Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Saturday, April 11, 2020

Resepi Ikan Kari Tanpa Santan

Petang tadi kite masak Ikan Siakap Kari Tanpa Santan.

Resepi ni memang akan jadi favourite kite dah ni sebab Mr. Yon sure makan bertambah-tambah kalau ada kari ni...
Hehehe...tak tipu punya laaa...

Boleh amik resepi kat SINI okeh!




Resepi Ikan Kari Tanpa Santan

Kite asal daripada Kelantan.
Jadi kalau masak kari biasanya kite letak santan.


Mr. Yon asal daripada Penang.
Jadi sebelum ni pernah la jugak buat resepi kari tanpa santan tapi selalu tak menepati citarasa tekak kite even Mr. Yon kata dah sedap.

Tapi kali ni, kite jumpa resepi yang agak marveles dan memang kena dengan tekak kite sangat2.
Terus rasa...YEAY! DAH BERJAYA BUAT KARI IKAN TANPA SANTAN!!!! (ok! bangga sekejap!). Hehehe...

So kat bawah ni kite bagi resepi dan link if uols nak tengok k.

====================================================================






gambar: Cikepel
sumber/credit to : bidadari dan khalifahmedianetwork


Bahan-bahan :
  • Ikan (ikan apa pun boleh) - kite guna ikan siakap
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yang sudah direbus dan dikisar* - kita guna cili boh je.
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi. (Boleh letak sayur kacang kelo ganti bendi) - kita guna bendi
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.(Sukatan sesuka hati dan sesedap rasa sahaja).
Cara Memasak :
  • Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak.
  • Untuk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa menumis bawang.
  • Jika sudah pecah minyak, letak gula, garam dan air asam jawa.
  • Jika sudah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.
  • Akhir sekali masukkan ikan.

Monday, January 9, 2017

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum & Hi :)

Sebenarnya dah lama buat cucur nasi ikan bilis ni tapi tak sempat nak update kat blog.

Sebenarnya ni kali ke-3 buat cucur nasi ni.

1st buat tu, tak baca cara-cara dengan betul.
Terus humban nasi ke dalam tepung...memang tak jadi le kan.
Sapa soh tak baca resepi betul2...wuwuwu...

2nd buat, baru la jadi...
so kali ke-3 ni baru la ada kegigihan nak ambil gambar & update kat blog  dengan harapan uols yang nak try resepi cucur nasi ikan bilis ni dapat buat juga :)

Selamat mencuba!
Sumber/credit to : Mat Gebu
Gambar : Aunty Kie/Cikepel

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Tuesday, December 27, 2016

Ikan Tongkol Nasi Dagang

Okey, ni resepi untuk gulai ikan tongkol.
Cumanya masa Aunty Kie nak pi beli ikan tongkol tu, ikan tu habis.
Arghh...tak leh jadi ni.
Terus capai ikan tenggiri. 
Nak pergi pasar borong memang idok le...jauh.
Kalau dulu lain la, sebelah rumah je...
Pastu cili hijau takde plak dlm fridge.
Tapi takpe, kita letak je cili merah. 
Hehehe..sedap jugak!
Janji ada rasa masam2 asam keping.

Kalau Emak Aunty Kie, dia akan rebus dulu ikan tongkol tu dengan beberapa keping asam keping & garam kasar. Air sikit saja. Rebus ikan tu.
Lepas tu biarkan semalaman atau 1/2 jam ke kalau nak cepat.
Biar rasa masam tu menyerap.
Fuh...memang sedap!
Kalau raya kat Kelantan, Emak Aunty Kie mesti buat Nasi Dagang + Gulai Ikan Tongkol + Gulai Ayam + Udang + Telur. Tu memang wajib ada.

Kalau tak, kadang-kadang tukar menu. 
Tak buat nasi dagang, beliau akan buat Nasi Minyak.
Tapi Aunty Kie suka request Nasi Dagang. 
Hehehe...

Okey, panjang pulak celoteh. Kat bawah ni resepi k.

Sumber/Credit to : Emak Aunty Kie/Cikepel
Gambar : Aunty Kie/Cikepel

Bahan untuk gulai ikan tongkol: 

3 cawan santan sederhana pekat
2 keping asam gelugur
1/2 ikan tongkol-dibersihkan dan dipotong ikut suka
1 biji cili hijau
garam secukup rasa
10 biji bawang merah *
2 cm kunyit hidup *
4 cm lengkuas *
6 tangkai cili kering *
Bahan bertanda * dikisar halus


Cara-cara:-

Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi.
Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.Biar hingga ikan betul2 masak.
Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.

Next time nak kena jugak cari ikan tongkol. Tak kira! ^^

Saturday, June 5, 2010

Ikan Bakar

sumber/credit to : rozzan

gambar : cik epel ^_^

1 kg ikan pari - potong ikut suka (ikan2 lain pun boleh)

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30-35 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
½ inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
sedikit belacan
3-4 biji buah keras (optional)

(kisar semua bahan di atas)


4 sudu besar sos tomato
4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3-4 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang secukupnya
alum foil (kalau nak bakar dalam ketuhar)

Cara

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau dan kacau sebentar.

2) Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg kurang. Biarkan sehingga sambalnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.

3) Daun pisang dibersihkan dan dipotong ikut saiz yg diperlukan. Begitu juga dgn aluminium foil tetapi biarlah ia lebih besar sedikit dari saiz daun pisang.

4) Alaskan daun pisang tadi dgn alum foil dan bubuh sedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dgn kemas. Buat begini sehingga habis semua ikan dan sambal.

5) Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 200 -225 darjah Celsius selama kira-kira ½ jam.

Monday, April 19, 2010

Ikan Bakar Asam Jawa

sumber/credit to : e-na zarina

gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahannya :
  • Ikan - apa2 jenis ikan yang suka
  • garam
  • halia
  • serbuk paprika
  • serbuk cili
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sedikit gula / Aji no moto
  • Air asam jawa - pekat
  • Daun kunyit untuk membungkus ikan
Cara Membuatnya :
  1. Ikan dibersihkan dan di kelar.
  2. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah, serbuk paprika dan serbuk chili.
  3. Gaulkan dengan air asam jawa yang pekat tadi.
  4. Perap ikan dengan bahan tadi lebih kurang 1/2 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
  5. Sapukan sedikit minyak masak di atas daun kunyit.
  6. Titikkan sedikit minyak di atas ikan.
  7. Bungkus / balut ikan dengan daun kunyit.
  8. Bakar di dalam oven dengan suhu 220 degree selama 20 minit kemudian balikkan ikan dan bakar lagi selama 10 - 15 minit atau sehingga ikan masak. Bakar atas dapur gas pun boleh.

Monday, April 12, 2010

Ikan Bawal Masak Masam Manis


- resepi amik kat sini...ubah-ubah je seket...hehehe..saya x masukkan cuka dan tepung ubi...hiasan pun takde daun ketumbar dan daun sup...boh bawang holland gan cili merah je...simple tapi tetap menawan kalbu...wehooo...!

Thursday, January 22, 2009

Ikan Masak Beriani


sumber/credit to: ummi

Bahan:-

• 1 ekor ikan tenggiri (ummi tukar bawal)
• 5 biji tomato - belah 4 setiap satu
• 1 cawan air
• 1 camca besar rempah ikan
• 2 camca besar rempah beriani
• 3 biji bawang besari - dihiris dan digoreng kekuningan
• garam dan gula secukup rasa
• Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:-

• 2 cm halia
• 3 ulas bawang putih
• 4 tangkai cili merah
• 2 tangkai cili hijau (ummi guna cili merah semua)

Cara Memasak:-


1. Ikan dibersihkan, dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis bahan kisar. Kacau sebentar.
3. Masukkan tomato, rempah ikan, rempah beriani dan air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan bawang goreng dan masak sebentar.
6. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata. Angkat untuk dihidangkan.

Thursday, September 25, 2008

Gulai Ikan Lemak Kuning



sumber/credit to : sumaiyah&saeran @ mesra.net
gambar : cik epel ^_^

Bahan-bahan

Ikan tongkol hitam seekor (sederhana besar) – saya pakai ikan kembung… ^_^
timun bebrapa potong
lengkuas 2-3 hiris
garam
gula

Bahan B

sebiji kelapa
cili kering
kunyit

Cara-cara


1. bahan B dikisar lumat.

2. santan diperah dan ambil kepala beserta santan cair sedikit.

3. masukkan bahan B ke dalam periuk.

4. masukkan lengkuas, garam, gula, ikan. biarkan mendidih. sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan pecah...

5. ketika ikan hampir masak, masukkan timun. tutup dan hidangkan.

Nota cik epel : saya tak masukkan cili kering…sebab dah abeh..dan memang nak abehkan stok yang ada lam peti ais tu…kate dah nak balik kampong..kan?..hihihi… ^_^

Monday, September 8, 2008

Ikan Kurau Masak Masam Manis



sumber : mesra.net

Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal/kerapu yang kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih.

Sos


2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil cuka
¼ sudu kecil tepung ubi
Gula, garam & lada sulah (secukup rasa)
4 sudu besar air Hiasannya:
¼ biji timun
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu besar minyak

Cara-cara

1. Sediakan ikan. Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek. Perasakan dengan garam.

2. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang putih, buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias. Cincang bawang merah & bawang putih. Potong timun, hiris tomato, mayang cili, daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan.

3. Sediakan sos. Campur semua bahan sos dengan 4 sudu besar air di dalam mangkuk. Memasak ikan masam manis. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga berwarna kuning di kedua-dua belahnya. Tus & letakkan dalam pinggan bujur. Tuang minyak daripada kuali.

4. Gorengkan bawang merah & bawang putih dalam minyak yang lebih itu. Tuang ke dalamnya adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuang dengan cermat ke atas ikan goreng. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah hiris di keliling ikan serta bahan-bahan yang dimayang di atas ikan itu.

Nota cik epel : saya pakai ikan kurau…tepung ubi pong tak masukkan gak…takde…hihihi…^_^

Thursday, September 4, 2008

Ikan Cencaru Sumbat Belakang



sumber/credit to : kak muza @ D

Bahan-bahan

10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
secukup ikan cencaru yang telah dibelah belakang isinya

Cara-cara

1. Bahan-bahan diatas kesemuanya ditumbuk dengan lesung batu dan biarkan rempahnay kasar-kasar sikit.

2. Letakkan sedikit garam diatas ikan dan gaulkan sedikit rempah cili yang ditumbuk dan sumbatkan pada bahagian ikan yang telah dikelar isinya.

3. Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak dengan api yang sederhana. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja.

Wednesday, August 27, 2008

Ikan Asam Kari




sumber/credit to : kak jun


Bahan-bahan


500 g ikan pari (atau ikan merah)
10 batang bendi
3 biji tomato, dibelah dua
2 kuntum bunga kantan, dibelah dua setiap kuntum
Segenggam daun kesom
Sejemput asam jawa, dibancuh dgn 1/2 cawan air
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Untuk Rempah

6 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 inci kunyit hidup*
1 keping hirisan lengkuas*
1 cm belacan*(*ditumbuk lumat)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan

Cara-cara

1. Ikan pari dipotong2 dan perap dgn sedikit garam dan asam jawa. Biar 10 minit dan bilas. Toskan.

2. Dalam periuk, panaskan minyak (kurang lebih 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk. Masukkan cili kisar dan serbuk kari ikan. Tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Masukkan air (kurang lebih 500ml) dan asam keping. Biarkan mendidih.

4. Masukkan ikan pari, daum kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih.

5. Masukkan jus asam jawa dan bendi. Perasakan dgn garam dan gula.

6. Akhir sekali masukkan belahan tomato dan biarkan mendidih sekejap.

Thursday, August 21, 2008

Ikan Kukus



sumber/credit to : mat gebu

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
• 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok)
• 1/2 camca teh garam
• 1/2 camca teh tepung jagung
• 1/2 camca teh lada sulah
• 3 camca besar jus limau kasturi*
• 1 1/2 camca besar minyak masak*
• 1 1/2 camca teh gula*
• 1/2 camca teh garam*
• 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
• 2 batang serai, dihiris halus*
• 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*
• 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
• 1/2 inci halia muda. dihiris halus*
• 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
• 1/2 camca teh tepung jagung*
• 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.

Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

nota cik epel : ini ler resepi yang selalu dibuat time zaman-zaman diet tuh...hiks!

Friday, August 15, 2008

Nasi Dagang

sumber/credit to : pakupakis

Bahan-bahan

1 cawan pulut +3 cawan beras nasi dagang@jika tiada memadai gantikan 3 cawan beras jepun +1 cawan beras Thai(Ala T’ganu versi)

1 biji kelapa(seeloknya diperah gunakan kain putih jarang utk dapatkan santan pekat)/sbb di Jepun gunakan saja 1 tin santan :bahagikan kepada dua bahagian,satu cair dan satu lagi pekat(utk diisi halia,bawang potong,halba,garam dan gula).

10 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih-dimayang halus
2 cm halia-dimayang halus
1 sudu kecil halba
garam dan gula pastikan secukup rasa

Cara-cara
Beras dan pulut disatukan, cuci dan rendam semalaman(atau tidak kurang 4 jam). Panaskan kukusan dan kukus beras pulut sehingga hampir 3 suku masak. Angkat, gaulkan dengan santan cair terlebih dahulu . Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak dan baru digaul dengan santan pekat. Kukus sekejap dan boleh dihidang.

Gulai kunyit lengkuas ikan tongkol

1 ekor ikan tongkol yg sederhana saiz yg dipotong kecil ,dibersih dan direbus bersama sedikit air, cuka,lengkuas,asam keping dan garam.
1 tin santan
10 biji bawang merah@1/2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering ikut suka
1 cm lengkuas
2 cm kunyit
1,2 asam keping
5 biji cili hijau yg besar(diletak sebiji2)
Sedikit garam dan gula atau nise kelate.

Cara-cara

Blender semua bahan.Boleh ditumis jika suka atau masukkan terus.Biarkan mendidih.Masukkkan ikan yg direbus,cili hijau juga asam keping dan rasakan garam gula.Lebih pekat lebih sedap kuahnya…

Sambal kelapa

-2 ekor ikan kembong@ 2 ekor ikan aji saiz sedang(bakar)
-2 batang serai
-5 ulas bwg merah
-garam, gula secukup rasa
-1/2 biji kelapa parut/kering

Cara-cara
-ikan bakar tadi diambik isi dan digoreng tanpa minyak sekali ngan
kelapa parut. Bila agak garing ,blend kering sume bhn atau pun
ditumbuk ngan lesung lagi sedapp..

*boleh dihidang dengan acar mentah @jelatah serta telur rebus juga sambal kelapa sebagai pelengkap rasa.

Ikan Siakap 3 Rasa

sumber/credit to : mak lang azie

Bahan-bahan

Ikan siakap } dikelar banyak-banyak, dilumur dengan garam, kunyit dan tepung jagung dan digoreng rangup sampai ke tulang.

Bawang putih – tumbuk kasar

Halia - hiris halus

Bahan Sampingan, dipotong dadu

Timun

Nenas

Tomato

Cili bangla

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Kicap manis

Petis udang (1/2 sudu teh sahaja, takmo masukkan pun takpe)

Tepung jagung untuk pekatkan kuah

Air

Garam


Hiasan

Carrot – dihiris halus

Daun sup

Cili padi – hiris halus


Cara Membuatnya

  1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili,tomato,tiram,kicap dan petis udang. Kacau.
  3. Masukkan air yang dicampur tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  4. Masukkan bahan sampingan tadi dan tunggu hingga masak.
  5. Curahkan ke atas ikan dan hiaslah ikan itu kasi menggoda sikit.

Makanlah panas-panas sementara ikan masih rangup dan garing hingga ke tulang. Jangan lupa gigit cili padi tu lagi pedas lagi sedap.

p/s : ayong, ko tuko je la ikan siakap tu kepada ikan kerapu...hiks!

Thursday, August 14, 2008

Ikan Percik Kuah Putih

sumber/credit to : pakupakisBahan-bahan

2 ekor ikan kembung saiz besar-digaram kunyitkan dan dibakar. (boleh juga diguna utk ayam)

1 cawan santan pekat atau terpulang jika mahu lebih

3-5 sudu besar tepung beras dicampur sedikit air

sedikit air asam jawa@asam keping

garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk/blender:

4 biji bawang putih

3 batang serai-dititik

3 cm halia

2 camca besar ketumbar

1 camca kecil jintah putih

1 camca kecil lada hitam

Cara-cara

1. Tumbuk kesemua bahan kecuali serai .

2. Tumiskan semua bahan dgn sedikit minyak hingga agak wangi.

3. Masukkan santan dan tepung beras.Biarkan mendidih dan kelihatan likat dan masukkan air asam@asam keping kemudian rasakan garam serta gula.

4. Bolehlah dicelupkan ikan ke dalam kuah atau kuah boleh dituang keatas ikan bakar tadi.