Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label murtabak. Show all posts
Showing posts with label murtabak. Show all posts

Friday, April 17, 2020

Murtabak Nasi

Murtabak Nasi pun boleh.
Jemput-jemput Nasi pun boleh.

Tapi kite nak panggil Murtabak Nasi. 
Hehehe...
Cara proses dia sama je macam Murtabak Maggi cuma tukar kepada Nasi.

Kite terjumpa resepi ni dalam FB.
Bahan2 tu kita buat anggaran sendiri je k.

Since ada lebihan nasi, kita pun try la buat.
If suka pedas, boleh letak serbuk kari tapi since anak2 kite makan, jadi kite pun tak letak.

Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : tak tau owner sebenar di FB

Ini resepi cara kite ye. 
Kalau resepi asal dia letak carrot dan daun bawang.

Bahan2:

Nasi
Telur (anggaran dalam 5-6 biji)
Carrot (parut)
Bawang besar (potong dadu)
1 kiub pati ayam maggi
Minyak 

Cara2:

Pukul telur dan masukkan semua bahan2 kat atas tu.
Kemudian goreng seperti biasa.

Since kite ni suka pedas, jadi kite makan la dengan sos cili.
Anak2 makan macam tu saja tapi dorang kenyang la makan ni since ini nasi.😁
Jadi kalau dah tak tau nak buat apa selain drpd goreng je nasi, try la buat Murtabak Nasi ni. SEDAP...TAK TIPU... 😁






Wednesday, February 11, 2009

Murtabak Maggi






ni resepi paling senang sekali...kalo ada sesapa yg lagi mau tanya... tak tau la aku nak menjawapnye..bak kate orang budak 10tahun pun reti wat punyer... nmpk simple ..tp kalo makan time lapo mmg dap dap tau... tak caya?? try la..



bahan2 (hidangan utk 2 orang)


2 peket maggi perisa kari (mi)

1 peket perencah maggi curry (gune 1 aje ok..)

2 biji telur ayam

daun bawang/daun sup (agak2 lerr)

sos cili (untuk cicah)



Cara2


letakkan mi maggi dalam mangkuk besar.. tuangkan air panas yg baru menggelegak.. pehtu biarkan dalm 3-4 minit sampai mi tu kembang...

dah kembang toskan airnyer... masukkan 2 biji telur n kacau bersama-sama mi tadi...dah sebati..masukkan sepeket perencah maggi curry...n kacau lagi sampai sebati.. masukkan sedikit hirisan daun bawang/sup sesuka hati...kalo tak letak pun ok je...sedap gaks...hihih....


pehtu panaskan sedikit minyak dalam kuali...bahagi kan kepada 2 bahagian...n masukkan ke dalam kuali (ala2 wat lempeng gitu)... tekan2 sket bagi rata n chanteekk... balik2 kan murtabak tu... n tarraaa....dah siap...masuk pinggan n potong ala2 pizza gitu...


boleh la makan ngan sos cili thai...eerrmm...sedap tau....



ni orang malas cam aku pun rasa cam terer je kalo wat...



Thursday, September 11, 2008

Mini Murtabak



sumber/credit to : ayong

Bahan-bahan

Inti murtabak

100g daging cincang/ayam cincang
2 biji kentang didadu kecik2
1sudu rempah kari
1sudu rempah kurma
1/2 biji bawang besar didadu kecik2
2 ulas bawang putih
garam dan serbuk perasa
kulit popia
2 biji telur

Pencicah

5 biji bawang merah dimayang halus
10 sudu cuka masakan

Cara-cara

Inti murtabak

1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan layu.

2.Masukkan rempah kari dan kurma yg telah dibancuh dgn air,goreng hingga naik minyak.

3.Masukkan daging cincang dan kentang.

4.Jika terlalu kering,masukkan sedikit air.

5.Masak sehingga kentang empuk,angkat dan sejukkan seketika.

6.Pukul telur dan masukkan inti murtabak yg telah disejukkan tadi,kacau hingga sebati.

7.Ambil kulit popia dan masukkan inti murtabak,bungkus seperti popia mengikut citarasa.

8.Goreng dalam api perlahan.

Pencicah.

1.Campurkan bawang merah yg dihiris halus dgn cuka,biarkan sehingga bertukar menjadi warna merah.

2.hidangkan bersama murtabak yg telah digoreng.

3.Selamat mencuba..

*inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.

nota cik epel : dah dua kali wat mini murtabak nie...cuma saya tambah jintan manis dan jintan putih jer...papehal pong..memang meletops!... hiks! ^_^

Thursday, September 4, 2008

Murtabak Meggi



sumber : cik epel ^_^

Bahan-bahan

• 2 peket meggi kari
• Daging cincang
• 3 biji telur
• Daun bawang – dihiris halus
• Daun sup – dihiris halus
• 3 biji cili merah – dipotong dadu
• 1 ulas bawang besar – dipotong dadu
• Sedikit serbuk jintan manis
• Sedikit serbuk jintan putih
• Perencah kari meggi (yang dalam meggi kari tu)
• Garam
• Minyak masak

Cara-cara

1. Rebus meggi terlebih dahulu dan toskan.

2. Campurkan semua bahan di atas. Kacau sehingga sebati

3. Goreng dengan membentukkannya bulat.

Nota cik epel : resepi ni diperolehi semasa saya berada di form 5…terima kasih kepada Cikgu Hafizah iaitu cikgu ERT saya…cedap dimakan gan sos cili… ^_^