Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label xcik epel. Show all posts
Showing posts with label xcik epel. Show all posts

Friday, April 17, 2020

Murtabak Nasi

Murtabak Nasi pun boleh.
Jemput-jemput Nasi pun boleh.

Tapi kite nak panggil Murtabak Nasi. 
Hehehe...
Cara proses dia sama je macam Murtabak Maggi cuma tukar kepada Nasi.

Kite terjumpa resepi ni dalam FB.
Bahan2 tu kita buat anggaran sendiri je k.

Since ada lebihan nasi, kita pun try la buat.
If suka pedas, boleh letak serbuk kari tapi since anak2 kite makan, jadi kite pun tak letak.

Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : tak tau owner sebenar di FB

Ini resepi cara kite ye. 
Kalau resepi asal dia letak carrot dan daun bawang.

Bahan2:

Nasi
Telur (anggaran dalam 5-6 biji)
Carrot (parut)
Bawang besar (potong dadu)
1 kiub pati ayam maggi
Minyak 

Cara2:

Pukul telur dan masukkan semua bahan2 kat atas tu.
Kemudian goreng seperti biasa.

Since kite ni suka pedas, jadi kite makan la dengan sos cili.
Anak2 makan macam tu saja tapi dorang kenyang la makan ni since ini nasi.😁
Jadi kalau dah tak tau nak buat apa selain drpd goreng je nasi, try la buat Murtabak Nasi ni. SEDAP...TAK TIPU... 😁






Saturday, April 11, 2020

Resepi Ikan Kari Tanpa Santan

Petang tadi kite masak Ikan Siakap Kari Tanpa Santan.

Resepi ni memang akan jadi favourite kite dah ni sebab Mr. Yon sure makan bertambah-tambah kalau ada kari ni...
Hehehe...tak tipu punya laaa...

Boleh amik resepi kat SINI okeh!




Happy 6th Birthday Akeef Dan Aika

10 April 2020 (semalam) adalah hari lahir my twins. 
Akeef dan Aika genap umur 6 tahun semalam.

Semoga anak-anak mama sentiasa di bawah lindunganNya dan doa yang baik2 untuk anak2 mama termasuk Abang Ichiro.

Aameen Ya Rabb.

Rasa macam mereka ni masih kecil lagi.
Rupa2nya dah besar dah anak2 mama ni.

Since MCO/PKP ni kite x boleh nak keluar beli present dan sambut birthday dengan atok, nenek & pak mak sedara dan kawan2 sekolah, jadi kite celebrate je kat rumah k.

Jadi kite pun order kek dengan sorang adik ni then beliau guna khidmat runner untuk delivery.
Al-hamdulillah kek diterima tanpa cacat cela.

Jangan ditanya kenapa kite x buat kek sendiri...hehehe..tamo jawab la soklan tu..hehehe...

Akeef tanya mana present. 
Jadi kite bitau sekarang ada virus di luar so kite x boleh keluar.
Then dia cakap kita keluar dan pakai mask la..
Amboi...siap bagi suggestion tu...hehehe...
So kite cakap, once sekolah dah bukak, mama papa dah boleh go work, baru kite keluar cari present...anak2 mama dah besar & dia pun faham :).


ni masa Akeef dan Aika nak sambut hari lahir pada umur 1 tahun ( 10 April 2015)
Bulat je masing2 time ni...Hehehe...


Sekarang dah umur 6 tahun anak-anak mama. 







Nanti mereka dah besar dan mana la tau terjumpa blog ni, mesti masing2 akan tersenyum sendiri tengok apa yang mama dia coretkan dalam blog ni. 
(ntah wujud lagi ke tak blog di masa akan datang tapi harap2 masih ada la kan...) 
Hehehehe...

Yang penting, semoga apa yang ada dalam ni menjadi kenangan dan memori yang terindah buat mereka 😘😊

Mama Papa sayang kamu semua ❤

Resepi Sotong Tumis Bersantan


Sotong masak macam ni kite memang suka sangat2.
Dulu mak kite selalu masak sotong macam ni.
Sama ada masak tumis bersantan atau masak sup yang kuah warna hitam tu (dakwat sotong).

Ok.
Mr. Yon pun memang suka sangat2 dengan resepi ni.

Jadi kite nak simpan resepi ni kat sini dan share dengan uols di luar sana.
Senang kalu ada yang tiba-tiba nak try buat, boleh la rujuk resepi ni.




Gambar: cikepel
Sumber/credit to : mak cikepel

Bahan-bahan

Sotong (500 g sederhana besar)
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
Cili kering yang dikisar @ Cili boh
Santan 
Gula melaka
Garam
Perencah secukup rasa meggi atau ajinomoto
Minyak masak
Air asam jawa @ Air + 1 asam keping.


Cara-cara

Masukkan bahan2 tumbuk dan cili boh ke dalam kuali.
Tumis sehingga naik bau.

Lepas tu masukkan sotong yang telah dibersih dan dipotong tu. Kacau.

Kemudian masukkan santan (kite guna santan kotak) dan masukkan air asam jawa atau kalau takde asam jawa, masukkan air dan masukkan 1 asam keping. Air tu agak2 je.

Dah siap kacau, masukkan gula melaka, perencah secukup rasa dan garam sikit.

Pastu kacau... Biarkan sekejap sampai mendidih..Kacau lagi...pastu dah agak2 mcm dah pekat sikit, dah boleh angkat.

Makan dengan nasi putih panas2.

OHHHH SEDAPPPP.....

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis

Sejak MCO/PKP ni, kite memang sentiasa masak untuk family kan?
Cuma kadang-kadang je la order McD atau KFC.

Lepas tu my twins suka sangat dengan nasi goreng ikan bilis ni.
Aika siap request suruh buat nasi goreng ni TAPI dia panggil ini adalah nasi goreng cina. Hehehe...tak kisah la janji mereka suka :).

Ni pun pagi tadi baru je tanya 'Mama pandai buat lempeng kan?'
Eh! Eh! buat2 tanya pulak dia..hehehe..
So Lempeng...mu tunggggguuuu....Hehehe...

Jadi kat bawah kita bagi resepi untuk Nasi Goreng Ikan Bilik yang sudah berjaya menambat hati Akeef, Aika dan juga Abang Ichiro (Abang ni memang kena makan bersuap baru habis dia makan).

Oh ye..ni gambar hari berasingan ni kite masak...





Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : cikepel

Bahan-bahan:

Nasi putih
3 @ 4 biji telur
Segengam ikan bilis - rendam dan tumbuk kasar
Bawang merah - tumbuk kasar
Bawang putih - tumbuk kasar
1 atau 2 kiub perencah ayam meggi @ perencah secukup rasa
Garam
Sayur campur (frozen) - kalau takde boleh je letak sayur2 kegemaran uols.
Minyak masak

Cara-cara:

Panaskan minyak masak di dalam kuali.

Kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sampai garing. 

Kemudian masukkan sayur campur. Kacau sampai rata.

Lepas tu ketepikan sekejap bahan tumis tadi (ketepikan je kat dalam kuali tu)

Pecahkan telur kat sebelah bahan tumis tadi.

Biarkan sekejap ala2 jadi macam telur dadar.

Lepas tu kacau2 bagi telur tu hancur2 sikit.

Lepas dah masak telur tu..kacau semua bahan2 yg ada dalam kuali tu.

Masukkan nasi putih. Kacau rata.

Lepas tu masukkan kiub ayam meggi atau perencah sesedap rasa dan letak sikit garam bagi rasa2 gitu (harap uols faham apa yang kite cuba sampaikan..hehehe).

Pastu kacau2 sampai semua rata dan....SIAP!!!!

Resepi Ayam Percik Chef Hanieliza

Ayam percik mak kite memang sedap!
Sampai sekarang kite rasa macam susah sangat nak buat ayam percik.
Hehehe...

So godek2 buku resepi kat rumah ni, so terjumpa la resepi Chef Hanieliza ni.
1st time guna resepi ni & cuma kite derhaka satu je...kite tambah gula melaka dalam tumisan ayam percik tu.

Al-hamdulillah sedap dan senang rupa2nya.

Kite malas nak taip semula jadi kite tempek je kat sini resepi daripada buku Chef Hanieliza ye.

Selamat mencuba uols!

Oh ye...kite guna air fryer je senang untuk bakar.

Gambar: cikepel
Sumber/Credit to : Chef Hanieliza







Resepi Ikan Kari Tanpa Santan

Kite asal daripada Kelantan.
Jadi kalau masak kari biasanya kite letak santan.


Mr. Yon asal daripada Penang.
Jadi sebelum ni pernah la jugak buat resepi kari tanpa santan tapi selalu tak menepati citarasa tekak kite even Mr. Yon kata dah sedap.

Tapi kali ni, kite jumpa resepi yang agak marveles dan memang kena dengan tekak kite sangat2.
Terus rasa...YEAY! DAH BERJAYA BUAT KARI IKAN TANPA SANTAN!!!! (ok! bangga sekejap!). Hehehe...

So kat bawah ni kite bagi resepi dan link if uols nak tengok k.

====================================================================






gambar: Cikepel
sumber/credit to : bidadari dan khalifahmedianetwork


Bahan-bahan :
  • Ikan (ikan apa pun boleh) - kite guna ikan siakap
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yang sudah direbus dan dikisar* - kita guna cili boh je.
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi. (Boleh letak sayur kacang kelo ganti bendi) - kita guna bendi
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.(Sukatan sesuka hati dan sesedap rasa sahaja).
Cara Memasak :
  • Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak.
  • Untuk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa menumis bawang.
  • Jika sudah pecah minyak, letak gula, garam dan air asam jawa.
  • Jika sudah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.
  • Akhir sekali masukkan ikan.

Monday, January 16, 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Assalamualaikum & Hi uols :)

Sekarang ni kan tengah viral pasal Kuih Keria Gula Melaka Antarabangsa tu kan?

Aunty Kie pernah ler pergi beratur kat kedai kuih keria gula melaka haji tu.
2 kali tapi tak sanggup haih nak beratur dengan anak-anak kecil kat dalam kereta yang dah macam gelisah yang amat dok tunggu mak dia beratur semata-mata nak rasa kuih keria tu. -___-"

Lepas tu kebetulan ada yang open order untuk kuih keria ni.
Maka Aunty Kie pun beli la.
2 kali jugak la membeli kuih tu :)

Lepas tu, ada bff tag Aunty Kie video cara-cara buat kuih keria.
Maka dengan perasaan yang membuak-buak nak try buat, 
maka gigih la hari Ahad tu pergi mencari keledek putih.
1st time tau kewujudan keledek putih.
Sedihkan?
Hehehe... ^^

Jadi Aunty Kie pun google la resepi kat internet.
Aunty Kie combine resepi daripada cik epal & ciksepet.
Resepi kat bawah sekali ye ^^




terpulang nak bulatkan besar mana. Lubang tengah tu Aunty Kie terap dengan penutup marker pen. Make sure basuh dulu tau...hehehe...
Goreng cara deep fry.
1st time buat kan...jadi rasa seronok je bila tengok keria menjadi...auuwwwwww...!
Ni sira kuih keria tu k...
Dah menggelegak/keluar buih sira tu, boleh la masukkan keria yang dah goreng tadi. Elok2 je semua kuih keria yang dok ada tu muat kat pan tu,..senang kerja Aunty Kie..sekali harung bermandikan sira...hehehe...
Tadaaaa!!!! Kuih keria ni sedap dimakan selepas disira tu ye..tapi tunggu sejuk dulu, kekgi melecur lidah tu haaa... Kuih ni Aunty Kie & Mr. Yon je makan...nak bagi kat bff tapi bila dah overnite, tak sedap uols...Sedap dimakan 'fresh' gitu...



Sumber/Credit to : Cik Epal & Cik Sepet
Gambar : Aunty Kie/Cikepel


Bahan:


500+ gram keledek kaler putih yang telah dikupas kulitnya
3/4 cawan tepung gandum
garam secukupnya
1sudu teh baking powder 

Untuk Sira Gula Melaka: 
150 gm gula Melaka - hiris nipis
3/4cawan air
sedikit gula batu 

Cara Memasak : 
1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Masukkan keledek,garam dan air separuh daripada keledek di dalam periuk.Rebus hingga lembut.Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.

2.Gaulkan dengan tepung dan baking powder hingga sebati dan uli menjadi gegelang kecil. 

3. Panaskan minyak , dan goreng kuih keria tadi hingga kuning keemasan. Untuk dapatkan warna sekata, rajin balik-balikkan kuih keria tadi . Angkat dan toskan minyak.

4.Masak bahan salutan gula Melaka + air , hingga mendidih dan pekat.Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan
-----------------------------------------------------
Aunty Kie memang salute la kat pembuat-pembuat/peniaga-peniaga kuih yang dok ada ni.
Bagi Aunty Kie, nampak senang je nak buat tapi sebenarnya renyah.
Aunty Kie doakan kepada semua peniaga-peniaga kat luar sana semoga rezeki kalian semakin berlipat ganda setiap hari. Amin.

Balance keledek putih ada lagi ni, so nanti boleh buat lagi :)

Tata uols ^^

Monday, January 9, 2017

Aiskrim Suka Hati

Assalamualaikum & Hi :)

Kejadian ni masa hari Sabtu kalau tak silap. 
Tapi Sabtu bila Aunty Kie pun tak ingat.

Bukak katup peti ais, tengok ada ice cream.
Lepas tu ada balance pisang.
Tak banyak pun, 2 biji je.
Nak buat cekodok pisang pun tak lepas.

Jadi, moh le kita.
Mula-mula buat dalam bekas kecil.
Share dengan Aika.
Abg Ichiro & Akeef tak suka aiskrim.
Habis uols!

Lepas tu Mr. Yon balik keje, kita buat pulak tapi besar punya.
Habis jugak! ^^
Kalau tak habis tak pe, Aunty Kie boleh je tolong perabiskan :)

Actually Aunty Kie letak je apa yang ada dalam fridge tu. 
Kalau nak buat mcm Aunty Kie buat, aha...
sila tengok bahan-bahan kat setiap gambar di bawah tu ye... :)
Yang ni dalam bekas kecil. 
1 biji pisang - potong bulat
aiskrim perisa coklat, strawberi & vanilla
drizzle dengan coklat (whipping cream & dark/milk choc = double boiled)
Rainbow rice yang colourful tu :)
If nak tabur chocolate rice pun ok je...
Yang ni pulak dalam bekas besar tu :)
1 biji pisang (nak lebih pun boleh tapi sebab pisang tak byk, so guna 1 biji je)
Aiskrim perisa strawberi, coklat & vanilla
Chocolate Chips
Cornflakes
Milo Cereal
Kismis
drizzle dengan coklat (whipping cream & dark/milk choc = double boiled)
Rainbow rice yang colourful tu :)
If nak tabur chocolate rice pun ok je... 
 Biskut apa2 lepas tu cucuk je atas aiskrim tu :)


So..dah siap!!!

Ala...sebenarnya uols boleh je nak letak apa2 pun...
Asalkan benda2 tu semua boleh dimakan & tidak memudaratkan kesihatan :)

Ini sekadar rujukan/idea untuk uols saja :)

Sebab dah tak tau nak letak nama apa, tu yang jadi tajuk AISKRIM SUKA HATI tu :)

Monday, November 10, 2014

Roti Gebus From Kathy K

Moh la kite meroti pulak :)

Resepi ni saya ambil daripada fesbuk.
Sebelum ni pernah juga saya buat roti.
Tapi percayalah!
Yang ni memang gebus semacam :)

Nway, thank u kepada kakak cantik, kak Kathy K kerana sudi kongsi resepi roti ni.
Murah rezeki akak.

If ada yang nak buat roti, boleh la ikut resepi kat bawah.

Gambar: mckie
Sumber/Credit to : Kak Kathy K (Facebook)

Bahan-bahan

1 cawan air suam
1 peket yis (rehatkan 10 minit sehingga berbuih)
4 sudu gula
2 sudu susu pekat
2 sudu planta (campurkan semua)
3 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung high protein)
1 biji telur - dipukul
(Masukkan setelah yis rehat 10 minit)
* ikut pada keperluan tepung ada masa cecair tidak habis. Asalkan jadi doh lembut tidak lekat pada bekas)

Cara-cara

Selepas bancuhan yis berbuih, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan hingga jadi double.
Bila dah double, tumbuk2kan dan uli hingga cantik.
Bentukkan dan masuk ke dalam bekas.
Rehatkan lagi hingga jadi double.
Bakar api atas bawah 150' selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dan sejukkan atas redai.
Semasa panas, sapukan marjerin di atasnya.






Kat atas tu saya tabur cheddar cheese & nutella :D

 
Yang ni pun sama. Cheddar cheese jugak saya tabur kat atas :D

Aha. besar kan roti hot dog saya..hehehe...tapi puas hati sebab makan satu dah kenyang yang amat :D

Wednesday, September 17, 2014

Bengkung Moden Untuk Pantang Yang Bersalin Czer

Ok. 
Ni kisah bengkung yang saya pakai semasa di dalam pantang.
Sebelum tu mak saya dah bekalkan bengkung yang bertali kepada saya (masa berpantang lahirkan Ichiro dulu).

Since saya amik keputusan untuk czer, saya search and tanya kawan-kawan berkenaan bengkung apa yang dorang pakai masa dalam pantang.

Jadi saya terjumpa website yang menjual bengkung ni.

Sebelum saya order, saya telefon dahulu Puan Fazidah, owner Bengkung Moden ni.
Saya telefon beliau kerana saya perlukan nasihat dulu.
Bengkung saiz apa yang perlu saya ambil.
Jadi beliau akan tanya berapa berat kita & berapa tinggi kita.
Jadi kat situ dia dapat agak saiz apa yang kita perlu ambil.
Saya memang berpuas hati sangat2 lah dengan Puan Fazidah.

Selepas saya bersalin czer hari tu, tak silap saya, hari pertama saya telefon Puan Fazidah sebab nak reconfirm bila saya boleh pakai bengkung ni.
Kalau ikutkan selepas 6 jam bersalin, dah boleh pakai.
Tapi sebab saya kan sepanjang malam dok muntah je, so hari ke-2 baru boleh pakai.

Al-hamdulillah masa dalam pantang, memang saya pakai je bengkung ni.
Dan memang selesa sangat-sangat bila pakai ni.
If saya tak pakai, saya akan rasa sakit.
Sebab bengkung ni membantu menampung perut kita.

Jadi kepada korang yang tengah mencari bengkung apa yang nak dipakai selepas bersalin, boleh je pakai bengkung ni.

Ini sekadar review saya as a pengguna Bengkung Moden :)
If berminat, boleh jenguk web mereka.
Kat sana banyak info yang korang boleh baca dan kat situ juga ada cara-cara bagaimana nak pakai bengkung tu.


credit to Bengkung Moden

Kek Gula Hangus

Mak saya memang pakar dalam membuat kek gula hangus ni.
Kemudian adik saya yang no. 4 pun pakar jugak.
Saya tak pakar sebab malas. Hehehe.
Rasa macam susah gila nak buat kek gula hangus ni.
Mak saya punya style, masak kek ni atas dapur gas.
Lepas tu tiap kali raya, memang ada je yang order dengan mak @ adik saya ni.

Ok, since kek ini juga menjadi kegemaran Mr. Yon, jom la kita buat.
Sedap la jugak tapi yang mak saya lagi sedap. Hahaha!
Sebab rasa kegebuan dia.
Pastu Mr. Yon kata, next time boleh tambah gula sikit lagi dalam resepi ni.
Bagi saya dah ok, tapi beliau kata, tambah sikit lagi.
So terpulang kepada korang nak tambah atau tidak k.

Resepi saya amik dalam Group Resepi Ringkas kat dalam fesbuk.
Tengkiu kepada empunya resepi.

gambar: cikepel
sumber/credit to : empunya resepi  @ group resepi ringkas

Bahan2:

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sdb marjerin
1 cawan tepung gandum
2 sdk soda bikarbonat
1/2 cawan susu pekat
4 biji telur
***mak saya letak 1 sdk perisa pisang @ vanilla***

Cara2:

Masak gula dengan api perlahan hingga cair.
Kemudian masukkan sikit-sikit air panas (hati-hati ia akan meletup sikit).
Masukkan marjerin dan kacau sampai cair.
Ketepikan.

Blend telur hingga kembang.
Masukkan susu pekat ke dalam telur blend tadi.
Masukkan tepung gandum & soda yang diayak.
Kacau sebati.
Bakar dalam 160' selama 1 jam atau kukus 1 jam.




Kek Minyak

Aiyak!
Resepi ni dalam draft.
Ingatkan dah publish dah.
Ok. Ni namanya kek minyak.
Sedap jugak.
Next time kalau rajin, boleh buat lagi.

gambar: cikepel
sumber/credit to : kemma81 @ resepi

Bahan-bahan ( 8 x 8 x 2 inci )

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik / baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x2 ) inci dgn mentega, taburkan dengan gandum dan ratakan. Jangan terlalu tebal.Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 40-45 minit. Utk menguji kek dah masak ke belum, cucuk tgh2 kek dgn sebatang lidi. Jika masih melekat tapi permukaan dah kekuningan, tutup permukaan kek dgn tudung periuk. Ini bertujuan supaya permukaan kek tidak hangus.
  7. Setelah masak, sejukkan dulu, baru potong.