahan A

• 1/2 kg daging
• 1 inci lengkuas diketuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• 1/2 inci halia ditumbuk

Bahan B

• *3 biji bawang merah
• *2 ulas bawang putih
• *1/2 inci halia
• *1/2 inci kunyit
• *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
• *1 batang serai
• *5 batang lada merah (lada hidup)
• 2 sb cili boh
• 2 sb sos tomato/cili
• sedikit garam n gula
• perasa kalau suka.

Cara-cara

1. Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris

2. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B

3. Tumis cili boh hingga garing. masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.

4. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging.

5. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.

6. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

No comments: