Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 5, 2008

Basic Shortbread (very nice with a cup of coffee or tea)



sumbangan: Norma Ismail Rnet @ chetam
gambar: Wan Noor Baya Rnet @ chetam

Bahan-bahan

4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula perang
2 cawan mentega

Hiasan

Terpulang kepada anda, celupkan dalam coklat, tabur gulal warna-warni, nak tambah badam serbuk, hazelnut, perasa oren terpulang kepada kreaviti anda. Serlahkan seni dan bakat memasak anda....

Cara-cara

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

3. Biarkan seketika (15 minit) sebelum diterap atau boleh diterap di dalam acuan cookie cutter.

4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 - 25 minit atau mengikut oven anda. Jangan biar terlalu perang tak cantik.

Nota Kaki Norma: Kalau guna butter yang baik seperti president, lurpak atau french butter rasa lebih sedap. Boleh juga untuk butter yang biasa macam anchor, fernleaf dsb. terpulang kepada anda. selamat mencuba dan jangan lupa bagi feedback. saya dah buat dan anak-anak suka.

Nota Kaki Baya:Saya dah cuba buat resepi nie. Senang sangat dan rasanya pun sedap. Anak2 dan hubby kata sedap. Thanks kepada penyumbang resepi. Saya canaikan doh kepada segiempat tepat diatas parchment paper( macam kertas minyak tu yg color cerah). Kemudian sapukan jem dan taburkan kacang dia atasnya, then gulung. Bila letak diatas paper nie lebih mudah untuk mengulung, angkat sahaja dihujung kertas. Mudah, takada masalah pecah, gulungan tak sekata dan sebaginya. Setelah digulung boleh dipotong slice dengan mengunakan benang. Kemudian bakar, tadi saya set oven at 350F bakar selama 17-20 minute. Thanks you so much.

No comments: