Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju

Salam Ramadhan semua....

Wah...lamanyaaaaaa blog ni tak berhapdet....hampir SETAHUN! biasa la..tuan tanah update ikut mood dia je...so ni la kekdahnya....


Okeh..ni ala-ala Lasagna Melayu...mabeles! keju cheddar tu saya tukar dengan keju mozarella...wah..baru la terasa-rasa tarikan kejunya tu...serious sedap yang amat! Jom try buat! ^^

oh ye...if ada sapa-sapa nak beli bags, boleh la add fb saya ye.. :)
 -------------------------------------------------------------------------------------
sumber/credit to:  Emmymazli

gambar: cikepel 


Bahan Inti

300gm daging/ayam cincang @ 4 keping daging burger ayam (dihancurkan) - saya pakai 4 keping daging oblong...ekekeke...


** kalau nak daging lebih, 1 paket tu 400 gm  boleh disemuakan


1 biji bawang merah besar + 2 biji bawang putih ~ diketuk dan dicincang/blender

2-3 sudu besar rempah kari (ikut selera masing-masing) dibancuh dengan sedikit air



1/4 cawan air


kepingan cendawan butang yang diracik + mix vegetable / 1 biji kentang yang dipotong dadu - ikut suka nak letak banyak mana


sedikit garam dan gula
minyak



Bahan Roti

12kpg roti

5 biji telur
200ml susu fresh


1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil lada sulah


8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut - saya guna mozarella cheese ^^



Cara:

Utk membuat inti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan putih hingga bawang layu dan masukkan rempah kari yang dibancuh air. Goreng hingga naik minyak dan masukkan air.
Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sambil tekan supaya daging/ayam tidak berketul.
Masukkan kepingan cendawan butang yang diracik+mix vegetable atau kentang.



Rasakan garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu banyak garam sebab cheese yang akan diletakkan dalam roti nanti dah masin.... cukup sekadar rasa biasa sahaja)
Goreng hingga kering dan padamkan api.


Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.




Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:

Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dengan butter (kalau korang guna loyang biasa macam aku nih, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi untuk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jangan lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dengan butter.

Bancuh telur dan susu fresh bersama lada hitam dan lada sulah dalam sebuah mangkuk hingga sebati.
Celup sekeping roti ke dalam bancuhan telur susu tadi dan susun didalam loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
Susun slice cheese ke atasnya.
Ulang sekali lagi proses dari awal tadi dan tutup dengan 1 lagi lapisan roti yang dicelup kedalam bancuhan telur susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
Potong dan hidangkan.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili.
 

Saturday, June 5, 2010

Mix Vege With Beef

sumber/credit to : mat gebu

gambar : cik epel ^_^

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g daging batang pinang
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum hijau, didadu
5 putik jagung potong serong
10 kuntum cendawan butang, potong 2
150 g brokoli, potong sekuntum2
10 biji telur puyuh, rebus keras, kupas dan goreng
1 tiub tauhu jepun, potong dan goreng
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos lada hitam
2 camca besar kicap cair
1/2 cawan air
Garam jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihirs nipis, cuci, toskan dan gaul dengan bahan tumbuk lumat, perap 20 minit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Gaul rata dan masuk daging tadi, kacau dan tuang air. Masak hingga daging lembut.
  3. Masukkan brokoli, capsicum merah/hijau dan putik jagung. Kacau rata, tambah kicap cair dan masukkan bahan2 selebihnya kecuali daun bawang dan garam.
  4. Masak hingga kuah pekat dan sayur masak, rasa dan jika perlu tambah garam. Tabur hirisan daun bawang dan hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan..

Wednesday, October 15, 2008

Sosej Masak Kicap

sumber/credit to : hana

Bahan-bahan

  • 10 ketul sosej - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis (tmbh cili ijau)
  • 3 bawang merah - dimayang (hana gune bwg besar hiris)
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 2 sudu teh serbuk kari- tk letak sbb anakanda tk mo pedas kari
  • 4 sudu makan kicap (hana gune kicap manis ABC)
  • 1/2 batang lobak merah - dpotong pnjg(hana potong tiga segi)
  • Sedikit air
  • garam- x letak
  • Minyak utk menumis
  • serbuk black pepper - nih hana tmbh
  • hirisan halia - pon kita tmbh
  • and sesudu sos tiram

Cara-cara

  1. Panaskan minyak - tumis bawang merah & putih hingga kekuningan

  1. Masukkan cili merah dan lobak merah - gaul

  1. Masukkan serbuk kari - kacau rata

  1. Tuangkan kicap & sedikit air

  1. Masukkan sosej seketika, perasakn dgn garam

  1. Boleh diangkat & terus dihidang

Wednesday, September 24, 2008

Asam Pedas Tetel (Daging Cincang)



sumber/credit to : kak hanieliza

Bahan-bahan

1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
garam

Bahan dikisar

10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]


Cara-cara


1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.

3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.

4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.

5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.

6. Angkat dan hidangkan.

Friday, September 19, 2008

Daging Pedas Berempah



sumber/credit to : che’iza

Bahan - Bahan

Bahan A

• 1/2 kg daging
• 1 inci lengkuas diketuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• 1/2 inci halia ditumbuk

Bahan B

• *3 biji bawang merah
• *2 ulas bawang putih
• *1/2 inci halia
• *1/2 inci kunyit
• *2 sb campuran ketumbar, jintan putih dan manis
• *1 batang serai
• *5 batang lada merah (lada hidup)
• 2 sb cili boh
• 2 sb sos tomato/cili
• sedikit garam n gula
• perasa kalau suka.

Cara-cara

1. Rebus daging dgn semua bahan A hingga daging empuk. Ketepikan daging dan biarkan sejuk sebelum dihiris

2. Kisar semua bahan bertanda * pada bahan2 B

3. Tumis cili boh hingga garing. masukkan bahan yg sudah dikisar, tumis hingga garing dan terbit minyak.

4. Sementara menunggu rempah yg ditumis garing... hiris daging, nipis-nipis... Simpan air rebusan daging.

5. Bila bahan ditumis sudah terbit minyak masukkan air rebusan daging, biarkan kuah mendidih. Masukkan daging.

6. Masukkan sos cili, garam, gula n perasa kalau suka... Tumis hingga kuah agak pekat n kering.......

Thursday, September 18, 2008

Daging Masak Hitam Manis



sumber/credit to : mak lang @ ummi

Bahan:-

1/2 kati daging batang pinang - dipotong dan direbus bersama kicap (air rebusan disimpan)
1/2 cawan kicap manis (cap Kipas Udang)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar (Kalu nak pedas, tambah lagi)

Bahan A - (asingkan kepada 2 bahagian)

• 3 sudu besar jintan manis ] disangai dan
• 3 sudu besar jintan putih ] dikisar halus
• 3 ulas bawang putih }
• 4 ulas bawang merah } dikisar
• sedikit halia }
• Bunga lawang
• kulit kayu manis
• buah pelaga
• asam keping
• Minyak masak

Cara Memasak:-

1. Daging yang dipotong/dihiris nipis direbus bersama kicap (simpan air rebusan).

2. Bila daging telah empuk, gaul dengan sebahagian bahan-bahan A. Goreng sekejap sahaja.

3. Asingkan daging ke dalam pinggan. Tumis pula lebihan bahan A tadi. Masukkan cili kering, kacau sebati.

4. Masukkan daging dan air rebusan tadi. Gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

5. Masukkan kicap pekat manis jika ingin nampak daging lebih hitam.

6. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Angkat.

Friday, September 12, 2008

Rendang Daging Ummi



sumber/credit to : ummi

Bahan-bahan

1 kg daging - potong nipis dan kecil
3 cawan santan pekat
1 paket serbuk rempah daging Adabi
1/2 paket serbuk rempah kari daging Adabi
3 sudu besar kerisik
1 cawan gula melaka
2 batang serai - ketuk
garam
5 helai daun purut - hiris
2 helai daun kunyit - hiris/ikat simpul

Goreng dan tumbuk

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar

15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 1/2 cm halia
1 1/2 cm lengkuas
5 batang serai

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis serai ketuk dan bahan kisar hingga naik bau.

2. Masukkan semua serbuk rempah dan bahan goreng-tumbuk, kacau-kacau sebentar.

3. Masukkan daging dan kacau-kacau rata lbh kurang 5 minit.

4. Masukkan santan dan kacau-kacau selalu.

5. Bila hampir setengah pekat, masukkan gula melaka, kerisik dan garam.

6. Bila agak pekat, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Siap.

Monday, September 8, 2008

Sup Tulang



sumber/credit to : kabuto @ myresepi

Bahan-bahan (4 orang)

• 500g tulang lembu
• 1 sup bunjut adabi
• 2 kiub ayam - tak kisah mana2 adabi ke maggie
• 2 1/2 liter air.
• 3-4 ulas bawang putih
• 1 cm halia
• minyak untuk menumis
• daun sup/ daun bawang
• bawang goreng
• cili padi -kalo nak pedas :)
• limau nipis- kalo suka masam2 sket..
• 2 ketul ubi kentang
• 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

1. Mula-mula cucilah tulang temulang.

2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.

3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.

4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..

6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..

8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

Nota Kabuto : Sup orang bujang.. Boleh makan dengan nasi dan juga buat mee sup. Time malas nak masak boleh pekena nasi sup untuk lunch.. belah malam makan mee sup.. sodap!

Bebola Daging



sumber/credit to : alia @ myresepi

Bahan-bahan (4 orang)

• 1 cawan daging hancur/kisar
• 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
• Garam secukupnya
• 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
• 3 sudu sos tomato
• 1 sudu sos tiram
• 12 biji tomato ceri
• 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.

2. Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.

3. Kemudian masukkan sos dan buah tomato

4. Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

Nota Alia : Meatball. Guna daging hancur. Sesuai untuk kanak-kanak.

Monday, September 1, 2008

Daging Masak Merah + Sayur



sumber : cik epel ^_^

Bahan A
Daging (dipotong nipis) – anggaran untuk 2 orang makan

Bahan B
½ biji bawang besar (dipotong)
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris nipis)
2 tangkai cili padi (dipotong)
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

Bahan C
Sedikit kacang buncis
Sedikit kubis bunga
Sedikit lobak merah

Bahan D
1 sudu teh gula
1 sudu besar kicap masin/manis (terpulang ^_^ )
Secubit garam (kalau guna kicap masin, tak perlu masukkan garam)

Cara-cara
- Rebus daging hingga empuk.
- Kemudian, goreng daging tadi hingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan B dan kacau sebati.
- Masukkan bahan-bahan C.
- Akhir sekali masukkan kicap, gula dan garam.

Friday, August 15, 2008

Daging Dendeng

sumber/credit to : erna

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500gm daging
  • 4 biji tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukupnya

****Bahan A (dikisar)*****

  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar cili giling
  • sedikit halia

Cara-cara

  1. Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
  2. Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
  3. Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

Thursday, August 14, 2008

Daging Goreng Style Kelantan

sumber/credit to : ceruk rantau paku pakis

Bahan-bahannya:-

1/ 2 kg daging dipotong agak tipis ,dicuci dan digaram kunyitkan.

2 biji bawang besar dihiris halus dan bulat

2 biji cili hijau+2 biji cili merah

minyak utk menggoreng

Caranya:

Goreng daging tanpa minyak terlebih dahulu sehingga kering airnya(lebihkan air supaya daging agak lembut).Masukkan dalam 5 s/b minyak dan goreng sehingga agak lembut baru masukkan bawang dan cili.Tutup api bila bawang dan daging kelihatan agak garing dan sedap dimakan panas2 gitu.Kalau suka boleh tambah kicap sikit….

p/s: salah satu resepi yang paling saya suka...senang dan cepat untuk disediakan.