Tuesday, January 3, 2012

Muffin Coklat

 
 ...the best muffin yang saya pernah cuba! tak rugi bagi sesapa yang 1st time nak try wat muffin...bahan-bahannya pun simple...

...since ada lebihan buttercream, kite kasik hias atas muffin tu...ekeke..dah macam cupcakes pulak..ekeke...

sumber/credit to : maklang & kak ummi @ izahdaut

gambar: cikepel ^^


Bahan-bahannya:


A
 2 cawan tepung- saya pakai tepung gandum

1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam


B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick *saya tak masukkan

C
 3/4 cawan air panas


Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

No comments: