Assalamualaikum & Hi uols :)
Kat sini Aunty Kie nak kongsi pengalaman masa bawa anak-anak pergi ke Aquaria KLCC.
Ini kali ke-2 Aunty Kie pi ke sana.
Tapi masa tu zaman bujang dulu kala.
Hehehe...
Gila lama!
Sebelum tu, Abg Ichiro dok mintak nak pergi water park.
Hari-hari dok tanya bila nak pergi water park.
Aduhai.
Kesian la pulak.
Tapi lagi kesian la ni musim hujan.
Dok pikir nak pergi ke Bayou Lagoon kat Melaka.
Lagipun tak sampai sejam dah sampai sana.
Lepas tu dok pikir nak pergi ke Bangi Wonderland Themepark since tak pernah lagi jejak kaki ke sana even Serdang dengan Bangi berapa minit saja dah sampai -__-" .
So malam tu bincang semula dengan Mr. Yon.
Tak leh jadinya.
Dah le musim hujan.
Tiket nak masuk mahal.
Bila hujan confirm budak-budak ni berhenti main.
Rugi weh. Main sekejap je.
Jadi baik kita manfaatkan apa yang kita bayar ni betul-betul rasa berbaloi.
Tak gitu mommies kat luar sana :)
Jadi kami bagitau Abg Ichiro yang pagi esok kita semua pergi tengok ikan-ikan besar.
Dia, Akeef & Aika dah excited.
Akeef la yang paling excited.
Balik daripada Aquaria hari tu pun, asal nak keluar dok cakap
"fish! fish! fish!" :)
So 1 Januari 2017, kami bertolak daripada rumah dalam pukul 10.30 am lebih macam tu.
Jalan kat KL lengang je you.
Mother suka! :D
Okay,
kat bawah ni layan gambar-gambar yang dok ada k :)
Ralit depa dok tengok ikan yang banyak dalam akuarium tu.
3-4 kali snap akhirnya ada sekeping yang semua orang pandang ke hp Aunty Kie :) It's not easy uols nak pastikan semua tengok camera :D
Aunty Kie tak berapa minat/suka/adore kat ikan pari yang beso ni. Uwaaa!!! Aunty Kie rasa seram/takot/haih..semua ada la... Lagi beso daripada kita. Tapi tak tau le kan...sebab rasanya kaca yang dok ada tu, ikan-ikan yang ada dalam tu saiz sebenarnya takde la besar macam yang kita dok tengok kat luar akuarium tu kan? Betulkan Aunty Kie kalu Aunty Kie silap.
Anak-anak bertuah sangat excited bila nampak shark ni.
Owh ye. Lupa nak bagitau.
Masa dalam tunnel ni, kami letak stroller kat luar ye uols.
Lagipun tempat sempit, jadi better tinggal kat luar je. :)
Mr. Yon kata, Abg Ichiro ada tanya dia 'kenapa ikan tu senyum?'. Tapi Aunty Kie tak tau ikan yang mana sebab masa tu takde di tempat kejadian.
Haih la...Ikan mana yang senyum tu kat Abg. Ichiro ni? hehehe...
Abg Ichiro intai apa tu? ^^
Tempat ni ala-ala kapal kecil la kot. Kat sini ada bangku panjang.
So kalau nak lepaskan lelah, lenguh lutut, boleh la nak duduk sekejap.
Tapi tolong le jangan nak lalu kat sini dengan stroller.
Hari tu 2 family lalu kat tempat sempit yang amat ni dengan stroller.
Gigih tau depa ni padahal tempat sempit gila kot.
Terpaksa kami angkat2 kaki masa duduk tu nak bagi depa tu lalu.
Haih la... -___-"
Penyu selfie sebab tau ramai orang amik gambar dia.
Suke le tu si penyu tuuuu... :p
2 beradik dok tengok apa ntah.
Lupa. Aunty Kie pun main snap je. :D
Jelly fish!
Dengan lampu yang kejap tukar ke biru...ke pink...
Memang menarik perhatian Aika la kan... :)
Okey...dah habis. Actually banyak gambar yang Aunty Kie ambil tapi kekgi muntah hijau pulak uols tengok gambar kami banyak2 :D
Masa ni otw nak pergi ke KLCC.
Kami kat dalam Aquaria tu lebih kurang selama 1 jam sahaja.
So jom le kita isi masa lapang yang dok ada ni.
Maka ke Petrosains la pulak kita :)
Yang tu next entry k ^^
Pastikan uols bawa mykad/mykid ye.
Harga:-
Dewasa MyKad = RM46
Kanak-kanak MyKid = RM35
Akeef & Aika baru 2 tahun lebih so FOC :)
Kat bawah ni alamat Aquaria.
Aquaria KLCC
Kuala Lumpur Convention Centre
KLCC, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment