Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label mee dan pasta. Show all posts
Showing posts with label mee dan pasta. Show all posts

Friday, May 24, 2019

Resepi Spaghetti Bolognese

Ini kite bagi resepi campak2 tau.
Resepi yang mmg tak ikut sukatan.

SPAGHETTI
Rebus spaghetti dengan menggunakan air sejuk.
Rebut sampai lembut. Tak igt dah sbb apa kite guna air sejuk tapi nnt2 free, uols cuba gugel.. :)

GRAVY
Panaskan MINYAK.

Tumis BAWANG PUTIH & BAWANG BESAR yang telah dipotong dadu bersama 2 SUDU BESAR CILI BOH.

Lepas tu masukkan DAGING KISAR dan HOTDOG (since takde CENDAWAN BUTANG).
Tumis sampai masak.

Pastu masukkan 1 TIN PERENCAH SPAGHETTI PREGO + 1 TIN AIR (gune tin PREGO) tu.
Kacau2.

Amik 2 paket kecik PERENCAH AYAM MEGGI tu. Since bulan posa, kite x reti la nak main agak2..hihihi..pakai perencah ni senang.
Then kacau2.

Letak SOS TOMATO & SOS CILI sikit. Kacau lagi.

Awat kite rasa mcm cair ni...ermmm....so kite p taruk 2 SUDU KECIK TEPUNG JAGUNG dgn harapan kuah ni pekat sikit...so..kacau...kacau...SIAP!

Rasa pedas gitu2 je la sebab tadi kite letak CILI BOH kan...kalu tak letak, sure tak de rasa pedas2...

Yang penting = SEDAP!





Saturday, June 5, 2010

Mee Goreng Basah Kak CT

sumber/credit to : kak ct raudah (my opismate)

gambar : cik epel

Bahan-bahan (anggar sendiri la ek...ekeke..x reti nak anggarkan kat sini)

1 peket mee kuning
daging - rebus dahulu
sayur sawi
kicap pekat
sos cili
sos tomato
gula
minyak masak

* bahan kisar

*bawang merah
*bawang putih
*cili kering/cili boh

Cara membuat

- tumis bahan kisar sehingga wangi.

- masukkan daging. kacau sebentar.

- masukkan sos cili/sos tomato/kicap pekat. Kacau.

- masukkan sayur sawi dan mee kuning.

- masukkan air rebusan daging.

- tambah gula secukup rasa (garam tidak perlu dimasukkan).

- last sekali taburkan cili merah, daun bawang dan telur dadar.

Sunday, May 16, 2010

Spaghetti Mr. Yon


sumber/credit to : mr.yon

...akhirnyer tercapai gak impian nak makan spaghetti hasil masakan suami tercayang...namun begitu, resepi x dapat nak dimasukkan kat sini sebab mr.yon pun x tau nak explain camne dia masak....ekekeke...jadi, kite jamu mata je la ek...nway...spaghetti kat keni rojes pun leh kalah la....ahaks! ^-^ ...tengkiu mr.yon....

Monday, May 3, 2010

Mee Kari Udang

sumber/credit to : kzai

gambar : cik epel ^_^


Bahan-bahan:


Mee kuning
1/2 kilo udang hidup (basuh& direbus bersama kulitnya & dikopek...ambil airnya)
Rempah kari (sy guna rempah kari Babas udang & ikan)
2 peket fish ball - saya x taruk sebab takde -_-"
kerang direbus dan dikopek (sy x taruh) - saya x taruk gak...
2 peket tahu kering yg dah siap digoreng (dibelah tiga)
1 mangkuk santan, air asam jawa (agak2 masamnye)
1 kiub ayam maggie (jika suka)

Bahan tumbuk (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
minyak utk menumis

Bahan sampingan utk tabur
udang yg telah dikopek tadi
1 ikat sayur sawi (dicelur)
telur rebus -dibelah dua
cili merah potong (jika suka)

Cara:
>Panaskan minyak,masukkan bahan tumis yg ditumbuk tadi,tumis hingga kekuningan sedikit
>Masukkan rempah kari,didikacau hingga naik minyak.
>Curahkan air udang dan sedikit air biasa (agak2 kuahnya)dan air asam jawa,biarkan mendidih sekejap.
>masukkan santan,kacau bila kuah mendidih sekali lagi masukkan fish ball,tahu kering yg dipotong
>kacau sekali sekala ,tambah garam ikut rasa.
>Bila mendidih sekali lagi boleh lah diangkat
>Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari....sedia untuk dimakan......


nota cik epel :- niat di ati nak wat nasik goreng jer....tup² camno la leh terbuat mee kari udang... ^_^

Monday, April 19, 2010

Macaroni Chicken Garatin


sumber/credit to : E-na Zarina gambar : cikepel ^_^
Bahan-bahan :
  • 150g macaroni
  • 1 keping daging burger ayam - dipotong kecil
  • 2 batang sosej ayam - di hiris kecil2
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu halus.
  • 2 sudu kecil butter
  • 150g mozarella cheese
  • Sedikit olive oil atau minyak masak utk digunakan semasa merebus macaroni.
  • Casserole 20cm
Cara Menyediakannya :
  1. Rebus Macaroni sehingga lembut. Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak ke dalam periuk merebus macaroni untuk mengelakkan macaroni dari melekat.
  2. Setelah lembut, angkat dan toskan.
  3. Panaskan butter. Masukkan bawang besar dan tumis sehingga layu.
  4. Masukkan daging burger dan gaul rata.
  5. Masukkan sosej dan kacau lagi.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Masukkan macaroni dan gaul rata. Matikan api.
  8. Sapu sedikit butter pada mangkuk gratin.
  9. Masukkan macaroni tadi.
  10. Tuangkan white sauce.
  11. Taburkan cheese di atasnya.
  12. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 25 minit atau sehingga cheese bewarna perang. Selamat Mencuba. Sedap ni...ngeee
Bahan-Bahan White Sauce :
  • 400ml fresh milk
  • 2 tsp tepung gandum
  • 2 tsp butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
Cara membuat white Sauce
  1. Panaskn butter.
  2. Masukkan fresh milk, tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  3. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih.
  4. Setelah mendidih tutup api.
Tips : Supaya macaroni tidak melekat antara satu sama lain - Masukkan sedikit olive oil atau minyak masak semasa merebus macaroni.

Nota cik epel : ekekeke...terlebih 'perang' plak...xpe...boley cuba lagik... ^_^

Wednesday, February 11, 2009

Murtabak Maggi






ni resepi paling senang sekali...kalo ada sesapa yg lagi mau tanya... tak tau la aku nak menjawapnye..bak kate orang budak 10tahun pun reti wat punyer... nmpk simple ..tp kalo makan time lapo mmg dap dap tau... tak caya?? try la..



bahan2 (hidangan utk 2 orang)


2 peket maggi perisa kari (mi)

1 peket perencah maggi curry (gune 1 aje ok..)

2 biji telur ayam

daun bawang/daun sup (agak2 lerr)

sos cili (untuk cicah)



Cara2


letakkan mi maggi dalam mangkuk besar.. tuangkan air panas yg baru menggelegak.. pehtu biarkan dalm 3-4 minit sampai mi tu kembang...

dah kembang toskan airnyer... masukkan 2 biji telur n kacau bersama-sama mi tadi...dah sebati..masukkan sepeket perencah maggi curry...n kacau lagi sampai sebati.. masukkan sedikit hirisan daun bawang/sup sesuka hati...kalo tak letak pun ok je...sedap gaks...hihih....


pehtu panaskan sedikit minyak dalam kuali...bahagi kan kepada 2 bahagian...n masukkan ke dalam kuali (ala2 wat lempeng gitu)... tekan2 sket bagi rata n chanteekk... balik2 kan murtabak tu... n tarraaa....dah siap...masuk pinggan n potong ala2 pizza gitu...


boleh la makan ngan sos cili thai...eerrmm...sedap tau....



ni orang malas cam aku pun rasa cam terer je kalo wat...



Wednesday, December 24, 2008

Makaroni Bakar


makaroni yang telah siap digoreng


masukkan dalam dulang pembakar yang telah disapu dgn mentega..


pecahkan telur..anggaran 10 biji atau sehingga hampir menutupi keseluruhan makaroni tadi



bakar selama 30 minit 180'c atau sehingga masak...kiranya kalau cucuk garpu makaroni tu tak melekatlah...


hidangkan bersama sos cili...nyum...nyum..


sumber/credit to: kak anne yasmin [my ex-roomate at itm ^_^ ]


Bahan-Bahan

1 bungkus macaroni
1 tin cendawan butang – dihiris nipis
1 biji bawang besar (potong dadu)
200 gm daging cincang
200 gm ayam cincang
1 tangkai daun sup
3 sudu cili mesin
Telur 10 biji

Cara buat

Rebus macaroni dalam 10 minit atau hampir kembang. Tumis bawang, cendawan butang, cili, ayam dan daging. Setelah naik bau, masukkan cili. Masak selama 2 minit. Masukkan macaroni. Gaul rata selama 2 minit. Masukkan daun sup. Angkat. Sejukkan.
Sediakan talam/dulang pembakar. Sapukan sedikit mentega keliling talam.
Masukkan macaroni. Pecahkan telur. Pastikan telur menutup semua macaroni. Bakar dalam ketuhar 180’C selama 25 minit atau sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili.

p.s..setengah bungkus makaroni cukup untuk satu dulang pembakar seperti di atas.

Friday, September 12, 2008

Makaroni Bakar



gambar : cik epel


Bahan-bahan


Macaroni
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit halia
Sedikit garam
Cili boh
Minced beef/daging burger
Telur


Cara-cara


1. Macaroni direbus.

2. Sementara itu, tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit halia. Letak cilih boh (macam nak goreng mee).

3. Lepas tu letak minced meat kemudian garam sikit.

4. Kemudian masukkan macaroni yang dah direbus tadi. Kacau.

5. Ketepikan bahan yang dah dimasak ni, pastu pukul 5-6 biji telur berasingan.

6. Macaroni tadi dimasukkan ke dalam loyang/bowl untuk oven, curahkan telur yang dah dipukul ke dalam adunan. Pastikan macaroni udah dirata-ratakan/dipadat-padatkan dalam bowl tadi.

7. Bakar selamat 30 – 45 minit. Heat 120 – 130 celcius.

Nota cik epel : Dah lama resepi ni dalam simpanan saya…since 2002 kot..hihihi…dah lupe print kat mana…kepada tuan punya resepi, tengkiu ye…ekceli…macaroni bakar saya tu terlebih masak cikit!... hihihi…^_^

Monday, September 8, 2008

Mee Tokwan/Mee Kak Mah



sumber/credit to : pakupakis

Bahan-Bahan

2 - 3 keping ayam boneless - (dipotong kecil)
2 - 3 peket udang - (belah belakang & buangkan uratnya)
Kobis - (dipotong-potong)
Sawi - (dipotong-potong)
1 sudu besar lada hitam - (tumbuk halus)
1 inci halia - (tumbuk kasar)
7 - 8 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 sudu besar udang kering - (tumbuk kasar)
1 biji bawang beasar - (dimayang
1 kg mee 1/2 biji bawang besar (dipotong memanjang)

Bahan hiasan/bahan tabur

bawang goreng hirisan
daun bawang hirisan
daun sup hirisaan limau nipis .

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam periuk…tumiskan bawang besar…kacau dan biarkan hingga kekuningan.

2. Lepastu masukkan bawang putih yg telah ditumbuk bersama dengan lada hitam…kacau selalu supaya tidak hangus.

3. Kemudian masukkan pula isi ayam…bila agak-agak ayam separuh masak…masukkan pula udang.

4. Biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan udang kering.

5. Lepastu masukkan air…agak-agak mengikut banyaknya mee…biarkan kuahnya mendidih.

6. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa & semestinya gula semanis bahasa…rasakan kesedapannya…kalau tak ummmph tu tambah-tambah ler apa yg patut.

7. Masukkan kobis, sawi dan bawang besar yg di potong memanjang…biarkan mereneh sekejap…kemudian masukkan mee dan kacau…biar mesra

Thursday, September 4, 2008

Makaroni Bakar



sumber/credit to : adzirahasim @ myresipi

Bahan-bahan

• 100 g macaroni
• 1 camca besar mentega
• 1 camca besar minyak
• 60 g daging/ayam dicincang halus (tapi tak cincang)
• 1 cm halia,dicincang halus
• 4 ulas bawang merah
• 1 camca besar serbuk rempah kari +air (jadi pes)
• 1 tangkai daun sup,dicincang halus
• 100 g sayuran campur (dalam paket frozen mixed vegetables)
• 3 biji telur
• 50 g keju Cheddar,diparut
• Garam secukup rasa
• Serbuk lada hitam

Cara-cara

1. Masukkan daging ayam, goreng ayam hingga masak di dalam kuali.

2. Masukkan macaroni yg telah direbus, gaul rata.

3. Masukkan daging ayam,halia,bawang merah,kari,daun sup,sayuran campur,telur,susu,keju cheddar,garam dan serbuk lada hitam.

4. Masukkan kedalam bekas yg boleh dibakar.

5. Taburkan keju sehingga menutup macaroni.

6. Bakar hingga keju cair.

7. Siap untuk dihidang.

Thursday, August 14, 2008

Mee Kari

sumber/credit to : linasarawakBahan-bahannya:-

1 mangkuk ikan bilis ) dikisar hancur
1-2 biji bawang merah besar )

4-6 batang serai ( dititik)

3-4 sudu besar rempah kari daging
10-20 biji bebola ikan atau isi ayam (fillet)

semangkuk santan
1 paket mee kuning
sayur sawi, taugeh - dicelur ikut suka

minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak. Masukkan batang serai, bahan yang dikisar serta serbuk kari. Tumis sehingga bau naik dan rempah masak.
2) Masukkan santan. Diikuti dengan bebola ikan atau isi ayam (ikut suka).
3) Masukkan garam. Tunggu sehingga masak.
4) Celur mee dan juga sayur.
5) Hidangkan.

Note: Hidangan untuk 3-4 orang.